5

242 30 1
                                    

"Kenapa teruk sangat keadaan Shu Daren, Ah Chan. Terlalu kurus dan seperti tidak terurus padahal wang bukan persoalannya,"tanya Sara seraya berjalan keluar dari dapur.

"Shu Daren, sangat garang walaupun sakit sebegitu. Tiada siapa di rumah ini yang berani kerana silap hari, diberhentikan kerja atau dijual ke tempat lain."

Sara mengeluarkan keluhan berat.

"Apa taiyi cakap?"soal Sara sambil berhenti melangkah.

"Taiyi cakap, kalau sakit di tubuh boleh diubati tapi sakit di jiwa dan hati, tiada yang dapat mengubati."

Sara menarik nafas panjang. Dia memandang Ah Chan yang setia menemani Shu Wu Ji susah dan senang.

"Terima kasih kerana masih setia dengan Shu Daren,"ucap Sara. Ah Chan tersipu-sipu diterimakasih begitu.

"Jangan cakap begitu Zheng xiaojie. Ah Chan terhutang nyawa dengan Shu Daren,"balas Ah chan

"Baiklah, bila matahari naik nanti panggilkan taiyi yang selalu merawat Shu Daren. Saya ingin mendengar penjelasan taiyi."

"Baik Xiaojie,"kata Ah Chan.

"Pergi siapkan air suam untuk Shu Daren. Bawa ke bilik. Saya hendak mengelap tubuhnya."

"Err, xiaojie, bukan di tempat Ah Chan tapi tidak manis seorang gadis memandikan Shu Daren," tegas Ah Chan tapi masih bernada lembut. Sara menyimpan senyumannya.

"Ini rumah saya, segala di sini kepunyaan saya. Termasuk Shu Daren," kata Sara berbisik kepada Ah Chan. Ah Chan terpempan. Dia memandang Sara. Entah kenapa dia sangat yakin dengan wanita muda berkulit perang tetapi cantik di pandangannya. Ah Chan mengangguk tanda dia memahaminya. "Oh ya, sediakan ikan segar. Saya hendak membuat sup ikan untuk Daren,"arah Sara. Ah Chan mengangguk lagi sekali. 

"Shi,"balas Ah Chan menunduk hormat.Hatinya begitu lega kerana sekarang dengan kehadiran Sara urusan Shu Daren dipermudahkan.

"Saya akan berada di bilik Shu Daren berehat. Satu perjalanan yang panjang untuk tiba di sini,"kata Sara sambil menguap. Dia terus meninggalkan Ah Chan di situ. Dia kembali ke bilik utama dan melihat Shu Wu JI masih lagi terlena tapi sudah tidak pucat seperti awal tadi.

"Zheng xiaojie," tegur dua orang hamba lelaki yang diminta oleh Sara tadi.

"Siapa nama kamu berdua?"

"Zhao Ying, Lee Min," kata Zhao Ying memperkenalkan nama mereka berdua. "Lee Min ni bisu xiaojie," beritahu Zhao Ying. Sara yang duduk berlunjur di kerusi panjang memandang mereka berdua.  Keduanya sama tinggi cuma Zhao Ying lebih gempal daripada Lee Min.

"Baiklah, Zhao Ying, Lee Min. Bawa air suam ke mari. Kamu berdua mesti menolong saya mengelap tubuh Shu Daren dan menyalinkan pakaian yang baru. Satu lagi bawa tong buang air ke mari. Shu Daren sudah mula makan, sudah tentu mahu buang air kecil dan besar."

"Sekarang ke xiaojie?"tanya Zhao Ying. Sara mengangguk. Mereka berdua dengan pantas pergi menunaikan arahan Sara. Sara menguap sekali lagi.

"Zheng xiaojie," datang pula dua anak gadis lingkungan 17 dan 18.

"Nama kamu berdua siapa?"tanya Sara.

"Xiao Jun," jawab gadis genit pipi yang bulan.

"Xiao Mi," kata gadis bersebelahannya orangnya sederhana bertahi lalat di sudut bibir.

"Pastikan setiap subuh tingkap dibuka, bawa masuk bunga ume dan sakura ke bilik."

"Baik xiaojie,"jawab mereka berdua. "Pastikan juga bilik ini bersih dari habuk bukan macam sekarang ni," arah Sara lagi menguap. Mereka berdua berpandangan. "Kenapa rupa kamu macam tu?"

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now