"Turunkan aku di sini, Wu Ji," pinta Sara apabila berada di hadapan rumah utama. Shu Wu JI akur sahaja dengan permintaan itu.
"Xiaojie!Daren, Ah Wu dengar ada penceroboh," tegur Ma Shang Wu yang nampak tergesa-gesa. Sara mengangguk. "Na, dapat ditangkapkah penceroboh itu?"tanya Ma Shang Wu. Sara tersenyum.
"Aku lepaskan dia!" kata Sara tersenyum sambil menguap besar. Dia menggeliat dan memegang belakang bahunya.
"Ha?!"balas Ma Shang Wu kehairanan dia memandang Shu Wu JI lalu Shu Wu ji mengangguk kecil sambil mengetap bibirnya. "Tapi Xiaojie, nyawa xiaojie dalam bahaya. Kenapa-"
"Kerana," sampuk Sara. "Esok sahaja aku menjawabnya. Aku mengantuk aku hendak tidur," kata Sara sambil tersenyum. "Zhangfu Daren, (tuan suami)," panggil Sara. "Furen, masuk tidur dahulu," kata Sara sambil menunduk hormat. Shu Wu Ji tersenyum membiarkan sahaja Sara pergi dari situ.
"Daren, Ah Wu merasa bimbang," kata Ma Shang Wu perlahan setelah Sara hilang dari pandangan.
"Kau bimbang? Aku sebagai bekas dan bakal suaminya kau rasa bagaimana?"tanya Shu Wu JI semula. "Aku nak kau terus berjaga di sini bersama pengawal-pengawal yang telah ditambahkan," arah Shu Wu JI.
"Tapi-"
"Kau tentu mahu tahu apa yang sudah terjadi bukan?"
"Ah Wu-"
Shu Wu JI menepuk bahunya.
"Dr Ma, Shuang er adalah seorang yang bijak, dan dia cekap mempertahankan dirinya cuma dia ni terlalu mengikut perasaan. Itu ialah kelemahan dia. Aku nak kau ingat tu," beritahu Shu Wu Ji. "Nanti bila aku pergi berperang, kau mesti sentiasa peka dengan sikap Shuang er. Dia terlalu pantas. Aku sendiri pun boleh pening kepala dengan Shuang er."
"Shu Daren, kenapa Shu Daren melepaskan penceroboh itu tadi? Sejak dia kembali ke zaman ini, Ah Wu lihat dia sentiasa dalam bahaya," balas Ma Shang Wu. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya.
"Shuang er memberi tawaran kepada penceroboh itu untuk menghapuskan orang yang mengupah penceroboh itu."
"Apa? Habis tu?" tanya Ma Shang Wu yang kehairanan. Shu Wu JI ketawa kecil.
"Hai..." keluh Shu Wu JI. "Dia menawarkan 500 tael emas kepada penceroboh itu untuk membunuh orang yang mengupahnya dan mayatnya mesti digantung di pintu kota."
"Hah!"
"Kenapa? Terkejut? Kan aku dah katakan Shuang er sangat bijak. 500 tael emas itu boleh membuatkan seseorang hidup senang pada masa yang lama,"komen Shu Wu JI.
"Daren, Daren fikir adakah penceroboh itu akan berjaya?"tanya Ma Shang Wu lagi. Shu Wu JI mengambil masa untuk menjawab soalan itu.
"Aku rasa, Shuang er lebih tahu jawapan itu," jawab Shu Wu JI. "Sudahlah, aku juga penat. Shuang er boleh beri aku sakit jantung tadi. Aku perlukan rehat sekarang."
"Shi, Daren. Daren, man zhou," ucap Ma Shang Wu menunduk hormat. Shu Wu JI pergi meninggalkan Ah Wu di situ. Tiba-tiba dia ternampak LIu LI atau Andy yang berpakaian wanita bergegas masuk ke rumah utama. Dia juga berlari ke arah Andy kerana dia tahu sudah tentu Andrew bimbang akan keselamatan Shuang er. "Liu Li," panggil Ma Shang Wu. Andrew memandangnya. Andrew menunjukkan ke rumah utama dan Ma Shang Wu mengangguk. Baru sahaja Andrew mahu melangkah masuk dia ditahan oleh Ma Shang Wu.
"Ah Wu, kenapa kau menahan aku?" bisiknya perlahan.
"Dr Tan, Shuang er baru sahaja masuk untuk tidur."
"Aku mesti berjumpa dengan Shuang er sekarang."
"Dr Tan, dia benar-benar perlukan rehat," balas Ma Shang Wu seperti memujuk. Andrew mengurut tengkuknya. "Ah Wu tahu, Dr Tan risaukan Xiaojie tapi Ah Wu jamin, Xiaojie tak apa-apa."
"Apa yang telah terjadi sebenarnya?"tanya Andrew.
"Hari sudah jauh malam, Dr Tan pulanglah berehat. Pagi esok, Dr Tan boleh ke mari dan berjumpa dengan xiaojie."
Lama Andrew memandang Ma Shang Wu dan ke pintu rumah utama tersebut. Dia mengeluh panjang. JIka sesuatu terjadi kepada Sara malam itu, dia tahu dia tidak akan memaafkan dirinya.
"Kau tak tipu ni?"tanya Andrew. Ma Shang Wu tergelak kecil.
"Ah Wu tahu, Xiaojie begitu bermakna untuk Dr Tan," jawab Ma Shang Wu. "Masakan Ah Wu mahu menipu Dr Tan."
"Baiklah, aku menerima cadangan kau. Esok sahaja aku berjumpa dengan Shuang er."
"Silakan Dr Tan, Ah Wu berjanji akan menjaga Xiaojie dengan nyawa Ah Wu."
Andrew mengangguk dan berjalan perlahan pulang ke biliknya. Ma Shang Wu mengambil tempat di hadapan pintu dan berjaga di situ. Kelihatan dari dua orang pengawal, Shu Wu JI meletakkan lebih kurang 8 orang pengawal berjaga di sekeliling dan juga di atas bumbung. Semakin hari dia mengenali Sara, semakin dia rasa banyak lagi yang dia tidak tahu mengenai Sara. Cuma dia pasti yang Shuang er menjadi kesayangan Zheng gonggong kerana dia begitu istimewa. Sebagai lelaki moden, dia juga kagum dengan Sara inikan pula manusia yang hidup di zaman lampau.
Sara kembali ke katilnya mengejutkan Soo Mi.
"Xiaojie," tegur Soo Mi menggosok mata comelnya. "Kenapa tak kejutkan Soo Mi?"tanya Soo Mi mendapatkan Sara yang baru sahaja melabuhkan punggungnya ke katil.
"Aku pergi mengambil udara segar sahaja Soo Mi. Tak perlu mengejutkanmu."
Soo Mi pergi menanggalkan kasut dan mengelap kaki Sara.
"Xiaojie hendak minuman panas?"tanya Soo Mi. Sara tersenyum.
"Bawakan aku susu suam sedikit," jawab Sara. Soo Mi tanpa berlengah terus ke dapur. Sara menggeliat. Dia mengeluh sendiri. Tiada keamanan dia kembali ke zaman ini. Dari pengembaraannya yang pertama hingga yang ini, ada saja yang mengocak kehidupannya. Dia teringatkan tawarannya tadi. Sebenarnya tidak bermakna pun tawaran itu kerana bagi Sara jika penceroboh itu benar-benar berkeupayaan sudah tentu anak panah tadi mengenai sasaran. Tapi dia mengharapkan yang jika yang mengupahnya tidak dapat dihapuskan , sekurang-kurangnya pengupah itu akan merasai bagaimana perasaannya diburu untuk dibunuh. Sara berfikir. Dia teringat Andrew dan dia bersyukur, Ma Shang Wu dapat memujuk Andrew untuk pulang ke biliknya kerana pada masa itu dia perasan akan kehadiran Andrew di pintu. Kalau Andrew menemuinya malam itu, sudah tentu, sampai ke keesokan paginya Andrew tidak berhenti memberikannya syarahan percuma.
"Xiaojie, susu," tegur Soo Mi yang pantas membawakan susu suam kepadanya. Sara mengambil minuman itu dan meneguknya pantas. Susu suam menjadikan tubuhnya lebih selesa. Betapa dia rindukan secawan coklat panas yang dibuat oleh Andrew. Dia memberikan balik cawan itu dan terus berbaring.
"Aku hendak bangun agak lewat esok. Jadi aku harap aku tidak akan diganggu," beritahu Sara.
"Soo Mi mengerti. Selamat malam Xiaojie," kata Soo Mi menyelimutkan Sara dan duduk di sebelahnya and mengipas Sara sehingga Sara terlena.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Genç Kız EdebiyatıKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...