"Andy untuk malam ini kau bermalam saja di sini,"tegur Sara yang menunggu di luar bersama Ma Shang Wu. Andrew keluar segak berpakaian purba.
"Tak macam dalam drama ke aku pakai baju ni?" Balas Andrew melihat-lihat tubuhnya.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?"soal Sara bercekak pinggang. Andrew mengangguk.
"Aku tak nak! Ke mana kau pergi aku ikut. Aku ke sini kerana hendakkan jawapan dari kau. Mana mungkin kau hendak mengelak dari aku,"jawab Andrew selamba.
"Hei, siapa yang mengelak-"Sara meninggi suara tetapi ditahan oleh Ma Shang Wu. Andrew melihat cara Ma Shang Wu dan dengan sendirinya hatinya timbul rasa cemburu.
"Dr Tan, kami akan bawa Dr Tan bersiar-siar melihat kawasan. Saya mahu Dr Tan buat satu benda sahaja jangan mengeluarkan kata-kata,"kata Ma Shang Wu. Andrew terketawa.
"Cakap saja kau mahu aku diam kan senang tidak perlu nak cakap berpusing-pusing,"balas Andrew. Sara membungkam perasaan. 'Aku lepuk dia ni karang. Annoying gila ni,'desis hati Sara. Timbul satu idea di kepalanya.
"Kau boleh bersama aku siang dan malam dengan satu syarat,"ucap Sara.
"Kalau kau nak aku jadi bisu. Kau boleh buang aje idea itu."
Sara berbisik sesuatu kepada Ma Shang Wu. Wajah Ma Shang Wu berubah dan memandang Andrew.
"Are you sure?"tanya Ma Shang Wu.
"He has no choice,"jawab Sara perlahan.
"Ni apa bisik-bisik ni?"tegur Andrew tidak senang.
"Hanya satu cara kau boleh bersama aku,"kata Sara. Andrew menanti cadangan Sara. "Kau jadi pembantu aku seperti Ma Shang Wu tetapi kau mesti menyamar seperti seorang perempuan."
Andrew ketawa besar kerana itu idea yang paling mengarut.
"Ketawa ya? If you can 't be that then, setiap malam kau tidur di sini. Dan kerja kau di kandang kuda."
"Hei, aku ni doktor tau!"bantah Andrew.
"Doktor gigi je. Jangan nak berlagak sangat,"sambut Sara. "Ni sebelah aku ni baru ya, doktor di ER."
Andrew terdiam. Sara mengisyaratkan Ma Shang Wu pergi mengambil pakaian perempuan.
"Tunggu! Kalau ya agak-agaklah nak suruh jadi perempuan. Dr Ma dan aku sama tinggi. I am a gym buff. Kau pernah tengok perempuan lengan berketul-ketul ni?"
Kali ini Sara pula ketawa.
"Kat sini orang panggil pondan ya sis,"kata Sara habis ketawanya. Muka Andrew menjadi merah menahan marah. "Take it or leave it. Kau yang datang cari aku. Kau yang nak cari jawapan kepada soalan-soalan di fikiran kau. You do it my way or no way,"tegas Sara. Andrew bercekak pinggang memandang Sara dengan rasa tidak puas hati. "Yes or no Dr Tan?" Ma Shang Wu datang dan memberitahu pakaian perempuan sudah tersedia.
"Take me back to Beijing!"kata Andrew menengking Ma Shang Wu. Ma Shang Wu memandang Sara. Sara memandang Ma Shang Wu dengan pandangan yang hairan.
"Say, macamana kau tahu Andrew cari kau sebenarnya? Macamana kau boleh pergi dan membawa dia kembali ke sini huh?"tanya Sara Ma Shang Wu terdiam.
"As your guardian, whenever people search for you, saya akan kembali dengan sendirinya,"jawab Ma Shang Wu. Sara memberi pandangan serong kepada Ma Shang Wu kerana dia mengesyaki Ma Shang Wu berahsiakan sesuatu. "Betul!Tak tipu,"sambung Ma shang Wu agak panik.
"Kau tipu esok aku hantar kau balik dan kau takkan boleh balik ke sini ever. Dan kau tak payah menjadi penjaga rumah ini lagi."
"Xiaojie,please forgive me. Saya menyatakan yang benar,"rayu Ma Shang Wu melutut di hadapan Sara. Andrew terkejut melihat tindakan Ma Shang Wu itu. "Tolonglah.Betul saya tak dapat mengawal bila waktu pulang ke sana."
'No, banyak yang tak masuk akal di sini. Tak apa. Aku akan tahu juga lagi,'bisik hati Sara
"Hantar aku balik sekarang!"perintah Andrew.
"Kau pergi ikut Wu er salin baju perempuan dan ikut aku sekarang juga!"
"Tak nak!"
"Cakap lagi sekali!"cabar Sara.
"Tak nak tak mungkin jangan harap."
"Ok. Wu er. Aku tahu kau tahu bagaimana nak hantar orang gila ni balik,"ujar Sara sambil melihat kepada Ma Shang Wu. Ma Shang Wu mengangkat kedua tangannya tanda hormat.
"Xiaojie,saya-"
"Either him or you stay here. Kau pilihlah. Dia tak ada dalam plan aku pun. So kalau dia tak ada di sini itu yang sebaik-baiknya,"sampuk Sara. "Aku balik dulu. Ingat kata-kata kau. Hantar dia balik."
Andrew melihat betapa garangnya Sara sampai Ma Shang Wu tidak berani membantah.
"Jangan berlagak sangat boleh,"tegur Andrew. Sara menudingkan jarinya kepada Andrew.
"When he sends you back. Don't ever search for me. Faham. Kau dan aku sudah tiada kaitan apa-apa."
"Heh,kau ingat aku ke sini nak bercinta dengan kau?"ejek Andrew.
"Baguslah kalau bukan. I'm sorry I can't help you with your memories. Jangan cari aku lagi aku bagi warning kat kau,"kata Sara.
"Xiaojie, xiaojie," panggil Soo Mi. Mereka berpaling. "Xiaojie maafkan Soo Mi tetapi ada hamba yang beritahu Shu Daren sudah berada di rumah."
"Apa?!"balas Sara dan Ma Shang Wu serentak. Mereka berpandangan sesama mereka.
"Tetapi kenapa? Baru dua hari berangkat?"tanya Sara. Soo Mi memggelengkan kepalanya.
"Siapa Shu Daren?"tanya Andrew kepada Ma Shang Wu.
"Lagi dua bulan, xiaojie dan Shu Daren akan berkahwin,"bisik Ma Shang Wu. Andrew terpaku.
"Ya, Wu er cakap betul. Sekarang dipersilakan balik. Aku tak hairan pun kau balik dan kita takkan jumpa sampai bila-bila."
Sara memandang Ma Shang Wu dan Ma Shang Wu menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat dan memahami tugasannya. Sara berjalan keluar ditemani oleh Soo Mi.
"Dr Ma. Aku setuju."
"Setuju apa?"tanya Ma Shang Wu.
"Jadi pondan! Eh, bukan jadi perempuan."
"Tapi bukankah tadi-"
"She is my wife. Aku takkan biarkan sesiapa merampasnya."
"You divorced her remember?"
"Aku tahu tapi selagi aku tidak dapat mengingati aku takkan lepaskan dia."
Andrew bercakap dengan penuh emosi.
"Kau tolong aku berpakaian sebagai perempuan,"arah Andrew. Ma Shang Wu tersenyum.
"Mari ikut saya,"kata Ma Shang Wu sopan dan Andrew mengikuti Ma Shang Wu balik ke bilik tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...