Sara terus melangkah keluar dan menyaksikan warga kediaman itu bergelimpangan ketiduran di situ. 'Wuih, kuat ubat tidur ni,'bisik hati Sara. Betul cakap Ma Shang Wu ubat tidur itu akan menidurkan seorang manusia selama tiga hari jika dicampur dengan alkohol. Racun yang dioles di jarum tercacak di leher Li Yang Jian ialah ubat kebas yang digunakan untuk menjahit pesakit. Sara tidak menggunakan ubat tidur yang sama kerana Li Yang Jian perlu berfungsi seperti biasa. Dia menarik nafas panjang. 'Wu Ji, sesungguhnya aku berdoa kau akan selamat,'bisik hatinya ketika terus melangkah.
"Mo Li Hua! Mo Li Hua!"jerit Li Yang Jian di belakangnya. Dia faham segala yang dilakukan oleh Li Yang Jian atas nama obsesi tapi Shu Wu Ji adalah segalanya baginya. Li Yang Jian berlari dengan lebih pantas dan menarik lengan Sara memaksanya untuk berhenti. "Berikan aku penawar!"
Sara menepis tangan Li Yang Jian dan memandangnya tajam.
"Shu Wu Ji akan mati tiada yang dapat yang aku lakukan." Sara menendang perut Li Yang Jian dan terpelanting ke tanah.
"Aku seorang yang ringkas Li Yang Jian. Shu Wu Ji mati...kau akan menyusul. Senang."
"Li hua!"
"Wo bu shi Mo Li Hua!"jerit Sara.
"Kau bohong!!!
"Kau sakit Li Yang Jian. Kita tak pernah kenal sebelum ini."
"Siapa lagi yang berbahasa ganjil seperti Li Hua? Siapa yang membuat Shu Wu Ji seperti orang gila kalau terpisah? Tiada wanita yang lebih bijak dari kau yang pernah aku jumpa Li Hua. Kau tahu tak Zumu ketika hari terakhirnya memanggil nama kau Li Hua?"
Sara terdiam. Fikirannya melayang kepada Lao Furen yang sangat menyayangi Mo Li Hua.
"Dan siapa lagi yang dikasihi oleh Zheng gonggong sehingga sanggup datang mengambil kau dari keluarga kami? Aku menyiasat perkara ini dan aku tahu kau pernah ke mari sebagai Cempaka Sari Puteri Memanda Temenggung. Perkara ini membingungkan aku pada mulanya tapi aku sudah menerimanya. Aku tak peduli dari mana kau datang yang pasti, aku mahu hidup bersama kau!"
Sara menepuk dahinya dan menjeling kepada Li Yang Jian.
"Baik, kau memang sudah gila. Aku-" balas Sara sambil mengeluh. "Aku bukan Mo Li Hua. Kau jauhkan diri kau dari Shu Wu Ji,"kata Sara menudingkan jarinya. Dia merengus dan mula melangkah.
"Sara!"panggil Li Yang Jian. Langkahnya terhenti. Dia menghela nafas panjang dan tanpa menoleh kepada Li Yang Jian. "Sara! Jangan pergi. Aku janji aku akan melayanmu dengan lebih baik,"pujuk Li Yang Jian.
"Kau membuang masa Li houye. Kalau aku jadi kau sekarang juga aku mengejar kapal armada Shu Wu Ji."
"Zheng Xiaojie!"sapa Pipit berlarian,dia yang kebimbangan menuruti arahan Sara sepenuhnya. "Li Houye,"sapa Pipit menghormati.
"Kau-kau yang bunuh mereka ini bukan?"jerit Li Yang Jian.
"Bunuh? Mereka semua masih hidup cuma jika tidak diberikan penawar mereka akan terus begini. Kau perlu berdoa yang Shu Wu Ji selamat. Kau terlalu dengki dengan Shu Wu Ji tapi nyawa kau berada di tangannya,"balas Sara mengejek. "Wo men zhou," kata Sara mengajak Pipit pergi. Li Yang Jian yang kebingungan berdiri sendirian melihat Sara dan Pipit pergi.
"Apa langkah seterusnya Cempaka?"bisik Pipit.
"Kita berdoa saja,"jawab Sara perlahan. Dirinya juga tidak tahu apa yang akan terjadi kelak. "Kita balik ke rumah rehat. Aku ada perkara mahu berbincang dengan Ma Shang Wu."
Li Yang Jian mundar-mandir keseorangan. Dia bingung. Kepalanya penuh dengan ugutan Sara. 'Aku mesti membatalkan arahan itu,'desis hatinya. Tangan kanannya terasa kebas dan itu mencemaskan hatinya. Dia berlari ke kandang kuda dan tanpa berlengah dia ke markas lanun-lanun itu di ceruk hutan hujung kota.
"Pit, orang kita punya berita tentang Shu Daren?"tanya Sara tak semena-mena ketika melewati gerai-gerai makanan di Guangzhou. Pipit yang selalu berdiam memandang Sara.
"Bila ada berita terbaru Pipit berjanji akan sampaikan kepada Cempaka. Kenapa Cempaka?"
"Untuk pertama kalinya dalam hidup aku, aku umpama tunggul yang tidak dapat ke mana-mana."
"Shu Daren bukan calang-calang panglima Cempaka."
"Aku tahu,"jawab Sara pendek. Dia menghela nafas panjang. "Aku percaya qada dan qadar Allah Pipit."
"Cempaka, izinkan Pipit bertanya."
Sara tersenyum. Lama tidak bertemu seseorang yang begitu lembut tuturkatanya.
"Ni shuo.."
"Cempaka sememangnya tidak akan ke mana-mana lagi bukan?"
"Hmm...didengari sekali seperti satu pertanyaan difahami dua kali kau mahukan kepastian. Betul Pipit?"usik Sara.
"Ampunkan Pipit Cik Muda. Bukan di tempat Pipit bertanya sebegini."
Sara terketawa kecil. Seronok berbual dengan Pipit. Sikap naif masyarakat Purba dikaguminya.
"Pipit kalau dikira zaman, kau tu ibarat tok nenek moyang buyut cilawagi."
"Maksud Cempaka?"
"Maksudnya kalau tuan hamba bersoalkan taraf dan kedudukan, tuan hamba ini ibaratkan orang tua-tua,"jawab Sara.
"Cempaka datang dari-"
"Kurun ke-21. Di zaman Cempaka, Melaka sudah tiada bersultan,"sampuk Sara. Pipit jatuh dari kudanya tiba-tiba.
"Aduh!"jerit Pipit.
"Pipit! Masya Allah,"panggil Sara terjun dari kudanya mendapatkan Pipit. "Kau tak apa-apa?" Dia membantu Pipit bangun. Pipit memandang wajah Sara tanpa berkelip. Sara menyimpan senyumannya. "Kau- tak apa-apa?"tanya Sara memusing tubuh Pipit. "Susah nak percaya bukan?"tanya Sara lagi. Pipit masih termangu-mangu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...