3

300 33 0
                                        

Sara sudahpun bersiap untuk ke KLIA dan mereka sekeluarga makan petang bersama. Berat hati Salina hendak melepaskan namun dia kenal siapa itu Sara. Nampak tangkas berani tetapi apabila bersedih susah untuk keluar dari lingkungan itu. Walaupun dia tahu Sara akan pergi jauh namun melihat Sara dengan semangat baru dan kembali seperti Sara sebelum merentas masa, dia bahagia walau dalam pilu. Mamatok menggosok belakang Salina apabila melihat Salina memandang Sara sedang beramah mesra dengan anak-anak saudaranya. Salina menoleh kepada ibunya.

"She looks happy again,"bisik Salina.

"Seperti kau dan arwah Salleh, cintanya pada Shu Wu Ji takkan pernah padam."

"Sal takut-"

"Dia takkan apa-apa. Mama percaya Popo akan menjaganya dengan baik,"pujuk mamatok. Sara memeluk setiap orang di situ seperti itulah kali terakhir dia berada di situ.

"Mak dan mamatok jaga diri ya? Sara sayang mamatok dan mak tapi Sara mesti pulang ke sana. Seperti ada sesuatu yang mesti Sara selesaikan,"ucap Sara. Salina menyeka airmatanya. "Mak, if you are like this, I can't go,"pujuk Sara. Kerana terlalu sibuk, selepas perkahwinannya dengan Andrew, mereka tidak berpeluang untuk berbulan madu dan menunaikan hasrat Sara mencari kediaman yang ditinggalkan oleh Laksamana Zheng He.Dia juga hampir terlupa mengenai kotak itu.

"Hati seorang mak, Sara. Jaga diri. I just wish ada cara kita boleh berhubung tak adalah mak dan mamatok bimbang sangat,"luah Salina. Sara memeluk Salina erat.

"Sara juga rasa begitu mak, mamatok. Tapi Popo cakap bila Sara sudah bersedia untuk balik ke sini dia akan tolong,"ucap Sara. Mamatok dan Salina mengangguk tanda faham.

"Pergilah nanti lambat. Grab dah sampai tu,"kata Mamatok. Sara melepaskan tangan keduanya dan melangkah pergi.

"Mak,jaga kotak kayu tu baik-baik ya?"

Salina mengangguk.

"Jangan risau." Sara memeluk kedua wanita penting dalam hidupnya dan pergi ke tangga masuk. Hatinya membawa seribu harapan.

Perjalanan ke Beijing selama 6 jam tiada kesukaran. Dia tiba betul-betul tengah malam di Beijing. Dia keluar dan mencari-cari wakil Ma Shang Wu.

"Zheng xiaojie,"panggil seseorang di belakangnya. Sudah lama tidak mendengar orang memanggilnya dengan nama itu. Dia menoleh dan terkejut kerana lelaki muda itu saling tidak tumpah seperti ayah angkatnya. "Zheng xiaojie, I am Ma Shang Wu. Your inheritance keeper,"tegur Ma Shang Wu melihat Sara terpegun melihatnya.

"Hold on one selfie. I want to send to my mom,"kata Sara sambil mengeluarkan telefon dan menangkap satu swafoto lalu diberi terus kepada mak. 'Mak ini Ma Shang Wu.Kalau mak nak tahu inilah muka Laksamana Zheng He. Sebijik,'mesej Sara kepada ibunya. "Ok, wo hen lei (saya sangat penat).,"beritahu Sara.

"Zheng xiaojie,pandai berbahasa Cina?"tanya Ma Shang Wu dalam bahasa ibundanya.

"Sikit-sikit bolehlah,"jawab Sara dalam bahasa cina. Dan mereka berdua ketawa.

"Baiklah, saya tahu hari sudah jauh malam tetapi mengikut wasiat, saya mesti membawa Zheng Xiaojie ke kediaman itu sebaik sahaja menjejakkan kaki di sini,"beritahu lelaki muda itu.

"Panggil saya jiejie atau Shuang er atau nainai."

"Jiejie? Shuang jie?"tanya Ma Shang Wu menggaru kepalanya. Sara mengangguk.

"Atau Sara, pun boleh,"kata Sara.

"Sala...?" Balas Ma Shang Wu. Sara ketawa.

"Shuang jie,"arah Sara tersenyum.

"Hao hao, mari,"ajak Ma Shang Wu.

"Sebelum itu, saya hendak singgah di kedai 24 jam. Ada barang yang perlu dibeli,"beritahu Sara. Ma Shang Wu mengerti dan terus mengambil bagasi Sara.

Sara membeli panadol,antiseptik,ubat sakit perut,selsema,ubat luka dan tiger balm. Dia membeli coklat dan beberapa jajan dan meletakkan dalam beg sandangnya. Dan juga tuala wanita. Setelah penuh beg sandangnya dia balik ke kereta. Ma shang Wu tidak bertanyakan apa-apa kepada Sara.

"Jauh ke rumah itu?"tanya Sara.

"Sebab malam memang terasa jauh tetapi hanya sejam setengah dari ibukota. Kawasan kediaman ini istimewa seperti sebuah resort. Sebab itu dia jauh dari bising ibukota,"terang Ma Shang Wu.

"Ah Wu, juga tinggal di situ?"tanya Sara. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya.

"Saya tinggal di luar kediaman tetapi hanya seminit berjalan."

"Oh dekatlah,"balas Sara. "Ada orang tinggal di situ?"

"Kami pekerja hanya berada di situ sehingga habis makan malam."

"What?Ngeri nya nak tinggal sorang-sorang!"jerit Sara.

"Jie, it is a traditional with modern facilities. Elektrik, cable tv, ada guard jangan bimbang,"balas Ma Shang Wu ketawa. "Jie rehatlah, lambat lagi ni,"kata Ma Shang Wu sambil memecut BMW X6 laju. Sara menghela nafas panjang dan merehatkan dirinya.

"Selamat pulang Sara,"suara Popo kedengaran jelas di telinganya.

"Popo,"panggil Sara dengan mata masih tertutup.

"Di rumah itu ada kotak yang Sara terima. Titipkan surat untuk keluarga jika merindui mereka dan surat itu akan sampai kepada mereka dan jika mereka membalas dan menggunakan kotak itu, Sara juga dapat membacanya."

"Popo.."Sara terkejut dari tidurnya.

"Jie kita dah sampai,"beritahu Ma Shang Wu. Sara melihat jamnya. Sudah hampir 2.30 pagi. Sara melihat Pagar besi yang berukir cantik dan besar di hadapannya. Pengawal keselamatan membuka pagar untuk mereka. Hati Sara tersentap melihatkan senibina mahligai itu. Kediaman itu adalah seperti kediaman jiaofu di Nanjing. Airmatanya menitis.

"Jiaofu wo hui lai le,"bisik Sara sendiri. Ma Shang Wu membuka pintu untuknya dan membawa bagasi untuk Sara.

"Mari saya tunjukkan,"kata Shang Wu. Sara tersenyum dia menggelengkan kepalanya.

"Jie rasa jie tahu rumah ini. Ah wu baliklah dah malam. Esok kita berbual ya,"kata Sara. Ma Shang Wu terdiam. Benarlah kata wasiat itu, pewaris itu mengenali rumah agam itu.

"Kalau macam tu, ini passwords semua pintu bilik di rumah ini,"beritahu Ma Shang Wu. "Kalau jie lapar, dapur semua telah dilengkapkan dan semuanya halal."

"Ah Wu telah bekerja keras hari ini. Terima kasih ya,"ucap Sara. Ma Shang Wu menunduk dan memberikannya kunci kereta. "Kenapa ni?"tanya Sara.

"Ini kereta jie,"jawab Ma Shang Wu.

"Betul ni?"tanya Sara tidak percaya. Ma Shang Wu ketawa.

"Jie, you are the richest lady in China right now,"beritahu Ma Shang Wu.

"Aih, nak bergurau pun,"bantah Sara.

"Itu kenyataan. Nanti ada peguam akan bertemu jie untuk penyerahan harta,"beritahu Ma Shang Wu.

"Bila?"

"Jie berehatlah dulu. Enjoy rumah ni. Di belakang penuh pokok buah-buahan dan sayur-sayuran,"jawab Ma Shang Wu. "Ah Wu pulang dulu. Apa-apa boleh call,"katanya lagi sebelum berlalu. Sara melihatnya pergi. Dia menarik nafas dalam-dalam dan udara segar masuk ke rongganya. Bau ume dan sakura yang dirindui menyegarkan. Dia menarik bagasi nya menyusuri rumah itu. Warna hijau zamrud dan merah jingga membuat tempat itu seakan ceria. Setiap tapak yang diambil dirasakan seperti berjalan pulang kepada jiaofu. Dia tiba di bilik bacaan yang terang. Dia hairan kenapa bilik itu seperti ada berpenghuni. Dia menarik bagasinya ke arah itu.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang