61

147 28 4
                                        

Sara terus berlari mengejar lelaki bertopeng hitam itu. Lagi laju lelaki itu cuba meninggalkannya, selaju itu Sara mengikutinya. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya. Dia amat merisaukan keselamatan Sara. Perkara seperti ini yang paling ditakuti oleh Shu Wu JI- Sara bertindak melulu.

"Shuang er, tunggu!" panggil Shu Wu JI dari belakang.

"Kau terlalu perlahan, Wu JI!" jerit Sara tanpa menoleh. sampai di atap bangunan terakhir, Pipit melompat ke atasnya. "Pit!" jerit Sara menghentikan langkahnya. Baru dia merasa mengah kerana berlari laju sambil mengimbangi badannya.  Lelaki itu menghunuskan pedangnya bersedia untuk bertarung. Di bawah sudah penuh dengan perwira-perwira Shu Wu JI bersedia untuk menangkap lelaki itu. Pipit juga mengeluarkan pedang dari sarungnya. "Tunggu!" kata Sara.

"Pipit akan habiskan dia malam ini juga Cempaka."

"Aku kata jangan! Masukkan balik senjata itu."

"Tapi Cempaka, dia hampir membunuhmu," bantah PIpit. Lelaki itu terpinga-pinga kerana Sara dan Pipit berbahasa asing.

"Hish, kau ni cuba percaya dengan aku," balas Sara.

"Sayang, kau ke mari," panggil Shu Wu JI cuba menenangkan dirinya. Sara menjeling kepada Shu Wu JI. 

"Kau pun sama," kata Sara dalam dengar tak dengar. "Ni, berapa yang tuan kamu bagi, aku gandakan," tegur Sara kepada lelaki yang masih dalam keadaan untuk bertarung.

"Apa yang kau cuba katakan?"soal lelaki itu. Sara tersenyum, Umpannya sudah mengena. 

"Aku tak mahu tahu siapa yang mengupah kau tapi aku berjanji aku akan membayar kau dua kali ganda."

"Aku tak percaya!" jerit lelaki itu memalingkan tubuhnya kepada Sara.

"Baiklah. PIpit turunkan pedang itu," arah Sara. Lelaki itu menjeling kepada  PIpit dan PIpit walau hatinya tidak rela menurutkan sahaja permintaan itu.

"Sayang, kau nak buat apa ni?"tanya Shu Wu JI. 

"Kau tengok saja!"jawab Sara. Dia menghela nafas panjang terlalu ramai yang mengganggu rancangan spontannya malam ini. "Kau tengok, aku tiada senjata. Orang belakang aku dan belakang kau juga tiada bersenjata."

"Apa yang kau nak?!"

"Aku akan bayar dua kali ganda kepada kau untuk kau membunuh sesiapa sahaja yang mengupah kau," beritahu Sara. Shu Wu JI dan PIpit terpempan dengan kata-kata Sara itu. "Bagaimana?"

"300 tael emas," sambut lelaki itu cuba berunding. Sara menganggukkan kepalanya.

"500 tael emas!" ucap Sara. 

"Cempaka!"

"Shuang er!" 

Kedua Shu Wu JI dan Pipit berbicara serentak mendengar rundingan itu. Sara masih tenang di hadapan pembunuh upahan .

"Bagaimana aku tahu yang kau takkan menipu," tanya lelaki tadi. Sara tersenyum.

"Aku memang takkan menipu, tiada apa yang aku dapat jaminkan. Kau hanya perlu mempercayaiku." Lama lelaki itu merenung Sara yang santai berpakaian tidur. Rambutnya yang mengurai, pakaiannya ditiup angin musim bunga. "Kau datang setelah kau selesai kerja kau. Aku tak mahu kau datang dengan kepala atau bahagian badan musuh aku itu. Tetapi aku nak kau gantung mayat dia di pintu kota. Selepas itu kau jumpa aku di kedai sutera Zheng. Wang itu aku akan kuletak di dalam kotak yang bersalutkan sutera merah jambu." Suara Sara terhenti di situ. Lelaki itu masih lagi tercegat di hadapannya. "Aku juga tidak mahu tahu siapa kau."

Lelaki itu merenung wanita muda di hadapannya. Situasi ini begitu ganjil baginya tapi tawaran wanita muda ini begitu menarik.

"Tetapi aku harus membunuh kau malam ini."

"Tuan PIpit di belakang kau pernah menyelamatkan maharaja. Shu Daren di sebelah aku ini pernah menyelamat Tanah Ming daripada ditembusi dari laut. Dan aku adalah wanita terkaya di sini. Kau boleh membunuh aku dan mendapat upah yang mereka telah janjikan tetapi jika kau membunuh mereka kau akan mendapat lebih lagi. Dan kita tak perlu berkenalan."

Lelaki itu terkelip-kelip melihat Sara.

"Tapi dengan satu syarat. Kau mesti menjalankan tanggungjawab itu malam ini juga."

"Apa?"

"Itu syarat aku. Kau  boleh pergi sekarang."

Lelaki itu nampak lebih tenang.

"PIpit kau turun dari situ,"arah Sara. Pipit mengangkat hormat dan terjun ke tanah. "Kau pergi sekarang kerana aku melepaskan kau. JIka kau menolak tawaran ini, kau akan mati di tangan aku."

Lelaki itu tergelak besar. Sara tersenyum.

"Kenapa kau tak percaya?"

"Xiaojie yang cantik, susah aku hendak percaya." Dengan pantas Sara melepaskan sekeping shiruken (dart ninja) dan terkena ikatan belakang kepalanya dan topeng itu jatuh ke kaki. Tergamam lelaki itu. 'Patutlah, sudah beberapa kali mereka mencuba untuk membunuhnya tetapi tidak berjaya. Dia seorang pahlawan rupanya,'desis hati lelaki itu.

"Masih lagi di sini?"sindir Sara.  Lelaki itu merendahkan dirinya dan menunduk hormat.

"Saya menerima tawaran itu." Dengan cepat dia terus berlari dan melenyapkan dirinya. Sara melepaskan nafas berat.

"Sayang, kalau kau terus-menerus begini bagaimana hati aku akan menjadi senang meninggalkan kau di sini?"tanya Shu Wu Ji yang kelegaan lelaki itu sudah pergi. "Aku boleh menangkapnya tadi."

"Aku tahu! Tapi sebelum kita tahu apa-apa mereka ini akan membunuh diri mereka sendiri. Itu sumpah mereka."

"Kau rasa ini akan berjaya?"

"Wu JI, tiada yang pasti dalam hidup ini. Yang pasti, aku sudah memudahkan kerja kau dua kali ganda. Sesiapa sahaja yang tergantung di pintu kota, itulah penjahat yang mahu membunuh anak Zheng gonggong," jawab  Sara.  Shu Wu JI menggelengkan kepalanya sekali lagi. 'Boleh mati terkejut dengan perangai cinta hati aku ini,'desis hati Shu Wu jI. 

"Mari turun," ajak Shu Wu JI. Sara beku di situ. "Kau ni kenapa?" 

"Tiba-tiba aku merasa gayat berdiri di sini," jawab Sara melihat sekelilingnya. Shu Wu JI ketawa Dia memegang pinggang Sara. 

"Kau percayakan aku tak?"tanya Shu Wu JI.

"Dangren la," jawab Sara. Tanpa berlengah Shu Wu JI melompat ke tanah.  Sara terduduk di tanah. "Wu JI! Kenapa kau tak bagitau kau nak lompat?"tanya Sara geram.

"Tak apa tu kau selalu cakap ah...tak happening!"

"Wu JI!"

"Oklah, aku salah. Maafkan aku ya sayang," pujuk Shu Wu Ji membongkok membantu Sara berdiri. Sara masih lagi merajuk. Shu Wu JI mencempung Sara balik ke biliknya. "Kau hampir-hampir buat aku sakit jantung tadi, tahu?"bisik Shu Wu JI kepada Sara. 

"Yelah, aku salah. Aku minta maaf," bisik Sara. Shu Wu JI ketawa. Ma Shang Wu yang berada di situ merasa sungguh cemas dengan kejadian yang tidak disangka-sangka. Tetapi cara Sara menangani kes ini sangat bijak. Esok mereka semua akan mengetahui siapakah yang selalu memberi masalah kepada Shuang er.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang