47

160 28 1
                                        

Shu Wu JI yang seakan merajuk pergi ke ruang tamu meninggalkan Sara dan Soo Li. Sara memandang Soo Li.

"Kenapa Xiaojie?"tanya Soo Li.

"Aku masih lapar," jawab Sara.

"Hah?"balas Soo Li terkejut.

"Aku nak makan," pinta Sara. 

"Betul ke nak makan lagi  ni?"tegur Shu Wu Ji yang berada di pintu hubungan ruang tamu dan bilik tidur.

"Kenapa tak boleh ke?"tanya Sara.

"Baik, Soo Li kamu bawakan semua makanan di dapur ke mari," arah Shu Wu Ji.

"Uih, menyindir nampak," balas Sara dengan tenungan mengusik. "Soo LI, betul bawakan semua makanan biarpun aku nampak berbalut kepala begini, selera makan masih sihat,"kata Sara kepada Soo LI. Soo Li tersenyum dan menunduk  hormat. Dengan pantas dia pergi ke dapur. Shu Wu Ji yang masih membungkam kerana keputusan Sara membawa Andrew ke biliknya mahu pergi ke bilik bacaan yang bersebelahan dengan ruang tamu. "Wu ji,"panggil Sara. Shu Wu JI berpaling. "Boleh tak tolong ambilkan kotak kayu yang aku ambil dari kau?"pinta Sara.

"Kenapa?"tanya Shu Wu Ji kehairanan. Sara mengeluh.

"Wu Ji, hari ini hari kenapa kau ya? Semua yang aku minta mesti kau jawab kenapa," kata Sara mengangkat keningnya.

"Kepala berbalut tapi masih boleh membalas semua kata-kata aku," balas Shu Wu Ji.

"Wu Ji...."

Shu Wu Ji menggapai kedua tangannya ke udara.

"Baiklah, Furen, Xiankong salah," kata Shu Wi seakan mengusik. "Aku ke bilik bacaan rasanya Pipit meletakkannya di situ." Tanpa berlengah dia meninggalkan Sara di situ. Sara menyentuh balutan di dahi dan belakang kepalanya. 

"Zheng Xiaojie," panggil Ma Shang Wu yang tiba bersama Andrew. Sara merasa simpati dengan Andrew yang sudahlah sakit, dipaksa berpakaian perempuan begitu. 

"Soo Mi, pergi tolong Soo LI di dapur. Aku  lapar dan nak makan banyak," suruh Sara. Soo Mi mengangguk dan terus sahaja keluar dari situ. "Andy, kau tak apa-apa?"tanya Sara. Andrew terus duduk di sisinya. Andrew menggelengkan kepalanya. Sara memandang Ma Shang Wu.

"Betul, keadaan Dr Tan tak seteruk Shuang er. Dia terpelanting ke luar pintu. Shuang er teruk kerana terhantuk ke dinding," ucap Ma shang Wu. "Apa yang telah terjadi?"tanya Ma Shang Wu. 

"Ah Wu," panggil Shu Wu JI yang datang dengan kotak kayu tersebut. Sara tersenyum kepada Shu Wu JI. Shu Wu Ji melihat Andrew duduk di sisi Sara. Andrew memandang Sara dan Shu Wu Ji. 

"Boleh duduk tempat lain?"tegur Shu Wu Ji. Sara menggelengkan kepalanya. Andrew beralih sedikit untuk memberi ruang kepada Shu Wu JI. Shu Wu Ji memberi isyarat supaya Andrew duduk di meja. Andrew memandang Sara dan Sara menggaru dahinya yang berbalut.

"Kan boleh letak kotak itu di sini,"ucap Andrew.

"Sebentar Andy, I really need to see what's in the box," kata Sara mencelah tidak mahu memberi ruang pertengkaran yang tak disangka-sangka. Andrew dibantu oleh Ma Shang Wu duduk di bangku. Sara membuka kotak kayu tersebut dan mengeluarkan semua surat-surat dan potret-potret. Dia memeriksa satu-persatu. Dia mencari surat yang ditulis oleh Zheng gonggong dalam bayangannya.

"Shuang er cari apa?"tanya Shu Wu JI. 

"Shooot,"balas Sara meletakkan jari di bibirnya. Ma Shang Wu tersenyum sendiri. Hanya Sara yang berani berbuat begitu kepada Shu Wu JI. Tiada satu pun surat yang serupa yang berada dalam mimpinya. Dia meletakkan semua surat itu ke atas katil dan memeriksa kotak kayu tersebut. "Ah, jumpa dah," kata Sara sendiri. Semua di situ menjenguk ke dalam kotak kayu itu. Sara mengangkat kepalanya dan melihat tiga lelaki itu cuba untuk memandang ke dalam kotak. Sara mengibas tangan kanan supaya mereka bertiga berganjak ke belakang. Dia membuka lantai kotak dan mengeluarkan papan itu.

"Ada ruang rahsia?"tanya Shu Wu JI seperti bertanya kepada diri sendiri. Sara terus mengambil sekeping warkah yang berwarna perang. Dia membuka kertas itu dan membacanya. 

"Wu Ji, tolong bacakan. Kepala aku terasa sedikit pening," pinta Sara. Shu Wu Ji mengalihkan kotak kayu di tepi Sara dan duduk di situ. Dia membaca warkah itu tanpa bersuara dan memandang Sara. "Well? Apa yang Jiaofu tulis?"tanya Sara.

"Shuang er, hao haizi. Jiaofu sangat rindukan Shuang er. Kalaulah Shuang er berada di sini bersama Jiaofu, barulah terasa Jiaofu sudah mempunyai segalanya. Hao haizi, ini adalah permintaan Jiaofu yang Jiaofu sendiri tidak tahu sama ada Shuang er akan berkesempatan membacanya." Setiap bait bacaan memilukan hati Sara. "Jiaofu akan belayar dan dalam hati jiaofu mungkin ini pelayaran jiaofu yang terakhir. Mungkin Jiaofu akan pulang ke rumah ini atau mungkin tidak." Sara menyentuh dadanya. Dia menelan airliurnya kerana tekaknya terasa kering. Dia bernafas perlahan. "Hao haizi yang sangat jiaofu sayangi, sebenarnya ada beberapa perkara yang jiaofu mahu luahkan. Pertama, sekiranya Shuang er menemui penjaga harta keluarga Zheng, ambillah semua yang jiaofu wariskan. Kedua, baginda maharaja telah menghadiahkan beberapa ekar tanah di Kunyang, Kunming," bacaan Shu Wu JI berhenti seketika kerana ini adalah berita baginya. Zheng He tidak pernah mengatakan apa-apa mengenai tanah ini."Tanah, ini maharaja serahkan kepada jiaofu kerana maharaja tahu hasrat jiaofu untuk pulang ke kampung halaman. Bersama surat ini geran tanah yang disahkan oleh istana.Jiaofu tiada waris jadi walaupun Shuang er tiada, jiaofu sentiasa merasakan Shuang er berada di sisi jiaofu." Airmata Sara sudah mengalir perlahan. "Keluarga jiaofu sangat miskin di Kunyang. Alangkah baiknya jika Shuang er ada sebagai wakil Jiaofu memberikan tanah ini kepada keluarga jiaofu di kampung."

"Kunyang?"tanya Sara sendiri.

"Kunming," jawab Ma Shang Wu.

"Tanah-tanah ini adalah ladang-ladang teh terbaik di Tanah Ming milik Maharaja dan Maharaja telah memberikan tanah ini kepada keluarga Ma sebagai hadiah atas persaraan jiaofu. Jiaofu takut jiaofu tidak sempat untuk pulang. "

"Kenapa jiaofu tidak mewakilkan kau saja Wu Ji," tanya Sara memandang Shu Wu JI dan Ma Shang Wu. 

"Mungkin gonggong mahukan Shuang er bertemu keluarganya di sana," teka Ma Shang Wu.

"Where are you from Ah Wu," tanya Shuang er.

"Turun-temurun berasal dari Kunyang tetapi keluarga kami berpindah ke Beijing," jawab Ma Shang Wu. Lama Shuang er menatap Ma shang Wu. 'Adakah Ma Shang Wu ini susur galur jiaofu?'soal hatinya. "Kenapa xiaojie pandang saya begitu?"tanya Ma Shang Wu.

"Kau ialah generasi dari keluarga Zheng bukan?" Ma Shang Wu terdiam. Sara tersenyum sekiranya telahannya benar, namanya sebagai pewaris keluarga Zheng adalah kerana untuk melindungi harta itu supaya harta itu terjaga hingga ke zaman moden.

"Saya tidak tahu," ucap Ma Shang Wu. 

"Xing," jawab Sara mengesat airmatanya. Dia kembali ke dinasti ini kerana Shu Wu JI memerlukannya tetapi dia tidak sangka sebetulnya pewaris keluarga Zheng adalah Ma Shang Wu. Sara sekarang boleh tersenyum. "Ah Wu, tanah-tanah yang diperkatakan di sini adalah untuk keluarga Ma."

"Xiaojie-"

"Aku akan mengikut wasiat jiaofu, tanah-tanah ini akan aku kembalikan kepada keluarga Ma."

"Tapi, tiada pesanan daripada datuk tentang harta ini," kata Ma Shang Wu cuba membantah. Sara tersenyum.

"Wu JI, mungkin selepas seminggu ini kita boleh bertolak ke Kunming,"kata Sara. Shu Wu Ji tidak tahu bagaimana mahu memberitahu yang dia mesti ke laut melawan lanun yang berleluasa sebagai tugas terakhir. "Kenapa kau senyap?"

"Aku terpaksa ke laut memerangi lanun bagi pihak istana."

"Apa?"tanya Sara terkejut.

"Aku juga  baru tahu hari ini, Shuang er," balas Shu Wu Ji. 

"Xiaojie, Soo LI dan Soo Mi membawa makanan,"panggil dua kembar itu dari luar. 

"I need to eat," kata Sara memicit kepalanya.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang