"Pipit bagaimana perniagaan sekarang? Aku minta maaf, tak banyak boleh menolong. Sebelum Shuang er kembali apa yang aku ingat hanyalah menunggu mati," kata Shu Wu Ji sambil menuang teh panas ke cawan Pipit.
"Semuanya alhamdulillah. Tadi Cik Muda minta Pipit memeriksa semua semua buku kira-kira empat gedung yang lain."
"Bagaimana perasaan kamu, dapat bertemu dengan Cik Muda kembali?"tanya Shu Wu JI sambil meneguk air teh yang panas itu perlahan-lahan.
"Pipit sangat tak percaya pada mulanya. PIpit merasa bahagia cik muda pulang ke sini."
"Kita kenal sudah lama malah banyak menempuh suka duka. Kau tahu betapa aku sayangkan Shuang er, bukan?"tanya Shu Wu JI. Pipit hanya memberikan senyuman. "Kau bukan lagi seorang hamba. Malah kau seorang bangsawan di sini tapi aku hendak memberitahu kau yang perasaan aku terhadap Shuang er sedikit pun tidak pernah berubah."
"Er, Daren, Pipit tahu itu semua."
"Sekembalinya Shuang er ke sini, aku lebih berumur. Tak setangkas dulu tetapi Shuang er kembali seperti dia dahulu, masih muda, cantik, bijak begitu."
"Apa yang Daren cuba katakan ni?"
"Walau dalam gurauan, aku tahu Cempaka adalah hidup kau PIpit. Sebab tu kau pulang ke sini kerana kenangan kau bersama Cempaka banyak di sini," balas Shu Wu JI. Pipit menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kau tolak semua yang mahu berkahwin dengan kau. Bukan calang-calang gadis yang hendak diberi kepada kau."
"Shu Daren-"
"Cempaka milik aku PIpit."
"Pipit takkan sesekali mempunyai niat untuk memiliki Cik Muda Daren. Walaupun dialah yang berada di hati Pipit tetapi hadirnya dia di hati Pipit adalah sebagai seorang wanita terhebat. Pipit bukanlah segolongan dengan Cik Muda apatah lagi mengimpikan hidup bersama sebagai pasangan hidup," terang Pipit. Dia tahu, dia sedar yang Cempaka adalah segalanya bagi Shu Wu JI. Dan dia sedikit pun tidak terasa dengan amaran itu. Shu Wu JI menepuk bahunya sekali.
"Maafkan aku, kali ini aku rela mati dari kehilangannya kembali, PIpit."
"PIpit faham Daren. Janganlah khuatir. Pipit percaya Cempaka juga menganggap PIpit tidak lebih dari seorang saudara.
"Mungkin kerana aku sudah berumur begini. Begitu banyak penyesalan yang mengekori aku sekarang,"keluh Shu Wu JI. Pipit tersenyum.
"Shu Daren banyak sudah sembuhnya. Cik Muda seperti mempunyai sakti yang dapat mengubati Daren. Pipit percaya sedikit sahaja lagi, Shu Daren akan sembuh seperti sediakala."
Shu Wu JI mengangguk tenang.
"Baiklah, Shuang er. Tolong jangan bergerak terlalu banyak. Sepatutnya dahi Shuang er perlu dijahit," beritahu Shang Wu.
"Biar benar," balas Shuang er.
"Saya cakap yang sebenarnya. Jadi tolong jangan terlalu lasak."
"Yalah, kau kan ada di sini," kata Sara menunjuk kepada Shang Wu. Ma Shang Wu ketawa.
"Nak apa-apa lagi tak? Saya ambilkan," tanya Ma Shang Wu. Sara menggelengkan kepalanya.
"Aku hanya mahu berbual," balas Sara. Ma Shang Wu duduk di hadapan Sara. "Apalagi yang kau tahu tentang kewujudan aku Wu er?"tanya Sara, Ma shang Wu memandang Sara dan tertunduk.
"Wu er-"
"Shuang er!" keras panggilan itu. Mereka berdua memandang ke pintu. Shu Wu JI dan Zhao Ying sedang berdiri di situ. Ma Shang Wu berdiri memberi hormat. "Siapa dia ni?"tanya Shu Wu JI. Zhao Ying memandang Shu Wu JI dan Ma Shang Wu.
"Mulai hari ini Ma Shang Wu ialah pembantu aku," terang Sara selamba.
"Siapa beri kebenaran dia masuk ke bilik ini?"tanya Shu Wu JI berjalan perlahan-lahan kepada Sara.
"Shi wo," jawab Sara.
"Shuang er, kita tak boleh ambil sesiapa saja jadi pembantu peribadi!" kata Shu Wu Ji duduk di meja berhampiran Sara. Sara memandang Ma Shang Wu.
"Ini bukan sesiapa, ini Ma Shang Wu. Sahabat," balas Sara. Shu Wu jI meneliti jejaka tinggi lampai berperawakan menarik di sebelahnya. Sekali imbas persis Laksamana Zheng He cuma lebih tinggi.
"Kau tidak boleh mempercayai sesiapa sahaja," bantah Shu Wu JI. Sara memandang Shu Wu JI.
"Aku lebih percayakan dia dari diri aku sendiri Wu JI. Terima kenyataan, Ma Shang Wu adalah pembantu aku sekarang," kata Sara cuba tersenyum tetapi Ma Shang Wu mengisyarakatkan jangan terlalu menggunakan otot wajahnya. Shu Wu JI menangkap perbuatan Ma Shang Wu itu,
"Aku tak benarkan," kata Shu Wu JI. Sara menjeling ke atas. Ini bukan tidak mempercayai ini adalah cemburu.
"Aku pemilik rumah ini Wu JI. Kau boleh memberi pendapat kau tapi aku yang buat keputusan di rumah ini," pesan Sara. Shu Wu Ji menampar meja tiba-tiba mengejutkan semua di situ.
"Oh, bila jumpa lelaki tampan kau mulalah ya?"ucap Shu Wu JI. Sara menghela nafasnya. Ma Shang Wu memandangnya mengingatkan dalam tenungan supaya jangan terlalu mengikut perasaannya.
"Betul! Kau betul! Aku malas nak bergaduh. Aku suka Ma Shang Wu. Tengok dia, begitu segak kalau aku penerbit filem aku akan jadikan dia hero aku," kata Sara mengapikan lagi perasaan Shu Wu JI.
"Kau keluar sekarang," suruh Shu Wu JI kepada Ma Shang Wu.
"Kau duduk!" arah Sara pula. Ma Shang Wu serba-salah. Dia memandang Zhao Ying dan Zhao ying hanya mengangkat bahunya
"Keluar!"arah Shu Wu JI lagi.
"Duduk!" arah Sara lagi sekali. Ma Shang Wu kekal berdiri di situ. "Kau penjaga siapa?"tanya Sara berhati-hati kepada Ma Shang Wu. Ma Shang Wu mengetap bibirnya. Dia mengangkat hormat kepada Shu Wu JI.
"Maafkan saya Shu Daren," ucap Ma Shang Wu lalu duduk di kerusi di sebelahnya. Shu Wu JI tidak percaya yang Sara akan membantah kata-katanya. Sara menjeling kepada Shu Wu JI.
"Pergilah berehat Shu Daren. Hal aku jangan risau. Wu er akan sediakan semua untuk aku," kata Sara sambil menundukkan kepalanya tanda hormat. Shu Wu JI terbatuk-batuk melangkah keluar dibantu oleh Zhao Ying sambil melemparkan pandangan tajam. Ma Shang Wu hanya memandang Sara yang tiada langsung reaksi di hadapannya.
"Shuang er, tak ke Shu Daren-"
"Stop, tak yah komen. Aku dahaga nak orange juice tak ada orange juice any fruit juice sekarang," pinta Sara sambil berbaring di katilnya. "Dan satu lagi, sesiapa pun tidak dibenarkan mengganggu aku dan- kau mesti sentiasa berada di sini, faham?"tanya Sara. Ma Shang Wu mengangguk dan Sara terus terlelap sendiri.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Chick-LitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...