Xiao Lian yang terikat dalam kereta kuda menangis semahunya.
"Lelaki tak guna! Sanggup menjual anak dan isteri demi wang!"
Suami Xiao Lian ketawa.
"Qin Ai de, setakat perempuan. Bersepah di mana-mana."
"Zhou Du Mou! Kau akan dibalas oleh Tuhan-"
Zhou Du Mou menampar Xiao Lian dengan kuat. Terasa pipinya pijar. Dia merintih dalam hati. Perkahwinan yang diatur sepuluh tahun dulu adalah neraka dunia baginya. Pembebasan status hamba daripada Mo Li Hua diperangkap oleh Zhou Du Mou pengurus kedai barang kemas keluarga Zheng tetapi telah dibuang kerja kerana menjual barang jualan secara haram.
"Kau ingat aku takut dengan ugutan kau, huh?" tanya Zhou Du Mou seraya memegang dagu Xiao LIan. "Setakat bekas pembantu Mo LI Hua bekas isteri panglima diraja, kau rasa aku akan takut dengan kau?"
"Aku bukan seorang hamba!"
Zhou Du Mou ketawa mengejek.
"Sekarang kau akan menjadi hamba lagi sekali setelah aku menjual kau kepada pemilik kedai arak Wujing Zhen,"sindir Zhou Du Mou.
Zhu Wu yang menunggang di sisi LI Yang Jian berkira-kira di fikiran sama ada perancangannya supaya Zheng Shuang menjumpai Xiao LIan sebelum Li Yang Jian. Dia yang mengupah pemilik kedai arak Wujing Zhen supaya membeli Xiao LIan. Xiao Lian mesti dijauhkan daripada LI Yang Jian kerana dia tidak mahu Shu Furen itu terpaksa mengikut kehendak LI Yang JIan kerana Mo LI Hua mempunyai hati yang suci.
"Hou Ye," tegur Zhu Wu. Mereka memberhentikan kuda mereka. "Hou ye, Zhu Wu meminta kita berhenti sebentar. Zhu Wu sakit perut," pinta Zhu Wu yang sememangnya cuba melengah-lengahkan perjalanan itu. Li Yang Jian menghela nafas panjang.
"Kau akan membuat aku lewat bertemu dengan Zheng Shuang," tegas LI Yang JIan. Zhu Wu merayu seadanya. "Xing! Pergi lekas!" Zhu Wu pun mencari tempat untuk "membuang air besar." Dia mengambil setengah jam untuk bersembunyi.
"Hou Ye, mari," ajak Zhu Wu dengan pantas dia menunggang ke arah LI Yang Jian. Mereka menyambung perjalanan mereka selepas itu.
Rombongan Ma Shang Wu tidak boleh bergerak terlalu pantas dengan barangan yang dibawa. Jadi mereka berehat untuk setiap tiga jam. Andrew pergi berehat di bawah pokok berdekatan dengan sebuah anak sungai. Dia membuka surat yang dititipkan oleh Sara.
"Andy,
When you read this letter, I am actually on my way to Kunyang with Pipit."
"Apa?!!! Sara!" Andrew menjerit sendiri. Betapa geram dia dengan tindakan Sara yang pada hematnya amat membahayakan. Dalam keterpaksaan dia sambung membaca surat itu.
"Maafkan aku! Ini adalah langkah berjaga-jaga. Aku dan Pipit mengesan segala pergerakan kita sedang diintip dan aku pasti itu adalah orang-orang Li Yang JIan."
Andrew mengeluh panjang.
"Kau memang tidak percayakan aku bukan?"luah Andrew.
"Kau tahu aku perlukan kau untuk bertenang kerana tiada siapa yang mengetahui tentang aku mendahului rombongan kecuali Ma Shang Wu dan sepasang kembar itu. Be safe! Aku tunggu kau di Kunyang.
Sara"
Andrew memicit kepalanya. Ma Shang Wu datang membawa secawan teh.
"Ah Wu, kau tahu benda ni kau rahsiakan dari aku?"
"Apa yang Shu Furen buat demi kebaikan."
"Kau tak risaukan Shu Furen?"
"Tuan Pipit kan ada,"jawab Ma Shang Wu. Dia duduk bersebelahan Andrew.
"She is really reckless,"kata Andrew melihat surat itu dn meletakkan dalam poketnya.
"For the record, Ah Wu kagum dengan Shu Furen. Sebab itu dia dipilih sebagai perentas zaman."
Andrew menarik nafas panjang.
"Berapa lama lagi kita akan sempai di tempat penginapan?"
"Sepantasnya malam ini tetapi dengan kotak-kotak berat ini kita terpaksa berhenti menginap di hujung jalan sana lebih kurang dua jam perjalanan,"beritahu Ma.Shang Wu. Wajah sugul Andrew tidak disembunyikan. Sedikit perasaan simpati terbit di hati Ma Shang Wu.
Pagi itu Pipit dan Sara bersarapan di rumah tumpangan itu. Selesai sarapan dan Pipit membawanya melawat kebun peoni atau bunga wudan di taman bersebelahan.
"Wow, tempat ni memang cantik,"komen Sara. 'Ni kalau masuk ig ni mesti jadi viral,'desis hatinya.
"Kan Pipit sudah katakan. Gongzi mesti sukakan tempat ini,"balas Pipit tersenyum. Tiba-tiba mereka mendengar ada kekecohan berlaku di hadapan pintu gerbang. Kelihatan seorang wanita yang diikat tangan dan lelaki yang mengheret wanita itu memaksanya mengikuti lelaki itu. Sara dan Pipit mengambil keputusan untuk meninjau apa yang sedang berlaku.
"Degil kau ya!" Tempik Zhou Du Mou sambil menendang Xiao Lian. Xiao Lian menjerit kesakitan. Sara mengamati wanita tersebut dan dia merasa amat terkejut itu adalah Xiao Lian. Sorang tua berjanggut putih keluar terhuyung-hayang menuju ke arah mereka.
"Haiya, Zhou Xiansheng jangan buat begitu kepada gundik saya!"jerit lelaki itu lagi.
"Gundik?"tanya Sara kepada diri sendiri.
"Lao Xu, kira selesai hutang aku pada kau."
"Hao Hao Hao,"jawab orang tua itu lagi.
"Dah tua pun menggatal,"kata Sara. Baru sahaja orang tua itu mahu menyentuh Xiao Lian, Pipit menjentik sebiji batu ke dahi orang tua itu dan membuatkan orang tua itu terpelanting ke belakang. Sara meluru kepada Xiao Lian tetapi ditahan oleh Zhen Du Mou. Dia menolak Zhen Du Mou ke tanah.
"Ni!"jerit Zhen Du Mou kemarahan.
"Berani kau menjual orang yang bebas?"kecam Sara. Zhen Du Mou terkejut. Dia lalu bangun.
"Dia isteri aku! Ikut suka aku jika aku mahu menjualnya."
"Ok, aku beli,"kata Sara mengangkat Xiao Lian sambil melepaskan ikatan. Habis lebam biru tangan dan tubuh Xiao Lian.
"Zhen Du Mou!"panggil orang tua itu.
"Tidak boleh!Aku sudah berjanji kepada Lao Xu."
"Aku akan bayar dua kali ganda,"kata Sara. Zhen Du Mou terdiam. Pipit menunjukkan 5 tahil emas. Zhen Du Mou ketawa besar.
"Gongzi,benarkan gongzi mahu membeli perempuan jijik ini?"
"Yang jijik di sini ialah kau!"balas Sara. Zhou Du Mo terdiam.
"Na kalau macam itu, perempuan ini akan diserahkan kepada Lao Xu."
"Pipit, panggilkan majistret ke mari,"arah Pipit.
"Ini soal keluarga aku!"tegas Zhou Du Mo.
"Zhou Du Mou, kes kau menggelap barang dari kedai emas masih belum selesai."
"Bagaimana kau tahu itu?"
"Aku ialah Ma Que!"balas Pipit menunjukkan yupe.
"Da Laoban!"kata Xiao Lian perlahan.
"Bukan aku Da laoban. Shu Gongzi,"balas Pipit membetulkan.
"5 tahil emas ini tidak mencukupi!"
"Pit, kita selesai di pejabat majistret sahaja,"kata Sara.
"Pukul mereka berdua!"jerit Lao Xu. Sara dan Pipit saling berpandangan.
"Hei orang tua kutuk. Kau jangan menyesal,"kata Sara memberi amaran.
"Da!"jeritnya lagi. Dan orang-orangnya mula menyerang Sara dan Pipit. Sara menarik Xiao Lian ke satu sudut.
"Furen tunggu di sini!"
20 orang lawan 2 bukanlah mudah tetapi serangan anak panah dari pelbagai sudut memudahkan mereka mendapat kemenangan.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...