14

242 31 0
                                        

Sungguhpun luka di dahi Sara tidak terlalu teruk tetapi darah begitu banyak mengalir. Sara pulang terus ke biliknya iaitu bilik yang kedua besar di kediaman itu. 

"Cempaka, hati-hati berlari tu," panggil Pipit yang sedang memegang skirtnya ketika Sara berlari.  Sara terus masuk ke biliknya.

"Ambilkan besen dan air tu. Dengan kain sekali," kata Sara kepada Pipit. Terdapat 4 orang hamba perempuan yang sedang mengemas bilik Sara.

"Zheng xiaojie!" jerit mereka melihat Sara masuk ke kamar yang seperti studio apartment itu berdarah-darah.

"Wo mei shi!" tegas Sara. "Cepat Pipit bersihkan darah ni sekarang!" arah Sara. "Kau!" tunjuk Sara kepada salah seorang hamba itu. "Bawakan beg dalam almari tu. Yang berwarna kelabu sekarang!" arah Sara lagi. Pipit membasahkan kain dan menekap dahi Sara. Berdesis Sara menahan pedih.

"Ini ke Zheng Xiaojie?"tanya hamba yang pergi mengambil beg sandang dari masa depan. 

"Letakkan di sini," tunjuk Sara. "Kamu semua boleh keluar," suruh Sara. Gadis-gadis itu berpandangan. "Keluar!" jerit Sara. Terkejut masing-masing dan mereka pantas keluar dari situ.

"Cempaka sakit ke?"tanya Pipit lembut masih menekap serta membersihkan darah-darah yang masih keluar sedikit-sedikit. 

"Kau ingat? Aku sedang seronok ke?"perli Cempaka. PIpit menyimpan senyum.

"Bukan itu maksud PIpit," kat PIpit.

"Dalam beg ni ada macam-macam yang tak tercapai akal orang zaman ini, sebab itu aku suruh mereka keluar," terang Sara. Pipit mengangguk.

"Shuang er," panggil Shu Wu JI masuk dengan dibantu oleh Zhao Ying. "Kenapa boleh jadi begini?"

"Cempaka tersadung kain Daren,"jawab Pipit. Sara menampar kepala Pipit kerana begitu cepat menjawab. Shu Wu JI yang kebimbangan tadi ketawa besar dan Zhao Ying begitu mencuba untuk turut ketawa.

"Aduh!" kata Pipit memegang belakang kepalanya. Sara menekan dahinya kanannya dengan sehelai kain yang bersih. Cempaka tetap Cempaka kata Pipit dalam hatinya. Dia mengelus belakang kepala yang baru sahaja ditampar oleh Cempaka. 

"Semua keluar! Termasuk kau Wu Ji!" jerit Sara. Dia terasa amat malu kerana tercedera kerana tersadung kainnya sendiri.

"Tapi-" 

"Kau Pipit, kau keluar!" potong Sara.

"Jang-"

"Kau pun sama! Gelakkan aku kan! Keluar!" bentak Sara kepada Shu Wu JI. Shu Wu JI dan PIpit berpandangan sesama sendiri. "Keluar!!!!!!!" jerit Sara mengejutkan Pipit dan Shu Wu JI di situ. Zhao Ying terus mendapatkan Shu Wu JI dan menarik tuannya keluar. Sara kelihatan seperti harimau hendak membaham mangsanya.

"Pipit tinggal ya, Pipit tolong Cempaka," pujuk Pipit.

"No! Ke-lu-aaaarrrrrrrrrrr!" bentak Sara lagi sekali. Suaranya seperti petir yang tak pernah didengari oleh Shu Wu JI atau Pipit sebelum ini. Mereka cepat-cepat meninggalkan Sara. "Tutup pintu tu! Jangan sesiapa masuk ke sini tanpa kebenaran!" Pipit cepat-cepat menutup pintu kamar itu.

Khadam-khadam dan hamba-hamba yang sedang sibuk bekerja di luar kehairanan mendengarkan jeritan dan kelam-kabutnya Shu Wu JI dan PIpit keluar dari kamar itu. Dahi yang terluka itu terasa berdenyut. Dia terus menekan luka itu supaya pendarahan terhenti. Pandangannya menjadi kabur dan dia rebah ke lantai.

"Belum pernah melihat Cik muda begitu Daren," tegur Pipit perlahan sambil melihat ke belakang. Shu Wu JI menggelengkan kepalanya. Jarang Sara berkelakuan sedemikian. 

"Marilah kita minum bersama. Lama kita tidak berbual," ajak Shu Wu JI menepuk bahu Pipit.

"Zheng xiaojie....Zheng xiaojie?"panggil satu suara. "Zheng xiaojie?" Sara memegang kepalanya yang terasa berdenyut. Dia perlahan-lahan bangun dan membuka matanya. Terbelalak mata Sara melihat Ma Shang Wu di hadapannya. Dia melihat dirinya dan dia masih memakai hanfu.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang