19

205 28 3
                                    

Mamatok dan Puan Salina menjemput mesra Andrew yang ditemani oleh Madam Tan dan bodyguard mereka ke rumah itu. 

"Duduklah Madam Tan, Andrew. Bukan tak biasa. Saya ke dapur sekejap," kata Salina meminta diri setelah para tetamu menyelesakan dirinya. Mamatok hanya memerhatikan Andrew. Dua tiga hari tidak berjumpa tetapi Andrew sudah nampak sihat.

"Andy,mamatok tengok sudah semakin sihat. Alhamdulillah," tegur Mamatok tersenyum. Andrew mengangguk. Dia sebenarnya tidak tahu hendak menggunakan panggilan apa kepada wanita 70an di hadapannya. "Kenapa muka Andy berkerut macam tu?"tanya Mamatok. Madam Tan memandang anaknya.

"Dia-"

"Takpe Madam Tan, saya faham," sampuk Mamatok tanpa Madam Tan berpeluang cuba menjawab untuk Andrew. "Ini Mamatok, nenek Sara. Yang tadi Mak, mak Sara," perkenal mamatok. Andrew mengangguk. Dia sendiri bingung kenapa dia hendak ke mari dan dia tidak tahu apa yang ingin diperkatakan kecuali ingin bertemu Sara. "Madam Tan dan Andy, mamatok nak ucap terima kasih kerana masih sudi ke mari bertanya khabar," kata Mamatok lembut.

"Maafkan kami kerana datang tanpa memberitahu," ucap Madam Tan. Mamatok menggelengkan kepalanya.

"Jangan macam tu, kita kan satu keluarga," kata mamatok mesra. Andy memerhatikan sahaja mamatok berkata-kata. Hatinya begitu tertarik dengan budi-bahasa mamatok.

"Mamatok," panggil Andy setelah sekian lama berdiam diri.

"Ya Andy."

"Err.. Cik Sara ada di sini?"tanya Andrew membahasakan Sara dengan panggilan hormat "Cik". Mamatok menggelengkan kepalanya. Puan Salina membawa masuk sedulang minuman dan sepiring karipap yang dibuat oleh mamatok semalam. Andy memandang karipap itu. Dan dia mengatup matanya tiba-tiba. Dia ternampak Sara bergelak-ketawa ketika membuat karipap bersama mamatok dan dia juga berada di situ.

"Kenapa Andy?"tanya Puan Salina pula. Andrew tersedar dari lamunannya. Dia menunjuk kepada karipap itu. "Jemput makan, sedap ni mamatok buat," pelawa Puan Salina menghulur piring itu kepada Andy. Andy memandang ibunya dan ibunya mengangguk sebagai kebenaran. Dia menggigit karipap itu sekali. Ternyata cukup enak karipap itu dan dia menggigitnya sekali lagi. Tanpa sedar airmatanya mengalir.

"Sedap karipap ini. Andy pernah buat bersama Cik Sara kan? Mamatok?"tanya Andy tersekat-sekat. Semua di situ terkejut mendengar kata-kata Andy.

"Son, are you remembering something"tanya Madam Tan. Andrew menggeleng kecil sambil mengesat airmatanya.

"Bayangan. sedap sungguh karipap ini Mamatok," puji Andrew sambil menghabiskan karipap itu. Sekarang dia yakin mereka yang di hadapannya ini bukanlah orang asing. Mamatok dan Salina saling bertukar pandangan. "Andy datang sebab Andy hendak jumpa Cik Sara. Dalam kepala Andy ada banyak pertanyaan yang hanya dia sahaja boleh menjawabnya."

Mamatok mengangguk tanda faham.

"Sayangnya Andy, Sara tiada di sini seketika. Kami sendiri tidak tahu bila dia akan pulang."

Madam Tan terkejut. 

"Wah, ke mana Sara pergi?"tanya Madam Tan. Mamatok dan Salina memandang antara satu sama lain. Perlukah mereka berterus-terang.

"Dia ke luar negara atas nama tugas. Mungkin lama lagi akan pulang. Nak pulak Andrew macam ini jadi dia rasa dia perlu pergi ke satu tempat asing untuk menenangkan fikiran." Andrew  berdiri.

"She left without seeing me?"tanya Andrew.

"Andy dan Sara sudah pun bercerai. Tiada lagi pertalian," kata Mamatok masih lagi lembut.

"Tapi dia kata dia sayang Andy mamatok. Walaupun kepala Andy macam kotak kosong sekarang ini, tapi dia janji!" bentak Andrew. Madam Tan sudah merasai stress yang meningkat dalam diri anaknya.

"Andy hidup mesti diteruskan, dan dia diminta  bertugas ke luar negara. Bukan dia sengaja hendak meninggalkan Malaysia," terang Salina biarpun itu tidaklah terlalu jujur. Melihatkan keadaan Andrew ketika itu.

"TApi!"

"Andy nak tengok bilik Sara? Ada banyak gambar Andy dan Sara," potong mamatok mengubah topik. Andy terdiam seketika. Cara mamatok berkesan. Andy mengangguk. "Salina tunjukkan Andy bilik Sara."

"Andy mari ikut mak," ajak Salina. Madam Tan sangat berterimakasih kerana mamatok dan Salina masih menganggap Andy seorang ahli keluarga mereka.

"Sementara itu, Madam Tan nak ke taman tak? Bakawali saya baru berbunga," ajak Mamatok. Madam Tan menerima cadangan itu. Andrew menuruti  Salina ke atas. Salina membuka bilik Sara yang luas. Cantik berhias dan dia dapat melihat gambar perkahwinan mereka yang besar di di dinding. Kedua mereka berpakaian songket biru laut. Andy terus pergi ke gambar itu. Dia menyentuhnya perlahan. 

"Mak keluar dulu. Andy boleh duduk di sini selama yang Andy nak. Barang dari rumah Andy semua ada di bilik sana. Apa yang Andy tengok ni memang berada di bilik ini sebab Andy dan Sara selalu balik ke sini ketika hujung minggu," terang Salina. Andy berpaling.

"Izinkan Andy melihat-lihat di sini ya mak," pinta Andy lebih tenang. Salina mengangguk dan keluar dari situ. Entah mengapa hati Salina begitu sayu mengenang nasib Sara dan Andy jadi begini. Andy bergerak dari sudut ke sudut. Dia terlihat bunga kering yang masih dalam gubahan tergantung di tingkap. Dia melihat kad yang  terselit di situ. "It has always been you. love Andy." dia bergerak ke meja bacaan Sara. Kelihatan foto Sara tersenyum cantik berpelukan dengan Andy sambil memegang papan "Together Forever 3 month anniversary."  Dia duduk di situ dan mengamati foto itu. Dia kelihatan sangat bahagia dengan wanita itu. Kepalanya terasa seperti berdenyut dengan kuat. Dia memegang kepalanya. "Sakit, sakit!Come back Sara Come back."ucapnya tanpa sedar. Kesakitan itu berlalu sedikit demi sedikit.  Sedang dia hendak menolak kerusi untuk bangun kakinya terlanggar sebuah kotak kayu. Dia menunduk dan mengambil kotak kayu itu. Dia letakkan di atas katil. Dia membukanya. Dia membaca segala isi kotak itu dan dia menjadi semakin keliru. "Siapa Shu Wu JI? Andy? Wu Hen? Zheng gonggong?"tanyanya semula. Dia membaca surat terakhir. Surat Ma Shang Wu. Hati Andrew terdetik, Sara tiada di sini kerana dia ke Beijing menemui kekasih baru Ma Shang Wu!  Dia melipat surat itu dan meletakkan ke dalam poketnya dan meletakkan kotak itu di tempat asalnya. Dia terus keluar dari bilik itu. Fikirannya bercelaru dia semakin keliru.

"Andy?"tegur Madam Tan.

"Mari minum dulu Andy," ajak Mamatok. Andy pergi dan duduk bersama Madam Tan, Mamatok dan Puan Salina. Andy meneguk minumannya. 

"Dah tengok bilik Sara?"tanya mamatok. Andy mengangguk. "Andy ada teringat apa-apa tak?"tanya mamatok lagi. Andy menggelengkan kepalanya. 

"Andy minta diri untuk pulang dulu mamatok dan mak. Kepala Andy berdenyut-denyut."

"Kalau macam tu kita balik sekarang," kata Madam Tan mengisyaratkan bodyguardnya untuk membantu Andrew berjalan ke kereta.

"Datang lagi ya jangan segan. Ini rumah Andy juga," pesan mamatok. Andy menunduk hormat. Maka dia dan Madam Tan keluar dari rumah itu. Mamatok dan Salina menemani mereka hingga ke kereta. Apabila kelibat mereka hilang dari pandangan. Mamatok dan Salina mengeluh panjang. "Walaupun dia hilang ingatan, dia masih Andy yang dulu. Sopan," komen mamatok. Salina hanya tersenyum. 

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now