Sara menanti di kedai sehingga Soo Mi, Soo Li, Ma Shang Wu dan si cilik tiba untuk mengiringinya je Qing An. Pipit ligat menyelesaikan tugasan menghantar pembunuh upahan itu ke kediaman Zheng untuk disoalsiasat oleh Shu Wu Ji.
Sedang dia asyik meneliti perancangannya, dia tiba-tiba teringatkan Andrew.
"Shoot, Andy mesti tidak puas hati kalau aku pergi tanpanya. Ah..bukan lama pun dalam 4 hari aku balik ke sini,"kata Sara sendiri. Dia mengangguk sendiri. Dia menyerahkan kepada Shu Wu Ji bagaimana untuk menyelesaikan masalah Zhen gugu yang cuba membunuhnya kerana sebagai seorang moden setiap nyawa berharga.
Tiba-tiba, pintunya terkuak dan Zhen gugu masuk dan mengunci pintu pejabat itu. Zhen gugu kelihatan sungguh marah sambil menghunus sebilah parang.
"Ke mana kau bawa anak aku?"tanya orang tua 40an itu.
"Anak?"tanya Sara yang dapat mengagak siapa orangnya. "Zhen gugu tersilap ni,"sambung Sara masih lagi tenang.
"Kau masih berdalih. Hari ini aku dan aku takkan keluar dari sini bernyawa."
"Zhen de ma? Zhen gugu...kau masih lagi hidup sekarang bukan kerana aku takut atau tidak tahu cara menghapuskanmu. Tapi aku mahu kau sedar, sarang tebuan jangan dijolok jika tidak buruk padahnya."
Zhen gugu ketawa. Sara masih lagi duduk di kerusi.
"Kau akan mati hari ini!"jerit Zhen gugu meluru kepada Sara. Sara menjentik sebiji buah dam terus ke mata kiri Zhen Gugu. "Ah!!" Dia meluru lagi dan Sara memjentik sebiji lagi ke mata kanan tetapi dapat ditangkis oleh parang Zhen gugu. Dalam hati Sara dia tidak mahu membunuh sesiapa.Zhen gugu melibas parang ke wajah Sara tetapi Sara menunduk dan melindungi dirinya dengan membalikkan meja di hadapannya. Dia terus menolak Zhen gugu ke pintu dengan kuat. Zhen gugu tercampak ke bawah.
"Xiaojie!"jerit Soo Li, Soo Mi dan Ma Shang Wu. Zhen gugu bangun dengan bersusah-payah. Ma Shang Wu cuba hendak membantu.
"Bu yao tong!"arah Sara keras terjun ke bawah.
"Xiaojie, dia sudah jadi gila!"jerit Soo Mi.
"Zhen gugu, jika kau menyerah diri sekarang, aku akan ringankan hukuman."
Zhen gugu dengan mata yang kemerahan dituju biji dam tadi tersenyum.menyindir.
"Aku tak maukan hukuman. Aku hendak mati bersama kau. Harta keluarga Zheng adalah milik Yi er dan Young er. Bukan kau!"
"Kalau ini adalah harta yang aku usahakan aku berikan sahaja kepada mereka tapi ini harta jiaofu, orang yang paling hormati dalam.dunia ini. Aku membawa amanah jiaofu."
"Tui ba...kau sudah tentu terlalu rindukan ayah angkat kau. Mari aku iringi kau ke sana."
"Apa kata kau saja yang pergi dulu. Aku mesti berkahwin tidak lama lagi."
Zhen gugu yang sudah seperti hilang kewarasan meluru kepada Sara. Sara menepis dan menolak tubuh Zhen gugu ke mengenai meja. 'Kuat jugak orang tua ni,'desis hatinya. Zhen gugu masih lagi bangun. Giginya terpatah dan mulut Zhen gugu berdarah-darah.
"Macam drakula dah aku menengok kau ni Zhen gugu,"tegur Sara menggelengkan kepalanya. 'Jika aku melawannya head on satu Nanjing akan menuduh aku membuli orang tua,'bicara hatinya. Zhen gugu menggunakan tenaga yang tinggal dengan membaling parang ke arah Sara. Hanya beberapa inci parang mengenai jantungnya sebilah pedang yang datang dari arah sisi melantunkan parang itu tercacak di tepi dinding.
"Lai ren,bawa Zhen gugu ke kediaman Zheng untuk disoal-siasat.,"tempik Shu Wu Ji mengarah pengawalnya.
"Wu ji? Er bukan ke er kau tidur?"
Wu Ji mengangguk-angguk kepalanya. Untuk sekian kalinya Sara menipunya. Dia melihat Sara yang berdiri tegak di situ keseorangan.
"Er..Lai ren, Shu Daren penat bawa dia ke rumah!"arah Sara. Beberapa orang datang.
"Kalau berani, cubalah!"
Sara melihat Ma Shang Wu, Pipit di pintu. Pipit menyentuh bahu kanan dengan menunjukkan 4 jari. Dia berundur dengan begitu perlahan tanpa disedari. Sara mengira dalam hatinya. Satu dua tiga empat. Dengan pantas dia melompat ke atas meja membolosi tingkap terus ke atas kuda. Tanpa berlengah Sara dan Pipit menunggung kuda dengan lajunya.
"Shuang er!!!"panggil Shu Wu Ji.
"Xiaojie!"panggil Soo Li dan Soo Mi pula.
"Lairen, kuda ayuh mengejat Xiaojie!" Shu Wu Ji menunggang bersama 10 orang pengawalnya.
"Cempaka! Kita nak ke mana?"tanya Pipit
"Pipit bawa aku ke tempat terpencil!"
"Tapi Cempaka, Daren takkan marah lama!"
"Pit, kau orang aku atau dia?"
"Pipit menuruti Cempaka. Berhenti sebentar. Pipit hendak menghapus jejak." Sara tersenyum dan berhenti menunggang. "Sudah mari. Pipit tahu sebuah rumah di hujung kampung. Ada air terjun yang cantik."
"Pit, kau jangan risau. Bila Wu Ji dah reda marahnya, aku baliklah ok?"
Pipit mengangguk. Dia.menaiki kudanya dan membawa Sara ke sebuah kampung.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...