31

156 26 2
                                    

Sara ke bilik Andrew atau Liu Li untuk melihat keadaannya. Ma Shang Wu yang berada di situ menyambutnya.

"Dia bagaimana?"soal Sara sambil melihat Andrew yang terlena dalam pakaian perempuannya.

"Sakit kepalanya akan jadi lebih teruk bila memorinya cuba kembali."

"Kenapa macam tu?"soal Sara memandang Ma Shang Wu yang segak walaupun berpakaian kekampungan. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya.

"When he is trying very hard it can cause stress and the headaches is the sign he is stressed,"terang Ma Shang Wu.

"Kita mesti hantar dia balik,"kata Sara. Ma Shang Wu mendiamkan diri. "Ah Wu, I know you know how to get back to the 21st century,"sambungnya seperti berbisik.

"Saya tahu bagaimana tetapi boleh atau tidak saya tidak boleh jamin,"balas Ma Shang Wu.

"Ni pian wo (kau bohong aku),"sambut Sara selamba.

"Wo mei you(aku tidak)!"tegas Ma Shang Wu. Sara merenung wajah itu. "Zhen de (betul)," sambung Ma Shang Wu lebih lembut. "Zheng xiaojie, xiaoren bercakap benar,"kata Ma Shang Wu merayu.

"Cukuplah. Aku percaya,"ucap Sara malas hendak menyiasat lagi.

"Xie, xiaojie,"ucap Ma Shang wu.

"Teruk ke Andrew?" Tanya Sara sambil melihat Andrew tenang terlena. Ma shang Wu memandang Andrew dan kemudian kepada Sara

"Dia akan ingat memorinya sedikit masa lagi," jawab Ma Shang Wu. Sara menghela nafas panjang. "Saya cuma takutkan kesan selepas dia mengingati,"sambung Ma Shang Wu. Sara memandang Ma Shang Wu dan tersenyum.

"Kalau kau risaukan aku ,tak perlu buang tenaga. Lebih senang jika selepas mengingati dia membenciku."

"Xiaojie sudah membuat keputusan?"

"Keputusan apa?"

"Shu Daren."

Sara termenung seketika. Sesungguhnya hatinya berkata ya tetapi fikirannya masih keliru. Dia mencintai Shu wu Ji...tetapi Andrew, keserasian mereka tidak dapat disangkal. Sebelum kemalangan itu, kehidupan mereka sangat bahagia. Andrew ialah seorang suami yang bertanggungjawab, mengetahui fikiran dan isihatinya tanpa banyak penerangan darinya. Pendek kata. Andrew adalah suami yang ideal yang juga kawan terbaiknya.

"Untuk soalan itu, bila tiba masanya akan terjawab juga,"balas Sara. "Pastikan dia ambil.ubat on time ok? Aku dapat rasakan yang kita semua akan berangkat ke ibukota dalam sehari dua ni."

"Xiaojie akan membawa Andrew bersama?"

"Kau ingat kalau aku hendak tinggalkan dia di sini,dia nak ke?"tanya Sara. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya. "Dr Ma, aku letakkan di bawah jagaanmu. Both of you are doctors, help him get his memories back,"kata Sara panjang lebar.

"I will try my best."

Sara tersenyum dan meminta diri dari situ.

"Kalau sis ni nanti berkicau bak burung layang-layang sebentar nanti bawa dia ke bilik aku.ok?"

"Ok,xiaojie." Sara menepuk ringan lengan Ma Shang Wu sebelum keluar dari siti.

Shu Wu Ji mengeluarkan kotak kayu yang diwariskan Laksamana Zheng He kepadanya. Dia membukanya. Dia melihat beberapa keping warkah daripada Zheng He dan berpuluh keping darinya. Puisi-puisi cinta dan kehilangan dan kesunyian. Dia tersenyum. Sekarang dia boleh membuang semua warkahnya kerana Sara sudah kembali ke sisinya. Baru sahaja dia mengeluarkan warkah-warkah itu Sara melangkah masuk ke ruang kamar kerjanya.

Sara perasan kotak kayu itu. Dia hampir melupai tentang kotak itu.

"Wu ji, kau buat apa tu?"tegur Sara sambil merapati meja jati yang terukir cantik.

"Aku..."

"Kau...."sampuk Sara sambil mengecilkan matanya. Shu Wu Ji tersenyum.

"Semua ini warkah-warkah hati aku kepada kau semasa aku kehilanganmu,"jawab Shu wu Ji lembut. Sara meneliti surat-surat itu di tangan Shu wu Ji. 'Kalau Wu Ji membuang surat-surat itu adakah ia akan mengubah keadaan sekarang?'soal hati Sara.

"Itu surat aku kau tak berhak mengeluarkan apa-apa pun dari kotak itu,"tegas Sara. Tanpa berlengah dia mengambil surat-surat di tangan Shu wu Ji dan meletakkannya kembali ke dalam kotak itu.

"Sayang, kau buat apa ni?"

"Wo? Saya Zheng Shuang akan menyimpan kotak ini mulai hari ini,"jawab Sara sambil mengangkat kotak itu dari meja Shu Wu Ji. Shu Wu Ji menahannya dari berbuat demikian. "Lepaskan....."kata Sara seakan memberi amaran. Shu Wu Ji terketawa.

"Ambillah, banyak tulisan jiaofu dalam kotak itu juga. Salinan titipan persendirian tentang semua pelayarannya juga diwariskan kepada kau,"ucap Shu Wu Ji.

"Kotak ini amat bermakna Wu Ji kerana kotak inilah yang membawa aku kembali."

"Kau tak pernah ceritakan padaku."

"Maafkan aku, masa aku tiba dengan keadaan kau yang sakit teruk buat aku terlupa hendak bercerita tentang ini,"beritahu Sara. Shu Wu Ji mengangguk. "Na...aku simpan kotak ini dahulu ya?"pinta Sara.

"Aku hendak bersiar ke pekan. Nak ikut?"tanya Shu Wu Ji. Sara tersenyum.

"Alhamdulillah. Aku mesti ke kedai pakaian juga untuk Andy er Liu Li,"jawab Sara. Wajah Shu Wu Ji berubah. "Ni apasal pulak ni?"

"Kau masih punya dia di hati kau,"komen Shu Wu Ju. Sara menjeling ke atas.

"Dia perlukan pakaian jika mahu terus menjadi perempuan,"balas Sara.

"Lama lagi ke dia di sini?"tanya Shu Wu Ji.

"Wu ji, Andy bukan orang lain. Dia adalah Wu Hen and dialah juga yang banyak membantumu ketika kau merentas ke zaman kami,"jawab Sara.

"Aku tahu tapi aku tak dapat hendak menahan perasaan cemburu ku Sara."

"Shu Wu Ji,kau tahu aku tak suka lelaki yang kerap cemburu bukan?"

Shu Wu Ji terdiam.

"Habis tu? Kau ingat aku boleh tengok sahaja bekas suami kau sentiasa bersama 24 jam denganmu?"soal Shu Wu Ji lembut.

"Dia sakit. And he needs me. Kau harap kau faham."

"Kau memilih dia daripada aku bukan?" Wajah Shu Wu Ji sudah menjadi lebih keruh.

"Bila kau sakit siapa yang menjaga kau Wu Ji?"tanya Sara Shu Wu Ji terpempan. "Sama macam sekarang. Andy sakit dan hanya aku yang boleh membantunya." Sara mengeluarkan keluhan melihat keresahan Shu wu Ji. "Aku berjanji sehingga dia dapat
mengingati, aku akan lebihkan masa untuk kita."

Shu Wu Ji tersenyum kelat. Dia faham itu semua dan dia tahu tujuan Sara. Dia mengasuh hatinya untuk lebih bersabar. Kerana sikap Sara yang mengambil berat tentang orang sekelilingnya yang membuatkan dirinya itu istimewa di mata Shu wu Ji.

"Janji,"ucap Shu Wu Ji. Sara mengangguk.

"Aku bawa ini ke bilik dan kau tunggu aku di pintu gerbang,ok?"balas Sara. Shu Wu Ji mengambil sekuntum peony di meja dan pergi kepada Sara.

"Mari aku selitkan bunga yang cantik ini ke rambutmu,"kata Shu Wu Ji sambil menyelitkan bunga itu ke rambut Sara.

"Cantik tak?"tanya Sara.

"Emm, cantik,"akui Shu Wu Ji. "Shu Wu Ji cintakan Zheng Shuan,"bisiknya.

"Dan Zheng Shuang cintakan Shu Wu Ji,"kata Sara tersenyum dan berlalu dari situ bersama kotak kayu.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now