96

146 20 2
                                        

Salina yang sudah bersedia untuk tidur naik ke katil. Mamatok sudah pun berada di katil yang satu lagi.

"Sal amat berharap yang kata-kata Sara untuk kembali kepada Shu Wu Ji-well, hanya mainan mimpinya."

"Sal cakap.apa ni? Bukankah Sara sudah menyatakan yang dia mahu kembali ke sana,"balas mamatok lembut sambil menutup apps terjemahan alquran di tabletnya.

"Ya, Sal sedar...tapi..kalau ya pun kenapa sebegini lama."

"Memang perit untuk kita akui tapi Sara seorang yang teristimewa, dia terpilih dalam susur galur keturunan kita."

"Sal risau mama...Sal mahukan dia balik ke sini."

"Kalau takdirnya begitu, dia akan pulang Sal. Kita kena percaya itu."

Kata-kata mamatok mendiamkan Salina. Ya dia sedar keistimewaan Sara tetapi betapa dia takut kehilangan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya.

"Tidurlah. Esok kita boleh bertanyakan Ailee apa yang telah berlaku, ya?"pujuk mamatok. Salina mengangguk bersetuju. Dalam kebimbangan jasadnya begitu keletihan dan dia akur dengan permintaan mamatok.

Li Yang Jian terbaring di tempat beradunya memegang tangan kanan yang semakin kebas. Fikirannnya hanya melayang kepada penawar yang ada dengan Sara. 'Li Hua walau kau menafikan aku tahu kau adalah Li Hua. Biarpun wajah berbeza namun perwatakan kau tidak dapat menafikan kaulah Mo Li Hua, isteri aku.' Dia termangu. Dia telah menceraikan Mo Li Hua tanpa rela, dan dia kehilangan Mo LI Hua apabila dia mengikut bahtera ke Tanah Melaka.

"Hou Ye," tegur Zhu Wu yang berjalan mundar-mandir ke dalam kamarnya.

"Zhu Wu, kau- er bagaimana? Bukankah penawarnya kita masih tidak mempunyainya?"tanya Li Yang JIan bangun dengan kepayahan.  Belum pun sempat dia menjawab, khadam Li Yang Jian masuk dengan seorang tabib. 

"Hou Ye, ini tabib," sapa Khadam itu dan berdiri di tepi katil.

"Hou ye, saya dengar Hou Ye tidak sihat," tegur tabib itu.

"Aku telah diracun taiyi," jawab Li Yang JIan. "Begitu juga kebanyakan dayang dan khadam di sini,"terang Li Yang JIan tersekat-sekat. Cepat-cepat tabib itu duduk di sisi Li Yang JIan dan mengambil denyutan nadi. Dia memeriksa pernafasan dan tubuh Li Yang Jian. Dahi tabib itu berkerut. "Kenapa taiyi? Adakah aku tidak boleh diselamatkan lagi?"tanya Li Yang Jian keresahan. 

"Err..bolehkah saya bertanya bagaimanakah khadam-khadam dan dayang boleh diracun?"soal tabib itu semula. Li Yang JIan memandang Zhu Wu di kamar itu.

"Kami minum wain yang dibawa masuk, tabib." jawab Zhu Wu. Tabib meneliti ada satu tusukan halus di leher Li Yang Jian.

"Dan jika boleh saya meneka, ada ini bekas tusukan jarum?"

Li Yang jian mengelus leher sebelah kanan.  

"Ya, di situlah jarum beracun itu menusuk," jawab Li Yang Jian perlahan. Fikirannya merewang kepada Sara.

"Hou Ye merasa kebas di sebelah kanan dan ada kalanya terasa seperti dicucuk jarum?"soal Taiyi lagi. Li Yang JIan mengangguk. "Kalau tidak silap saya, Hou ye bukanlah diracun tetapi mungkin yang tertusuk itu adalah ubat pelali. Ubat ini digunakan untuk pembedahan kecil," terang tabib itu lagi.

"Shenme? Ubat?"

"Ya, Houye. Hanya sebelah kanan bukan dan leher tidak boleh digerakkan kerana tiada rasa."

"Tui! Memang itu yang aku rasakan!" jerit LI Yang JIan.

"Saya telah memeriksa khadam dan dayang-dayang. Mereka hanya diberi ubat pengsan." Wajah Li Yang JIan sudah terasa kepanasan menahan baran di hati. 'Dia telah ditipu oleh Mo Li Hua atau Zheng Shuang.' "Hou ye minumlah banyak air untuk menyingkir ubat daripada tubuh melalui peluh dan airkencing." Li Yang Jian terdiam. Ternyata dia telah dikalahkan sekali lagi. "Saya minta diri dahulu Houye." Li Yang Jian mengisyaratkan Zhu Wu menghantar tabib itu keluar. Li Yang Jian mengusap wajahnya sambil menghela nafas panjang. 'Li Hua, kau takkan terlepas dari genggaman aku!'desis hatinya.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang