48

155 28 0
                                    

Sara hanya mendiamkan diri sahaja ketika menikmati makanan yang dibawa oleh Soo LI dan Soo Mi.Andrew dan Ma Shang Wu menyertai Sara di meja makan . Shu Wu JI serba-salah hanya berdiri di tepi katil.  Ma Shang Wu saling berpandangan dengan Andrew dan kemudian kepada Shu Wu JI yang tenang di hujung katil. Sara tidak membenarkan dia ke mana-mana. Berita tentang kemahuannya untuk pergi menentang lanun membuatkan Sara tidak puas hati. Soo Li dan Soo Mi hanya melayan tuan mereka makan dengan senyap. Ketegangan di  bilik itu begitu terasa. Ma Shang Wu berdiri.

"Kau duduk," arah Sara. Ma Shang Wu duduk semula. Andrew yang melihat Shu Wu JI didenda oleh Sara juga tidak senang duduk.

"You are too hard on him," tegur Andrew. Sara yang sedang makan menjeling tajam kepada Andrew. Andrew terus terdiam. 

"Okay, aku dah kenyang," Sara berkata. Dia menggamit Soo LI dan Soo Mi untuk mengemas meja makan.  "Soo Mi sediakan air hangat, aku nak mandi," kata Sara.

"Not more than 10 minutes," pesan Ma Shang Wu. Sara menjeling ke atas. Dia memandang Shu Wu JI. 

"Ni," tegur Sara kepada Shu Wu JI. "Aku terlalu marah untuk bercakap dengan kau.  Jumpa di sini untuk sarapan. Kau boleh menyambung kerja kau," kata Sara menjeling. Shu Wu JI menghela nafas panjang. Kalau perempuan lain sudah lama dia melawan tapi ini ialah Sara. Cinta hatinya beratus tahun. Ah Chan yang berada di ruang tamu melihat dari jauh. Dia mengurut dahinya sendiri melihat ketegasan Sara terhadap Shu Wu Ji. Selama ini, tiada yang berani menyangkal Panglima Laut terkenal itu.

"Shuang-"

"Baliklah Wu Ji. I can't handle you right now," kata Sara. Shu Wu Ji mengeluh dan pergi dari situ. Lama Sara mendiamkan dirinya. "Dia dah pergi ke?"tanya Sara berbisik kepada Ma Shang Wu. Ma Shang Wu menggangguk. "Ok, sekarang baru  boleh kita berbincang," kata Sara tersenyum. Ma Shang Wu memandang Andrew kehairanan. 'Dia ni marah ke tidak ni?'tanya Ma Shang Wu dalam hati. "Aku tak marahlah," jawab Sara. Ma Shang Wu terlalu terkejut. 

"Macamana-"

"I am good with people. Tanya Andrew," balas Sara menunjuk kepada Andrew. Ma Shang Wu mengalih pandangannya kepada Andrew. Andrew mengangguk. Ma Shang Wu terketawa. "Kalau tak buat begitu, Shu Wu JI takkan pergi dari sini. Susah untuk kita berbual."

"Baik, Shuang er. Apakah yang hendak dibincangkan?"tanya Ma Shang Wu.

"Aku nak hasrat jiaofu dilaksanakan seberapa segera," pendek sahaja jawapan Sara.

"Shuang er hendak bertolak secepat mungkin?"tanya Ma Shang Wu lagi.

"Ya, berapa jauh Kunyang itu?"

"Tak jauh. 5 hari perjalanan,"jawab Ma Shang Wu. Sara menggelengkan kepalanya.

"5 hari pergi, 5 hari balik 10 hari. Pergh. Memenatkan betul,"balas Sara. "Itu paling cepat ke?"

"Ya, jika tiada kereta kuda,"kata Ma Shang Wu mengiyakan.

"Aku tidak dapat untuk menghantar wakil kerana wasiat jiaofu mahu aku sendiri ke sana," keluh Sara lagi.

"Habis tu Sara nak buat apa?"tanya Andrew.

"Untuk malam ni, Sara tak ada idea. Apa kata kita bincang esok sahaja hal ini?"cadang Sara. "Ah Wu, boleh tak saya hendak  bercakap dengan Dr Tan bersendirian?"pinta Sara. Ma Shang Wu bangun dan menunduk hormat. Dia keluar dari bilik itu melalui pintu kedua.

"Andy, kau betul telah mengingati?"tanya Sara. Andrew mengangguk.

"Semua yang telah  berlaku, di mana kita berjumpa, pernikahan kita," jawab Andrew. "I can't live without you sayang,"kata Andrew perlahan hampir teresak.

"Inilah takdir Andy,"kata Sara cuba memujuk.

"Sayang, come back to me. You can't live here. Ini bukan tempat kita," pujuk Andrew pula.

"Aku telah membuat keputusan untuk mengahwini Shu Wu Ji, Andy."

"But you love me!"bantah Andrew.

"Ma Shang Wu will help you go back," kata Sara. Andrew menggelengkan kepalanya.

"Aku takkan sesekali meninggalkan kau di sini berseorangan."

"Andy, Pipit ada Wu JI ada. And I believe Ma Shang Wu juga akan berada di sini,"balas Sara.

"Tergamak kau tinggalkan mak dan mama hanya untuk bersama Shu Wu JI,ha?"soal Andy lembut.

"He needs me, Andy. Kalau kau tengok keadaan dia semasa aku tiba di sini-"

"Ini semua  bukan masalah kau,Sara. Kenapa perlu kau membuat keputusan begini?"bentak Andrew lagi. Sara memicit belakang lehernya. Sara hanya memandang Andrew di situ. Bukan dia tidak sayangkan Andrew tetapi keadaan Wu JI mendesak untuk dia berada di situ. Dia tidak mahu bertengkar dengan Andrew kerana baginya hidupnya dengan Andrew sudah berakhir.

"Andy,"ujar Sara. Bagaimana harus dia katakan lagi. Kalau Andrew tidak boleh hidup tanpa Sara, Sara merasakan begitu jua terhadap Shu Wu Ji. "Baliklah berehat. Jangan lupa sarapan bersama ya? Kepala ni terasa sungguh berdenyut,"kata Sara memegang dahinya. Andrew mengangguk.

"Marilah, kata nak mandi,"ucap Andrew. Dia tahu tiada berguna terlalu mendesak jika Sara sudah membuat keputusan. Dia akan cuba bersabar untuk sedikit masa lagi. Sara tersenyum.

"Panggilkan si kembar tu,"pinta Sara.

"Soo Li, Soo Mi," panggil Andrew.

"Da jie,"sambut Soo Li dan Soo Mi."Air mandi telah kami sediakan untuk Da jie dan Xiaojie,"kata mereka serentak. Sara dan Andrew berpandangan lalu ketawa. Susah nak jumpa sepasang kembar yang bercakap serentak begini. Begitu menghiburkan. Soo Li membantu Sara dan Soo Mi membantu Andy.

Sesampainya ke bilik mandi, dia melihat sekeliling. Beginilah keadaan di situ. Dekor nya, bau bunga yang harum.Aku sungguh merindui pengalaman kali pertama aku di sini. Fikir Sara. Soo Li menanggalkan baju Sara satu persatu. Soo li mengepit rambut Sara supaya tidak terbasah oleh air kolam yang hangat.

"Xiaojie, Ah Wu minta xiaojie untuk mandi sebentar sahaja,"pesan Soo Li.

"Zhi dao la,"kata Sara perlahan. "Da jie?"

"Ada di bilik mandi satu lagi,"jawab Soo Li. Sara mengangguk dan memejamkan matanya. Air hangat berwangian itu menenangkan fikirannya. Dia tahu kesan dari keputusan untuk berada di Dinasti ini tetapi apabila Andrew menyebut hatinya tersentuh. Mamatok, mak. Dia menarik nafas panjang. Soo Li dengan lembut menyapu tubuh Sara. "Xiaojie berehatlah, nak dengar Soo Li nyanyi? Lagu ni ibu kami selalu menyanyikan ketika kami hendak tidur,"tambah Soo Li. Sara tersenyum.

"Hao..."balas Sara perlahan. Soo Li mengalunkan lagu kanak-kanak yang dipelajari dari ibunya.

Sara terpana seketika mendengar lagu itu. Mo Li Hua...Zumu, Xiao Lian, li Yang Jian, Syahida, Ann Di...Dia mengeluarkan keluhan berat. Hatinya juga menjadi berat. Dia ke sini sebagai Mo Li Hua kerana mahu melihat keadaan Shu Wu Ji. Sekarang dia di sini juga kerana merindui lelaki itu. 'Apa yang harus lakukan sekarang?'soal hatinya. Terlalu sukar perasaannya sekarang kerana kehadiran Andy di sini. Shu Wu Ji yang baru sahaja baik dari sakit sudah mahu pergi berperang. Andrew yang sudah kembali ingatannya dan wasiat Jiaofu yang dia akan pastikan terlaksana. Semua hal ini berat di fikirannya. Dia paling tidak suka berada keadaan dilema seperti ini. Dia terus menikmati alunan suara Soo Li.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now