85

139 21 2
                                    

Sambil mereka menunggang selama itu mereka mendengar Andrew membebel.

"Tengah malam tengah hutan perompak ramai. Kau pun selalu buat rancangan terkejut,"bebel Andrew keseorangan. Sara menjeling kepada Ma Shang Wu dan Ma Shang Wu mengangkat bahunya. Mereka sampai ke rumah penginapan seterus lebih kurang jam 4 pagi. Mereka menginap seketika dan Ma Shang Wu menukar kuda untuk mereka bertiga. Selepas bersarapan mereka menyambung perjalanan begitulah berhari-hari mereka menunggang dan mereka sampai di Kunyang seperti yang dijangka.

"Kita menginap di pekan dahulu. Aku hendak berehat secukupnya dan bolehlah aku bersiap seadanya,"kata Sara. Selepas sehari di sini, Ah Wu kau pergi hantarkan berita kehadiran kita di sini."

"Baik,"kata Ah Wu.

"Ah Li, Ah Wu kau tengok gadis-gadis di sini cantik-cantik. Patut orang panggil Kunyang,"usik Sara. Kata-kata itu disambut dengan jelingan tajam daripada Andy. "Uih, betul apa!"sambung Sara. Mereka berhenti di rumah penginapan tercantik di situ. Kehadiran mereka sedikit sebanyak mencuri perhatian masyarakat setempat. Mereka berehat seketika di rumah penginapan sebelum menikmati makan malam. "Kau dah beritahu keluarga Ma?"

"Sudah Shuang er. Keluarga Ma dihormati di sini biarpun tidaklah berharta seperti keluarga Zheng,"balas Ah Wu. Sara mengangguk.

"Mereka tak terkejut rupa kau  sekali imbas macam jiaofu?"

Ma Shang Wu mengeluarkan ketawa kecil.

"Mereka terkejut tapi mereka tahu aku adalah keturunan mereka."

Kata-kata Ma Shang Wu membuat Sara dan Andrew terkejut.

"Kau ialah waris Jiaofu?"tanya Sara lagi. Ma Shang wu menggelengkan kepalanya.

"Ah Wu cuma generasi keluarga Ma bukan dari Zheng gonggong sendiri."

"Kau sepupu akulah macam tu?"gurau Sara. Ma Shang Wu ketawa.

"Lebih kurang..."kata Ma Shang Wu ketawa.

"Baiklah kita pergi selepas minum petang,"kata Sara. Mereka bertiga hadir di rumah yang serba sederhana keluarga Ma. Sara yang agak terkejut melihat keluarga jiaofu yang jauh dari jangkaannya.

"Kenapa Sara?"tegur Andrew. Sara menghela nafasnya.

"Aku faham kenapa jiaofu mahu aku ke mari,"bisik Sara.

"Zheng gonggong diambil sejak kecil. Keluarga Ma keluarga yang terbesar di sini. Duit yang dikirim mencukupi untuk makan dan pertanian tapi bukan untuk menjadi kaya,"cerita Ma Shang Wu.

"Maaf kerana lama menunggu, silakan masuk Lao lao dan ahli keluarga sedang menunggu di dalam,"sapa seorang lelaki 30an. "Panggil saya Er Shu. Ini  Zheng Shuang bukan?" Sara mengangguk. "Lao lao begitu mahu bertemu." Mereka masuk rumah itu. Berbeza dengan rumah kediaman Zheng namun Sara dapat melihat lebih kurang 15 unit keluarga di kediaman Ma.

"Permai nampak mereka di sini,"bisik Sara sambil meneliti khalayak keluarga yang lebih kurang 20 orang di situ.

"Silakan,"pelawa Er Shu. Sara melihat seorang tua yang berpakaian cantik di hadapannya. Nampak usaha mereka menerima tetamu dengan persalinan yang serba cantik dan baru. "Lao lao, Zheng xiaojie sudah tiba."

Sara, Andrew and Ma Shang Wu memberi hormat.

"Saya Zheng Shuang,"kata Sara memperkenalkan dirinya. "Di kanan saya Liu Li, di kiri saya Ma Shang Wu. Lao taitai, kami datang membawa pesan Zheng Gonggong."

Puan besar Ma yang berusia 70an itu memerhatikan mereka bertiga. Dia mengilas pandangan kepada semua ketua-ketua keluarga yang tinggal di tanah keluarga itu.

"Ma gongzi saling tidak tumpah akan Xiao He,"tegur Lao lao. Ma Shang Wu menunduk hormat.  "Zheng Xiaojie-"

"Panggil saja Shuang er, Ma taitai,"kata Sara lembut. Ma taitai tersenyum. "Ma Shang Wu dan Liu Li ialah pembantu peribadi Shuang er,"beritahu Sara.

"Alhamdulillah. Marilah kita makan malam bersama. Boleh kita semua berkenal-kenalan,"pelawa Ma taitai.

"Shuang er harap kehadiran kami tidak menyusahkan,"balas Sara lembut. Walaupun ruang itu dipenuhi oleh setiap wakil keluarga Ma, suasananya agak hening.

"Kita sekeluarga. Laolao begitu ingin berkenalan dengan Shuang er kerana Xiao He banyak bercerita tentang Shuang er dalam surat-suratnya."

"Shuang er ke sini atas wasiat jiaofu juga. Ma taitai, Shuang er ada membawa sedikit buah tangan bolehkah Shuang er membawa masuk?"tanya Sara.

"Baiklah, Xiao Yang,"panggil Ma taitai kepada Er Shu. "Bawalah anak-anak lelaki keluarga ini keluar menerima hadiah Shuang er."

"Baik Nyang. Kamu semua ikut tiye keluar,"arah Er Shu. Semua di situ terpegun melihat kotak-kotak berat yang besar penuh di ruang tamu.

"Shuang er, kenapa begini banyak hadiahnya?"tanya Ma Taitai kehairanan.

"Semua hadiah ini adalah senarai dalam wasiat Jiaofu. Mari Shuang er tunjukkan satu persatu," jawab Shuang er. "5 kotak di sebelah sini-" Sara mengisyaratkan kepada Ma Shang Wu membukanya. "Ini semua herba-herba dan ubatan dari perniagaan kesihatan keluarga Zheng. 5 kotak di sebelah sini-" Giliran Andrew pula membukanya. "Kain-kain sutera untuk wanita-wanita keluarga Ma."

Suasana hening tadi menjadi hingar-bingar. Sara dapat melihat keseronokan semua yang melihatnya.

"Kotak-kotak di sebelah sini pula-" Ma Shang Wu membuka kotak-kotak itu dengan pantas. "Ini adalah wang yang jioafu simpan yang tidak sempat dihantar kepada keluarga ini." Setiap yang melihat terkejut melihat tahil-tahil emas tersusun cantik. "Izinkan Shuang er membaca wasiat Jiaofu, Ma taitai,"pinta Sara. Ma Taitai mengangguk. "Surat ini ditulis sebelum saya berangkat untuk perjalanan terakhir mengelilingi dunia. 5 kotak tahil emas adalah untuk setiap keluarga Ma yang akan ditadbir oleh kakak saya Ma Jin Ju. Duit ini cukup untuk membesarkan pertanian dan membantu petani-petani di bawah keluarga Ma. Maafkan saya tidak dapat selalu bersama selama ini. Yang benar, Ma He,"Sara menghabiskan bacaannya.

"Kain sutera dan ubat-ubatan?"

"Ini dari Shuang er, Ma taitai."

Ma taitai ketawa sendiri.

"Oh begitu. Baiklah, Xiao Yang wang ini pergi simpan di peti besi di bilik Nyang. Ubat-ubatan di rumah ubat dan kain-kain ini bawak masuk ke rumah simpanan barangan.  Sementara Xiao Yang kembali ke sini, marilah kita ke meja makan."

"Terima kasih Ma taitai,"ucap Sara. Mereka berkumpul dan makan bersama-sama. Sehabis makan malam merka dihidangkan dengan teh buah plum yang sungguh menyegarkan.

"Shuang er, LaoLao sudah lama teringin berbual dengan Shuang er. Bolehkah Shuang er bermalam di sini?"pelawa Ma taitai. Sara terpempan dengan pelawaan itu. Dia memandang Ma Shang Wu dan Andrew di situ. "Lao lao ada sesuatu hendak dibincangkan."

"Baiklah, Laolao Shuang er bermalam di sini dan Shuang er berharap Ah Wu dan Ah Li juga boleh berbuat demikian."

"Sudah tentu, Laolao mahu juga berbicara dengan Ah Wu dan Ah Li."

Lain macam kedengaran pengakuan itu. Mereka bertiga saling bertukar pandangan.

"Baguslah kalau begitu,"balas Sara.

"Shuang er, kami juga mahu berkenalan lebih lanjut,"ucap salah seorang wanita di situ. Sara hanya membalas dengan memberikan senyuman manis.





Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now