Usai makan malam setelah berkenal-kenalan, masing-masing pulang ke rumah mereka. Tinggallah Er Shu, Ma taitai dan mereka bertiga.
"Shuang er, ikut Laolao ke bilik. Ma gongzi, Liu gongzi boleh ikut Er Shu ke bilik tamu,"pinta Ma Taitai.
"Ma gongzi, Liu gongzi sila ikut Er Shu,"jemput Ma Yang anak kedua Ma taitai. Ma Shang Wu dan Andrew tidak bergerak dan memandang Sara. Ma taitai tersenyum sendiri. 'Bukan calang-calang orangnya anak angkat adiknya ini,'fikir Ma taitai. Sara mengisyaratkan supaya Andrew dan Ah Wu mengikut Er Shu. Mereka berdua mengerti dan terus mengikut Er Shu.
"Laolao mari Shuang er pimpinkan ke bilik,"tegur Sara. Ma taitai mengangguk dan berdiri perlahan-lahan. Sara menemani Ma taitai ke biliknya. Bilik itu sederhana besarnya tetapi kemas dan cantik. Dia ternampak potret tergantung di biliknya.
"Itu jiaofu mu masa kecil,"sapa ma taitai.
"Shuang er begitu rindukan jiaofu."
"Laolao terkejut melihat Ma Shang Wu yang begitu mirip dengan Xiao He,"balas Ma taitai. Sara mengangguk.
"Cuma mata jiaofu lebih besar dan hidung jiaofu lebih mancung,"balas Sara ketawa. Ma taitai membawa Sara ke katilnya. Dia menyuruh Sara duduk di sisinya.
"Dalam beberapa pucuk surat Xiao He, dia ada bercerita tentang Shuang er."
"Apa yang jiaofu ceritakan?"
"Betapa istimewanya anak perempuannya. Dia bersyukur kerana mempunyai anak sebijak Shuang er."
Sara terdiam. Hatinya begitu tersentuh.
"Tahun berapakah Shuang er berasal?"tanya Ma Taitai. Sara terkejut mendengarkan pertanyaan itu.
"Er...."
"Dari abad manakah Shuang er datang?"
Sara hanya terkedu melihat wanita warga emas di hadapannya. Ma tai tai tersenyum dan menyentuh tangannya.
"Xiao he berpesan jika bertanya kepada Shuang er dan dia tidak menjawabnya jangan memaksa."
"Laolao-"
"Mei shi le..tolong ambilkan kotak itu. Sebenarnya Xiao He telah mengirim sesuatu kepada Laolao dan yang peliknya, dia tidak izinkan sesiapa membukanya. Hanya nama yang tertulis di bungkusan itu yang berhak membukanya." Ma taitai membuka kotak itu dan memberikan sesuatu yang dibungkus dengan sutera hijau. Sara membukanya berhati-hati dan melihat namanya terukir di kotak kecil yang terkatup rapat. Dia melihat sekeping nota yang dipateri dengan cop mohor Laksamana Zheng He. Seribu pertanyaan bertamu di fikirannya.
"Laolao hanya membawa pesan dari Xiao He iaitu apa yang berada di tangan Shuang er ialah penunjuk jalan pulang."
"Penunjuk jalan pulang?"tanya Sara. Ma taitai mengangguk."
"Jin momo,"panggil Ma taitai. Jin momo ialah pembantu Ma taitai di rumah itu. "Esok kita bersarapan bersama nanti bolehlah Laolao bawa Shuang er melihat ladang bunga kepunyaan keluarga Ma.. selain bunga-bungaan kita juga mempunyai ladang teh. Laolao pasti jiaofu mahu Shuang er melihatnya."
"Shuang er berbesar hati Laolao."
"Jin momo akan tunjukkan bilik Shuang er. Laolao ingat lagi Xiao he mengatakan warna merah ialah warna kegemaran Shuang er."
"Betul tu Laolao,"balas Sara terketawa kecil. "Na, Shuang er minta diri dulu. Laolao berehatlah ya?"ucap Sara lagi. Laolao mengangguk. Sara berdiri di hadapan Ma Taitai dan memberikan hormat. "Shuang er sangat bersyukur dapat berjumpa Laolao."
"Bangunlah Shuang er,"suruh Ma Taitai membantunya bangun. "Kita semua sekeluarga. Laolao juga bersyukur kita dapat berjumpa."
Jin momo hanya tersenyum melihat wanita muda ini begitu baik budi bahasanya. Dia tidak hairan jika Laksamana Zheng He begitu menghargainya. Sara mengikuti Jin Momo ke bilik yang tak jauh dari situ.
"Kediaman ini taklah seindah kediaman Zheng tetapi Zheng Xiaojie boleh melihat betapa rumah keluarga ini penuh dengan kasih sayang."
"Shuang er dapat melihatnya Jin momo,"balas Sara.
"Ini bilik xiaojie, itu bilik Ma gongzi dan Liu gongzi."
"Hao de Jin momo. Xie xie. Wan shang an,"ucap Sara apa bila tiba di pintu.
"Pakaian xiaojie untuk malam ini dan esok ada di bilik. Jika xiaojie perlukan apa-apa bolehlah datang mencari momo di bilik Ma Taitai."
Sara menunduk hormat. Jin momo meninggalkan Sara di situ. Sara melihat bilik Ma Shang Wu dan Andrew masih terang. Dia mengetuk pintu. Andrew membukanya.
"Korang dah tidur ke?"
Andrew menggelengkan kepalanya.
"I can't go in, you guys can't come to my room. So how?"tanya Sara. Ma Shang Wu menjenguk ke pintu.
"Tu-" tunjuk Ma Shang Wu ke arah gazebo berbumbung yang disirami oleh cahaya lilin yang samar-samar.
"Bawa lilin bilik ini keluar sekali,"arah Sara terus berjalan ke pondok itu.
"What do you think of this residence?"tanya Sara kepada Ma Shang Wu.
"Cantik biarpun tidak seindah rumah di kota."
"Maafkan aku, aku tak dapat menolak pelawaan Ma taitai."
"Entahlah Sara. Aku sangat tidak mempercayai sesiapapun,"ujar Andrew.
"Lebih bagus begitu,"jawab Sara. "Kita tidak boleh lama di sini kerana aku mahu ke Guangzhou. Tetapi laolao mahu membawa aku melihat keadaan setempat. I can't say no to that either."
"Sehari tak apa-apa Shuang er. Ma taitai tentu mahu mengenali anak saudaranya."
"Jiaofu meninggalkan sesuatu kepada aku." Sara membuka kotak kecil itu. Dia membukanya dan melihat sebentuk loket batu berkilau . Dia mengangkat kepada cahaya lilin untuk melihatnya lebih dekat.
"Moonstone,"tegur Ma Shang Wu.
"Macamana kau tahu?"tanya Andrew.
"I've seen it before. Penjaga harta Xiaojie yang terdahulu iaitu pakcik Ah Wu pernah menunjukkan batu ini."
"Jiaofu menitip pesan ini adalah batu penunjuk jalan,"bisik Sara.
"What?"kata Andrew terkejut.
"Pakcik pernah bercerita hanya pewaris batu ini akan membuka rahsianya.,"cerita Ma Shang Wu.
"Apa rahsianya?"tanya Sara dan Andrew serentak.
"Ah Wu pun tak tahu. Yang pasti pakcik cakap, bila tiba masanya pemilik batu ini akan dapat menggunakan kesaktiannya."
"Sakti?"ucap Andrew dan Sara serentak. Mereka berpandangan. Sara menggelengkan kepalanya.
"Ok, enough for one day. Aku penat. Kita akan menghabiskan satu hari di sini dan kita akan bertolak ke Guangzhou secepat mungkin,"beritahu Sara lalu berdiri. Dia memakai rantai yang berloketkan moonstone berona biru hijau aurora dan ketika menyentuh leher Sara, ia mengeluarkan cahaya terang sekilas membuatkan Andrew dan Ma Shang Wu menutup muka mereka. Sara juga terkejut dengan terbitnya cahaya yang terang itu dan dia terduduk di tepi kolam teratai.
"Sara!"jerit Andrew. Dia dan Ma Shang Wu cepat-cepat mendapatkan Sara yang terduduk.
"Tunggu! Lihat tu!"kata Sara menunjuk kepada air di kolam.
"Itu-"
"Qing An,"sambut Ma Shang Wu. "Tui, itu sebenarnya pintu ke Qing An."
"Kalau kita terjun di sini kita akan ke Qing An?"tanya Sara. Ma Shang Wu memandang Sara. Sara berdiri membersihkan pakaiannya.
"I am not sure," jawab Ma Shang Wu. Sara mengangguk. Dia menarik Ma Shang Wu dan Andrew berdiri.
"Ok let's find out,"kata Sara. Dia memegang lengan Ma Shang Wu dan Andrew, lalu terjun ke kolam tanpa kedua lelaki itu sempat berkata-kata.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Chick-LitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...