Zhen gugu yang mundar-mandir di pintu belakang keresahan kerana tugasan yang diberikan pagi itu kepada pengawal tadi. Tiba-tiba dia dikejut dengan tembakan anak panah betul-betul di tiang berhampirannya. Dia memandang sekelilingnya dan mengambil nota itu cepat-cepat.
"300 tahil emas. Tugas diterima." Tulisan itu dibaca oleh Zhen Gugu sambil tersenyum. Dia menyimpan nota itu ke dalam bajunya. "Kau akan tahu nasib kau perempuan penipu," bisiknya sendiri. Dia akan memastikan hak Woo Wei Young akan terbela.
"Muqin, Tiye akan balik ke sini hari ini?"tanya Yi er sambil menikmati makan tengahari bersama ibunya. Ibunya hanya tersenyum sambil meletakkan lauk ke mangkuk nasinya.
"Xiao ye akan mendapat ibu baru tak lama lagi," tegur Zhen Gugu seraya masuk sambil membawa buah-buahan dari dapur. Kata-kata itu mengejutkan Yi er. Woo Wei Young menarik nafas panjang dengan cara Zhen gugu memberitahu Yi er.
"Yi er tidak salah dengar ni Muqin?"tanya Yi er memandang ibunya. Seleranya terbantut serta-merta.
"Dia akan datang bersama Shu Daren esok, khabarnya," jawab Zhen gugu sambil menghidangkan buah-buahan itu di meja. Yi er memandang ibunya untuk kepastian.
"Zheng Xiaojie bukan calang-calang orang, Yi er," sampuk Wei Young.
"Apa maksud Muqin?"
"Dia pemilik kediaman yang begitu besar ini, semua perniagaan Zheng gonggong untuk keluarga Ma diwariskan kepadanya dan rumah kita di hujung sana juga ada miliknya."
"Kenapa Yi er tak tahu perkara ini?"
"Sekarang Yi er tahu."jawab ibunya. Yi er berdiri kerana ibunya tidak merasa marah langsung. "Duduk YI er," suruh Woo Wei Young.
"Yi er tak faham. Anak Zheng He Zheng Shuang bukankah sudah tiada?"
"Itu yang gugu tahu Xiaoye. Tapi gadis ini tiba dengan bukti yang dia adalah anak Zheng gonggong."
"Zheng Shuang?"tanya Yi er.
"Yi er masih ingat nama itu?"tanya Woo Wei Young.
"Muqin juga yang selalu bercerita bagaimana Yi er mendapat nama Yi er," jawab Yi er. "Benarkah dia masih muda?"
"Dia nampak seperti tua sedikit daripada Yi er dalam beberapa tahun sahaja," sampuk Zhen Gugu. Woo Wei Young merasa sangat tidak selesa kerana Zhen Gugu akan menanam rasa benci Yi er kepada Zheng Shuang.
"Ini semua tidak masuk akal!" bentak Yi er.
"Baik Xiaoye tunggu di sini apabila mereka tiba nanti," kata Zhen Gugu menghangatkan Yi er.
"Gugu, boleh tolong ambilkan baju Yi er di kedai Chu sekarang," arah Wei Young. Dia hanya mahu makan dengan aman damai dengan Yi er dan Zhen gugu memusnahkan semua kedamaian yang menjadi idamannya. Zhen Gugu walaupun tidak mahu meninggalkan mereka tetapi melihat betapa seriusnya wajah Wei Young terpaksa akur.
"Muqin. Nampak sangat Tiye akan berkahwin dengan penipu," kat Yi er. Wajah Wei Young menjadi kemerahan kini. Dia terpaksa bersabar dengan Zhen gugu dan juga Yi er yang termakan dengan kata-kata Zhen gugu.
"Biar apapun Zhen gugu beranggapan jika Yi er berjumpa dengan Zheng xiaojie Yi er akan tahu betapa hebatnya wanita ini. Dia cuma datang beberapa minggu yang lalu tetapi dia juga yang dapat menyembuhkan Tiye yang seperti sudah mahu mati bila-bila masa. Dia sangat bijak Yi er. Muqin sendiri kagum dengan kebolehannya."
"Muqin....Tiye akan menjadikan orang lain sebagai isteri rasmi dan Yi er mesti memanggilnya Muqin,"bentak YI er lagi.
"Yi er, tolong jangan masuk campur urusan orang tua. Muqin didik Yi er untuk sentiasa tahu kedudukan kita di mana. Kita menumpang kemewahan keluarga Zheng. Tiye hanya pemegang amanah,"tegas Woo Wei Young. Dia memeluk bahu anak terunanya yang tinggi lampai itu, Ramai yang mengatakan betapa Yi er saling tidak tumpah Shu WuJi semasa muda. "Anak muqin yang baik, Kita bersama dengan golongan terhormat di negara ini adalah kerana Zheng gonggong. Semua yang kita kecapi sumbangan besarnya ialah dari keluarga Zheng,"pujuk WooWei young. Yi er memandang wajah ibunya. Kelembutan ibunya itulah yang sentiasa memadam segala kesedihan hatinya selama ini. Tetapi berita ini, dia langsung tidak dapat menerimanya.
"Yi er ada kerja sedikit di istana, Yi er minta dulu muqin," kata Yi er mengalah dengan kesungguhan ibunya, Hatinya masih resah kerana ayahnya bukanlah jenis lelaki yang suka berpeleseran. Tapi untuk berkahwin semula. Yi er merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Selepas makan tengahari bersama, Pipit yang terpegun melihat Wu Hen yang dulunya Ann Di seorang perempuan yang tinggi.
"Kau dari tadi memandang Liu LI tak berkelip-kelip, mengapa?"tanya Sara berbisik.
"Fikiran siapakah yang menjadikan lelaki tinggi sebegini menjadi seorang wanita?"tanya Pipit kembali. Sara menyiku Pipit kerana terang-terangan mengkritiknya.
"Habis tu ?"jawab Sara.
"Kenapa Tuan Pipit ni rupanya macam orang Melayu?"tanya Andy setelah melihat bagaimana Sara dan PIpit asyik berbisik sesama sendiri.
"Saya memang Melayu, LIu xiaojie," jawab Pipit.
"Tahukah tuan tidak manis berbisik-bisik begini?"tanya Andrew atau Andy jengkel. Sara dan PIpit berpandangan. Shu Wu JI memberikan pandangan yang begitu bermakna. "Apa yang tuan dan Shuang er katakan?"tanya Andrew.
"Saya belum pernah lihat wanita secantik ini dan setinggi ini," kata PIpit dan Sara menganggukkan kepalanya. Andrew menyentuh rambutnya sedikit.
"Kau bawa semua yang aku minta?"tanya Sara.
"Ya Xiaojie," jawab Pipit pendek.
"Kalau begitu, mari. Makan pun sudah. Aku ingin sekali melihat pakaian-pakaian yang kau pilih untuk aku dan lIu LI."
"Silakan xiaojie," jemput Pipit. Andrew turut berdiri ingin turut serta.
"Liu LI, kau ada tugas bersama Soo Mi dan Soo LI," tahan Sara tidak membenarkan Andrew mengikutnya.
"Aku tak nak!"
"Tak nak boleh keluar dari rumah ini," selamba sahaja Sara membalas. Andrew terdiam. "Soo Mi Soo LI," panggil Sara sambil memberikan isyarat supaya mereka berdua membawa Andrew pergi dari situ. Soo Mi dan Soo LI dengan perlahan-lahan memujuk Andrew mengikut mereka sebentar.
"Wu JI, Sara keluar sebentar. Pakaian itu semua ada di bilik Sara." kata Sara meminta izin, Shu Wu JI mengizinkan dia pergi bersama Pipit. Mereka melangkah bersama keluar dari situ. "Terima kasih kerana dalam masa yang singkat dapat membekalkan berpasang baju," kata Sara kepada Pipit.
"Tak perlu terima kasih, Cempaka," jawab Pipit. Nama Cempaka itu menenangkan jiwanya. "Pipit nak minta sesuatu daripada Cempaka."
"Haish lain macam bunyinya PIpit. Ada kemusykilan?"tanya Sara.
"Orang-orang PIpit bawa berita yang ada bahaya jika Cempaka bertolak ke ibukota esok."
"Apa yang mereka beritahu?"tanya Sara.
"ADa orang mengupah kumpulan Bayang HItam untuk membunuh Cempaka."
"What?" kata Sara terjerit.
"PIpit masih tidak tahu siapa tetapi Pipit bimbangkan keselamatan Cempaka."
"Kalau begitu aku nak kau upah tentera upahan yang akan menjaga rombongan kami dari jauh."
"Izinkan Pipit pergi bersama boleh?'
"Tak boleh."
"Kenapa tak boleh?"
"Kalau kau ikut, siapa nak jaga perniagaan?"
Pipit menghela nafas panjang.
"Pipit hanya mahu melindungi Cempaka," kata Pipit manis.
"Baiklah, selepas 3 hari di ibukota kau mesti bergerak balik ke sini. Aku tak yakin dengan penjaga-penjaga kedai yang ada."
"Pipit faham. Kita jumpa lagi esok ya?"balas PIpit.
" Baik, jangan lupa ya!"kata Sara. Mereka memeriksa semua pakaian yang dibawa oleh Pipit sebentar tadi.

YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Literatura FemininaKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...