Andrew nampak lebih terurus dan segar setelah mandi dan menukar baju. Ma shang wu yang segak menantinya di meja makan yang besar.
"Silakan Dr Tan," pelawa Ma Shang Wu mesra. Andrew duduk di sebelahnya.
"Dr Ma hanya tinggal berseorangan di sini"tanya Andrew. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya.
"Apabila saya ada tugas rasmi sahaja. Saya banyak tinggal di rumah saya di hujung tanah ini," beritahu Ma Shang Wu.
"Saya dapat melihat betapa kayanya Dr Ma."
"Dr Tan salah tu. Harta yang dapat Dr Tan tengok ini bukan kepunyaan saya."
"Habis tu kepunyaan siapa?"
"Zheng Shuang. Dialah pewaris yang sebenarnya," balas Ma Shang Wu. Andrew mengerling ke seluruh ruang yang besar itu. "Dia tiada di sini. Mungkin pagi esok atau seketika nanti Dr Tan akan menemuinya," sambung Ma Shang Wu ketawa. Dalam hatinya berkata yang Andrew benar-benar hilang ingatannya kerana nama Zheng Shuang itu sendiri tidak mengembalikan ingatannya kepada Sara.
"Saya di sini tidak mahu bertemu sesiapapun melainkan Sara. You're my last hope. Her family said she's here. Saya cuba telefon, email semua tidak berbalas." Ma shang Wu memandang Andrew dan tersenyum. Sudah tentu tidak berbalas, Zheng Shuang berada jauh beribu tahun.
"Jemput makan," pelawa Ma Shang Wu. Mereka berbual kosong semasa makan. Dan di situ Ma Shang Wu mengenali serba sedikit tentang Andrew dan kemalangannya. Ma Shang Wu membawanya berjalan sekitar kediaman yang berekar-ekar dan menceritakan sejarah tempat itu. Hingga menjelang maghrib. "Begini, I know you are tired. Tidurlah awal. Saya akan hubungi Cik Sara datang menemui Dr Tan."
"Berikan saya nombor telefonnya," pinta Andrew.
"I'm sorry Dr Tan. She didn't take her phone with her. Kalau Dr Tan nak tahu, bilik yang Dr Tan menginap sekarang adalah bilik tumpangan Cik Sara. Dia bawak semuanya kecuali telefon itu tertinggal," jelas Ma Shang Wu. Andrew terdiam sebentar. "I will send your dinner to your room. I would love to have dinner bersama tetapi saya ada sedikit kerja. Jadi maafkan saya,ya?" terang Ma Shang Wu. Andrew tersenyum.
"You have spent your whole day entertaining me. Terima kasih banyak-banyak." ujar Andrew. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya.
"Kita jumpa lagi, selamat malam," ucap Ma Shang Wu. Andrew menunduk hormat dan membiarkan dia pergi. Dia masuk ke bilik dan ternyata makan malam sudah pun tersedia. Dia menikmatinya dan menukar baju tidur. Dia melihat telefonnya. Tiada resepsi langsung. 'Mungkin itu yang membuatkan Sara tertinggal telefonnya,fikir Andrew. Dia berbaring selepas memakan ubatnya dan tertidur.
Sara makan malam di biliknya sahaja kerana selepas melihat Shu Wu JI pergi bersama Wei Young dan zhen gugu dari neraka itu, dia menikmati ketenangan di biliknya. Sudah beberapa hari dia tidak bertemu dengan Ma Shang Wu. Dia sendiri hairan ke manakah doktor muda itu telah pergi.
"Soo Mi, Soo LI,"panggil Sara. Mereka berdua masuk ke dalam.
"Aku hendakkan ketenangan di malam ini. Dan kau berdua balik ke bilik tidur," suruh Sara. Saudara kembar itu saling berpandangan sesama sendiri.
"Tapi-" balas mereka serentak.
"Pergi," arah Sara menggamit mereka supaya keluar dari situ. Mereka menunduk hormat dan terus pergi dari bilik yang besar itu. Sara menguap dan menggeliat. Minggu yang amat panjang baginya. Tanpa berlengah dia naik ke katil dan terus tertidur.
"Sal, mari sekejap," panggil mamatok di bilik tamu apabila melihat anaknya Salina hendak pergi ke dapur.
"Kenapa mama?"
"Kenapa mama kamu tanya?"balas Mamatok. Salina menjeling ke atas dia tahu itu bunga-bunga leteran hendak bermula. "Sal sengaja kan bagitahu Andy dia mana Sara?"
"Ya, mama. Kenapa?"tanya Salina tersenyum.
"Kenapa? Kalau Sara tahu tak ke kecoh jadinya?"
"Alah mama ni, kita tak boleh bawak Sara balik ke sini tapi Andrew. Andy boleh. Mereka berdua dicipta dengan bakat yang sama, merentas masa," jawab Salina tersenyum.
"Sal, mama tak sedap hati dengan tindakan Sal ni," ucap mamatok ikhlas.
"Sal lagi tak sedap hati sebab tak tahu bila Sara akan pulang," jawab Salina. "Sal nak buat maggi. mama nak?"
"TAk nak, buatkan teh cina untuk mama dah," jawab mamatok. Salina terus berlalu ke dapur.
Ayam berkokok dengan jelas dan Sara merasa sungguh selesa tidur pada malam itu. 'Besarnya bantal ni, sungguh selesa,'fikir Sara sambil memeluk bantal di tepi nya dengan erat. Andrew merasa yang badannya dipeluk erat. Andy membuka matanya dan melihat Sara sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Dia kaget. 'Elektrik tak adakah, kenapa ada cahaya lilin sahaja?'soal hatinya. Sara menggeliat.
"So warm, so nice,"kata Sara berbicara sendiri dalam tidur. Dia membuka matanya dan melihat dia dalam pelukan Andrew yang melihatnya tajam. "Andy?!"jerit Sara.
"Sara!Why are you in my room?!" jerit Andrew. Mereka kelam-kabut turun dari katil.
"this is my room. Macamana kau boleh ada di sini?"tunjuk Sara masa terkejut.
"Hei, Dr Ma yang berikan bilik ini untuk menginap malam ini." jawab Andy. Sara mencekak pinggang. 'Apa yang dah berlaku ni?'tanya Sara kepada dirinya sendiri.
"Zheng xiaojie," panggil Soo LI dan Soo Mi. Sara cepat-cepat menarik Andy ke belakang almari.
"Kau duduk sini, jangan keluar selagi aku tak panggil, faham?"
"Kenapa? This is my room," bantah Andy.
"Aku cerita sebentar lagi. Just give me 10 minutes!"
"ok 10 minutes!" ucap Andy.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...
