"Daren," sapa Ah Chan. Hari sudah jauh malam dan Shu Wu JI masih berteleku di mejanya.. Dia menghela nafas panjang.. Panggilan Ah Chan tidak menembusi lamunannya.. "Shu Daren,," panggil Ah Chan lagi sekali. Shu Wu JI menjeling ke arah Ah Chan. "Zheng Xiaojie,er sudah pun tidur," beritahu Ah Chan. Shu Wu Ji tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia hanya merasa bingung kerana dilema yang dihadapinya sekarang. Perintah maharaja dan meninggalkan orang yang terlalu disayangi berseorangan di Nanjing. Keduanya tiada kesudahan yang memuaskan hatinya. "Daren,, dari tadi Ah Chan tengok seperti memikirkan sesuatu," kata Ah Chan lagi.
"Kau tahu apa yang berada di fikiran aku," jawab Shu Wu Ji pendek. Dia bersandar ke belakang merehatkan kepalanya yang terasa berat..
"Apa yang Daren akan buat sekarang?"tanya Ah Chan. Shu Wu JI menggelengkan kepalanya. Jika dia pergi sekarang,, hatinya takkan senang kerana dia tahu Zhen gugu akan bertindak dengan lebih kejam. Dia tahu Sara boleh menjaga dirinya sendiri tetapi kali ini tidak sama. Sara datang sebagai Sara bukan Cempaka bukan Mo LI Hua. JIka sesuatu terjadi kepadanya....Shu Wu JI tidak dapat menggambarkan betapa hidupnya juga akan berakhir.
"Aku hendak masuk berehat.Kejutkan aku awal kerana aku mesti ke istana pagi esok," pesan Shu Wu JI. Ah Chan tahu itu bermakna tugasnya berakhir pada hari itu..
"Ah Chan minta diri," kata Ah Chan mengangkat hormat dan berlalu dari situ. Dia terserempak dengan Woo Wei Young. "Er, Woo Xiaojie," sapa Ah Chan agak terkejut.
"Shu Daren ada?"
"Ada, tetapi Shu Daren mahu berehat sekarang,," beritahu Ah Chan. Dia melihat Woo Wei Young ditemani oleh Zhen gugu dan beberapa orang dayang membawa sia.
"Saya masuk sekejap sahaja-"
"Tapi-"
"Kau diam!" potong Zhen gugu. Ah Chan menghembus nafasnya dengan kuat. Shu Wu JI takkan suka dengan tindakan Woo Wei Young ini. Mereka terus masuk ke kediaman Shu Wu JI.
"Daren, Wei Young datang," sapa Wei Young mesra. Shu Wu JI yang baru sahaja hendak ke bilik tidur terkejut dengan kedatangan Wei Young.
"Sudah lewat malam kenapa ke mari?"tanya Shu Wu JI.
"Wei Young dengar Daren tidak makan malam lagi," jawab Wei Young.. Shu Wu Ji terpempan.. Tiada siapa yang tahu dia tidak makan lagi malam itu. Dia langsung hilang selera kerana penerimaan Sara tentang berita pemergiannya nanti ke laut. Dia meneliti sahaja Wei Young dan Zhen Gugu.. "Makanlah sedikit," pujuk Wei Young.
"Keluarlah aku penat," ucap Shu Wu JI melangkah untuk ke bilik.
"Daren, Xiaojie memasak sendiri lauk-pauk ini"beritahu Zhen Gugu.
Sara yang baru sahaja selesai berpakaian terasa bersalah kerana melayan Shu Wu JI sebegitu tadi. Dia menyarungkan baju luar dan membiarkan sahaja tanpa diikat.
"Xiaojie," panggil Soo LI dan Soo Mi.
"Ikut aku ke kediaman Daren, ada sesuatu yang perlu aku katakan padanya" ajak Sara. Dalam hatinya mengeluh. Kalau ada telefon boleh dia meminta maaf dalam telefon.. Dia sampai di hadapan kediaman Shu Wu Ji dan melihat Ah Chan berdiri tegak memandang pintu Shu Wu JI. "Ah Chan kau buat apa ni?"tanya Sara hairan..
"Oh,, Xiaojie. Er, tadi Woo Xiaojie datang dan terus masuk ke rumah. Ah Chan takut Shu Daren akan naik marah tengah malam sebegini."
"Kenapa Wei Young datang?"tanya Sara. Ah Chan hanya menggelengkan kepalanya. Sara memandang Soo LI dan Soo Mi. "Kau berdua tunggu di sini," arah Sara. Dia menuju terus ke dalam rumah itu.
"Daren, makanlah sedikit.. Daren baru sahaja sembuh dari sakit," pujuk Wei Young.
"Dia betul,," kata Sara dari belakang. Mereka menoleh dan melihat betapa santainya penampilan Sara. Shu Wu JI cepat-cepat mendapatkan Sara di situ.. Sara memandang tepat kepada Shu Wu JI. "Berjanji ke?"soal Sara. Shu Wu JI menggelengkan kepalanya panik. "Shu Daren, makanlah. Betul cakap Woo Xiaojie tak elok tak makan,," kata Sara lagi. Shu Wu JI sudah menelan air liur.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...