18

218 29 1
                                    

Andrew menjalani terapi selama dua jam untuk pertemuan pertama. Ibunya setia menemani duduk di luar menunggu sesinya selesai. Keadaan di situ sangat selesa dengan tv dan bahan bacaan yang terbaru membuatkan masa menunggu tidak membosankan.

"Mama,"panggil Andrew. Ibunya bangun dan mendapatkannya. "Doktor hendak jumpa." Madam Tan terus masuk ke bilik doktor itu. Andrew mengambil tempat di depan tv.

"Madam Tan. Thank you for bringing your son here,"sapa Dr Surina. Kecil molek berambut pendek. Madam Tan tersenyum dan mereka berjabat. "Your son is recovering. Saya harap Madam Tan tak terlalu bimbang." Madan Tan mengurut dadanya kelegaan.

"Dia ceraikan isterinya doktor."

Dr Surina mengangguk.

"Jadi itu yang terlalu mengganggu fikirannya,"balas Dr Surina. "Di mana bekas isterinya sekarang?"tanya Dr Surina.

"Sebaik sahaja bercerai, Andrew mahu dia terus keluar dari rumah mereka."

"Dia sebenarnya masih keliru. Memorinya hilang tentang dua tiga tahun ini,"beritahu Dr Surina.

"Apa yang patut kami buat?"

"Seminggu sekali datanglah ya. Nanti bila dia nampak lebih stabil, kita boleh jarakkan temujanji."

"Doktor bolehkah Andy mendapat memorinya semula?"tanya Madam Tan. Dr Surina tersenyum.

"Semua terpulang kepada keadaan. Apa pun, saya harap Madam Tan takkan terlalu memaksa. Ikutkan sahaja rentaknya selagi tidak mengancam nyawanya."

"Dia boleh mula bekerja ke doktor?'

"Kita tengok selepas 2 minggu. Jika dalam 2 minggu ini dia boleh menerima hakikat kehilangan memori dan dia bersedia untuk bekerja nanti saya update Madam,"jawab Doktor Surina. Madam Tan mengangguk faham walaupun masih ada gusar di hatinya.

"Saya berjanji hendak membawa dia berjumpa bekas isterinya sebab dia terlalu memikirkan tindakannya menceraikan bekas isteri."

"Ok,boleh. Tetapi kalau Dr Tan nampak stress, madam Tan cepat2 bawa dia keluar dari situasi itu ya?"

"Baiklah doktor, saya balik dulu,"kata Madam Tan sambil berdiri. Doktor Surina menghantar Madam Tan ke pintu. 

"Call saya bila-bila masa. Ok?"pesan Dr Surina. Madam Tan memberikan senyuman dan meminta diri. Dia keluar dan ternampak Andrew berdiri di tingkap merenung keluar. Dia pergi ke sisinya.

"What are you thinking son?"tanya Madam Tan.

"Her,"jawab Andrew pendek. "Andy tak dapat nak keluarkan dari fikiran Andy. Kenapa ma?"tanya Andrew lemah.

"Begini saja. Mama janji nak bawa Andrew jumpa dia bukan?"balas Madam Tan. Andrew memandang wajah ibunya. "Mama bawa Andy pergi hari ni. Sekarang,"ujarnya lagi.

"Dia tak marah Andy ke ma?"tanya Andrew ragu-ragu.

"One thing you should know about her. She was your best friend first before she was your wife,"jawab Madam Tan. Andrew seperti terkejut.

"I married my best friend?"tanya Andrew tidak percaya. Madam Tan mengusap lengan anaknya sambil tersenyum mendatar. Perasaan simpati yang tidak berpenghujung muncul di hatinya ketika itu.

"Jomlah. Nanti lewat pula,"ajak Madam Tan tanpa mengulas apa-apa tentang Sara. Andrew mengikut saja langkah ibunya keluar dari klinik mewah itu.

Ianya menjelang petang. Sara berjalan beriringan dengan Ma Shang Wu ke bilik Shu Wu Ji.

"Dr. Ma,tunggu sebentar ya. I need to really talk to him."

"Tak apa ke Shuang er?"

"He maybe historical tapi dia pernah crossed over ke zaman kita. He will understand. Ni fangxin ba,"jawab Sara sambil tersenyum lalu terus masuk ke bilik utama. Shu Wu Ji sedang berbaring di katilnya tetapi tidaklah terlena. "Daren,"panggil Sara. Dia mengisyaratkan kepada Zhao Ying untuk meninggalkan mereka berdua. Zhao mengangguk dan keluar dari situ berdiri dengan Ma Shang Wu. "Kau ok ke Wu JI?"tanya Sara duduk di sisinya. Suara lembut Sara mengubat duka-laranya. Shu Wu JI bangun untuk duduk dan dibantu oleh Sara."Tadi gagah sangat bersenam sekarang tengok, dah tak boleh nak buat apa,"bebel Sara. Shu Wu JI ketawa. 

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now