Sesampainya Woo Wei Young ke bilik air, dia masuk dan pengawal berkawal di hadapan pintu. Dia mengambil peluang itu untuk menyelinap keluar dari situ tanpa dikesan. Dia berlari terus ke bilik utama. Tidak susah untuk mengenali bilik pengantin kerana ianya terhias cantik pintunya. Perlahan-lahan dia menelah di tingkap. Sara bersendirian ketika itu. 'Mana pergi Shu Wu JI?'desis hatinya. Dia masuk perlahan-lahan berjingkit-jingkit dan menghampiri Sara yang sedang nyenyak tidur. Dia melihat sekelilingnya. Tanpa membuang masa, dia menghayun pisau itu ke leher Sara. Sara yang merasa seperti ada seseorang di sisinya membuka mata. Dalam samar lilin sebatang pisau itu membalikkan cahaya. Sara yang terkejut menggulingkan dirinya ke dalam katil.
"Shei ah?!"jerit Sara.
"Ni shi shei?!!" pekik Woo Wei Young melompat ke katil dan cuba menikam Sara. Sara menendang kaki Wei Young dan dia terpelanting ke lantai. Shu Wu Ji yang baru sahaja pulang dari dapur kerana SAra meminta dapur menyediakan mee terkejut dengan bunyi bising di biliknya. Dia pantas meninggalkan dulang berisi makanan dan berlari ke bilik mereka.
"Wei Young?!" panggil Shu Wu JI menerjah. Woo Wei Young pantas berdiri dan menyerang Sara sekali lagi. Sara menepis tangan yang memegang pisau itu dan menarik tubuh Wei YOung dan menolak tubuh Wei YOung ke dinding. Hidung Wei Young berdarah kerana terhantuk dinding. Dia melihat darah keluar dari hidungnya. Shu Wu JI berlari ke arah Woo Wei Young.
"Wu JI!" tegas Sara. "Kau keluar."
"Furen!"
"Fujin, tinggalkan kami."
"Tidak!"
Woo Wei Young ketawa.
"Shu Daren, rupanya Shu Daren takut dengan Shu Furen,"sindir Woo Wei Young. "Kau hanya akan melihat mayat aku keluar dari bilik ini di malam pengantin. Dan kau akan mengingati aku sampai bila-bila." Woo Wei Young meluru ke tiang seri tetapi Sara lebih pantas, dia membaling cawan tepat ke kepala Wei Young dan dia pengsan di situ. Sara mengeluarkan nafas lega.
"Furen, kau tak apa-apa?"tanya Shu Wu JI.
"Kau patut tengok gundik kau itu," jawab Sara. Dia melihat bilik itu bersepah-sepah dalam kesamaran lilin. Dia pergi ke sisi Wei Young dan memeriksa belakang kepalanya. "Panggilkan taiyi. She needs medical attention."
"Furen," panggil Shu Wu JI dia pergi memeriksa tubuh dan kepala Sara.
"Fujin, kau buat apa ni?"tanya Sara.
"Kau tak apa-apa?"
"Seadanya."
"Cempaka!" panggil Pipit berlarian mendapatkannya.
"Pit, bagi bilik lain. tengok ni dah jadi macam bilik kalah judi," pinta Sara.
"Cempaka tak apa-apa ni"
"Pit kau tengok tu yang tengah terbaring tu. Panggilkan taiyi dan bawa dia ke bilik kurungan. Emosi dia sangat tidak stabil sekarang."
"emo- sta? Apa tu?"tanya Pipit terpinga-pinga.
"Jiwanya terganggu, Pipit. Sudah hampir gila," terang Sara dengan sabar. Dia tersenyum.
"Baik PIpit buat sekarang." Pipit mengarahkan beberapa orang pekerja membawa Woo Wei Young ke bilik lain. Shu Wu JI duduk di sisi Sara.
"Maafkan aku,"ucapnya sambil memegang bahu Sara.
"Bukan salah kau untuk malam ini. Tapi jiwa Wei Young jadi sebegitu kerana kau Wu JI," kata Sara memandang Shu Wu JI.
"Habis kau mahu aku buat apa? Dia ibu Yi er. Pewaris keluarga Shu."
"Aku faham," jawab Sara terketawa kecil. "Fujin aku penat. Kenapa ramai sangat hendak membunuh aku di zaman ini?"leter Sara bangun dari katil. Dia menarik Shu Wu ji untuk keluar dari situ.
Andrew sudah mengenakan pakaian purba lelaki. Dia meletakkan hadiah perkahwinan itu di rumah utama dan dia juga meninggalkan sekeping nota.
"Sara, aku tahu aku mengengkari janjiku kepada Shu Daren. Terimalah hadiah ini sebagai hadiah perkahwinan dan juga hadiah perpisahan kita. Aku akan pulang ke tempat asal kita dan aku berjanji mamatok dan mak akan terus kujaga seperti keluarga sendiri. Jaga diri. Aku tahu kau berkeupayaan. I love you and I am sorry for everything."
Nota itu dilipat rapi dan diletakkan di atas pakaian itu di dalam kotak. Ma Shang Wu masuk ke bilik itu dan memberitahu kereta kuda sudahpun sampai. Mereka berdua keluar dari kediaman itu dan bertolak ke Qing An dinihari sebelum matahari menampakkan sinarnya. Andrew banyak mendiamkan dirinya sepanjang perjalanan.
"Dr Tan, saya tak janji yang Dr Tan akan pulang ke tempat asal kerana semuanya terpulang kepada pintu masa."
"Aku tahu. Jika bukan hari ini aku akan terus menanti pintu itu terbuka untuk aku pulang."
Ma Shang Wu mengangguk.
"Dr Ma tidak mahu pulang ke zaman asal?"tanya Andrew.
"Tugas saya menjaga Zheng Shuang. Jika dia mahu kembali, saya akan mengikutinya tapi jika dia mahu berada di sini, inilah takdir saya."
"Sampai macam tu sekali?"
"Mendiang datuk ada berkata, apabila pewarisnya kembali saya punya pilihan untuk mahu terus berkhidmat atau tidak."
"Dan kau mahu meneruskan?"
"Banyak lagi tugas yang belum selesai sebenarnya."
"Apakah tugas itu?"tanya Andrew ingin tahu. Ma Shang Wu tersenyum. Andrew faham mungkin itu adalah satu kerahsiaan. "Baik aku mengerti. Jagakan Sara untuk aku. She is- terlalu cepat, terlalu kuat, terlalu bijak. Dan kau akan cepat letih memikirkan keselamatannya."
"Saya akan ingat kata-kata itu," ucap Ma Shang Wu. "Tapi Dr Tan, pasti ke hendak meninggalkan Shu Furen di sini?"
"Jika aku tidak pergi hari ini, aku takkan dapat meninggalkannya Dr Ma,"jawab Andrew seraya memandang ke luar tingkap kereta kuda itu.
Mereka sampai seperti yang dijangka. Selepas memastikan Andrew selesa di kediaman Zheng di Qing An dia meminta diri untuk pulang ke rumahnya.
"Dr Tan, trust your instinct."
"Aku faham,"jawab Andrew sambil bersalaman. Ma.Shang Wu meninggalkan Andrew di bilik bacaan yang baru sahaja siap didirikan setelah terbakar tempoh hari. Dia duduk di meja. Dia meneliti meja itu kerana meja itu tidak dijamah api. Dia membuka laci yang teratas. Dia ternampak cucuk sanggul jed putih yang pernah diberi oleh Sara. Perasaannya menjadi sungguh berat ketika itu. 'Kenapa hatiku tidak dapat melepaskan kau Sara?'bisik hatinya. Dia menggenggam erat cucuk sanggul itu.
"Dr Tan, wan shang hao,"suara seorang perempuan menegurnya. Dia mengangkat wajahnya dan melihat seorang wanita muda berpakaian blaus ungu dan berskirt pendek. Lama Andrew memerhatikan wanita itu. Dia memerhatikan sekeliling bilik itu. Dia telah kembali ke Beijing. Dia mengeluh sendiri. Sungguh pantas dia ke kembali ke Beijing. "Wo jiao Mary. Saya pembantu Dr Ma."
"How did you know-"
Pembantu itu mengeluarkan nota dari poketnya.
"Dr Ma sudahpun berpesan untuk sentiasa memeriksa bilik ini,"jawabnya berbahasa Mandarin. Andrew terkaku di situ.
"Bolehkah saya pulang ke Tanah Ming?"
"Maaf saya sendiri tiada jawapannya. Mari ikut saya. Dr Tan tentu sudah penat."
"Berapa hari aku telah pergi?"
"Tidak lama, hanya beberapa hari."
"What?"sambut Andrew. 'Sara...'panggil Andrew dalam hatinya. "I want to go back!"
"Er..,"terpempan wanita yang bernama Mary di hadapannya. "Kalau begitu, saya akan berikan masa untuk Dr Tan di sini. Kita tiada jaminan Dr Tan boleh pulang semula."
"Please let me try,"rayu Andrew. Dia duduk di meja itu kembali. Dia menggenggam cucuk sanggul jed itu seeratnya. 'Sara aku salah. Tolong bawa aku pulang,'rintihnya dalam hati.
Mary keluar dan cepat -cepat mendapatkan Ma Shang Wu di belakang.
"Dia percaya?"tanya Ma Shang Wu berbisik. Mary mengangguk. "Xie ni. Kau boleh pulang menyambung tugas,"arah Ma Shang Wu. Dia mengangguk sendiri. Nampaknya helahnya berhasil. Firasatnya benar. Andrew sebenarnya tidak mahu meninggalkan Sara.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Literatura KobiecaKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...
