8

208 26 0
                                        

Salina dan mamatok Salmah mengemas pakaian Sara di biliknya. Dia melihat kotak kayu yang baru sahaja sampai di rumah mereka. 

"Sara cakap apa tentang kotak itu?"tanya mamatok yang sedang membetulkan cadar katil.

"Sara kata, kotak ini mesti berada di sini. Tetapi Sal tak pernah tengok pula isi dalamnya," jawab Salina lalu pergi ke kotak itu dan membukanya. Dia melihat beberapa pucuk surat dalam bahasa Cina dan beberapa keping lukisan. Dia mengeluarkan sekeping dengan berhati-hati. "Mama mari tengok ni. Ini Sara ni," panggil Salina kepada ibunya. Mamatok tersenyum melihat lukisan hitam putih tetapi saling tak tumpah seperti cucunya. 

"Ini pasti si Shuib yang melukisnya," tambah mamatok. Dalam mereka mengagumi lukisan itu, tiba-tiba lukisan itu terbakar dengan sendirinya. Dua wanita warga emas itu merasa begitu terkejut dan menjerit apabila kertas itu terbakar dengan sendirinya.

"Mama apakah maksudnya ini? Adakah Sara dalam bahaya?" tanya Salina keresahan. Mamatok hanya menggelengkan kepalanya kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjawab pertanyaan itu. 

"Mungkin juga tidak. Cuba Sal tengok surat-surat tu, masih elok tidak terbakar. Jangan risau sangatlah. Lagipun kertas ini beratus tahun. Mana tahu memang jenis suka terbakar ke," bilang mamatok. Salina memandang ibunya sambil berkerut dahinya. "Pasal apa kau melihat aku begitu?"tanya mamatok.

"Kertas terbakar dengan sendiri? Mama ini bukan Mission Impossible selepas menerima misi kertas itu musnah sendiri!"balas Salina. Kata-kata Salina itu menjemput ketawa mamatok.  
Setelah tawanya reda, dia tersenyap seketika.

"Mama yakin Sara selamat. Kita berdoa sahaja," ucap Mamatok perlahan. Salina memeluk bahu wanita bertubuh kecil itu.

"Amin yrb," sambut Salina. "Jom mak kita makan, Sal laparlah," ajak Salina mengubah topik. Terlalu memikirkan akan membuatkan dirinya menjadi terlalu panik. Mereka beriringan ke dapur.

Api sungguh cepat merebak di kamar itu. Ah Chan yang baru sahaja membawa segelas lemon suam terkejut dengan kejadian itu. Dia membuang dulang yang berisi air itu dan terus berlari ke pintu bilik bacaan.

"Xiaojie! Xiaojie!" jerit Ah Chan. Suasana menjadi bertambah rumit apabila hamba-hamba di rumah itu datang untuk memadam api yang sedang marak. 

"Shuang er!" panggil Shu Wu JI yang dipapah oleh Zhao Ying dan Lee Min. "Ah Chan selamatkan Xiaojie!" 

"Noh!" balas Ah Chan. Dengan sepantas kilat Ah Chan menerjah pintu bilik bacaan itu. Dia menjerit memanggil Sara. "Xiao jie!Xiao Jie!"

"Ah Chan, panggil Sara terbatuk-batuk. Mari sini," panggil Sara yang sudah menyandang beg dan kini cuba mengambil buku-buku lejer di atas almari.

"Xiaojie biarkan sahaja! Nyawa lagi penting!" jerit Ah Chan sambil memeriksa keadaan bumbung. Sara melompat dan dapat mengambil kesemua buku lejer di atas almari. Dengan asap yang kian menebal, Sara hampir kelemasan. Ah Chan menarik Sara dengan pantas keluar dari bilik bacaan itu. Sebaik saja mereka berlari keluar ke seluruh bilik itu ranap menjadi abu.

"Shuang er!" panggil Shu Wu JI terbatuk-batuk. Sara mendapatkan Shu Wu JI . Shu Wu JI memeluknya erat sambil menangis.

"Wo mei shi, wo mei shi," ucap Sara terbatuk-batuk mukanya penuh dengan jelaga. Dia menepuk-nepuk belakang Shu Wu JI. Shu Wu JI meleraikan dakapannya.

"Betul kau tak apa-apa?"tanya Shu Wu JI melihat-lihat tubuh Sara.

"Wo mei shi!" jawab Sara. Shu Wu JI menoleh kepada Ah Chan yang masih terbatuk-batuk di sisinya. 

"Ah Chan kenapa-"belum sudah dia menghabiskan ayatnya, Sara jatuh pengsan. "Shuang er!" Shu Wu Ji cuba mengangkat tubuh Sara tetapi tubuhnya sendiri sudah terlalu lemah.

"Zhao YIng, Lee Min, angkat xiaojie bawa ke bilik utama," kata Shu Wu JI. Kedua mereka menopang kiri dan kanan Sara dan membawa Sara ke bilik utama. "Ah Chan kamu ikut aku ke bilik."

"Tapi kebakaran ini?"tanya Ah Chan masih terbatuk-batuk.

"Sudah tinggal abu, esok sahaja. Mujurlah Bilik ini tidak bersambung dengan bilik-bilik yang lain," ucap Shu Wu JI kelegaan. "Kau pergi panggilkan taiyi sekarang," tunjuk Shu Wu JI kepada seorang hamba lelaki di hadapannya. Lelaki muda itu berlari mendapatkan tabib untuk Sara. "Ah Chan bantu aku berjalan ke bilik," pinta Shu Wu JI. Ah Chan mengangguk dan membantu Shu Wu JI berjalan perlahan-lahan ke biliknya. Hiruk-pikuk hamba-hamba memadamkan api masih kedengaran namun hati Shu Wu JI hanya memikirkan siapakah pengkhianat yang sanggup mengorbankan wanita kesayangannya. "Selepas berjumpa tabib kau rehatlah," kata Shu Wu JI ketika hampir dengan bilik utama. 

"Tapi xiaojie mahu berjumpa Pipit esok, Daren," beritahu Ah Chan yang sudah seperti kuali mukanya penuh hitam-hitam. Shu Wu JI memandangnya dan tak boleh menahan tawanya. "Kenapa Daren ketawa?"tanya Ah Chan. 

"Esok aku akan naikkan gaji kau dan pangkat kau di rumah ini," jawab Shu Wu JI

"Mana boleh," bantah Ah Chan.

"Kenapa tidak boleh?"tanya Shu Wu JI kehairanan.

"Hanya Zheng Xiaojie yang boleh berbuat demikian," jawab Ah Chan. Shu Wu Ji menggelengkan kepalanya. Nampaknya dia sudah tidak berkuasa di rumah yang seumpama istana kecil ini. 

"Esok, jalankan siasatan segera. Sekiranya pengkhianat itu berada di rumah ini, aku takkan teragak-agak membunuhnya," suruh Shu Wu JI serius.

"Baik," jawab Ah Chan. Mereka sudah sampai ke bilik utama, dan Xiao Mi dan Xiao Jun diminta untuk membantu Sara.

Woo Wei Yong merasa sangat hairan melihat hamba-hamba berlarian dari dapur ke hadapan.

"Apa yang telah terjadi ni?"tanya Wei Yong meninjau-ninjau di tingkap.

"Young er, ini air dan sedikit biskut," jawab Zhen gugu berlagak seperti tidak mengetahui apa-apa.

"Apa yang sedang terjadi ni gugu?"tanya Wei Young masih melihat amukan di luar.

"Bilik bacaan katanya terbakar Young er. Gugu tidaklah pergi melihatnya kerana tidak mahu ambil tahu," bicara Zhen gugu. 

"Teruk ke kebakaran itu?" tanya Wei Young sambil melangkah ke meja makan. Zhen gugu mengangkat bahunya. "Harap-harap tiada yang terkorban," bisik Woo Wei Young. "Mari makan bersama gugu," Wei Young mengajak Zhen Gugu tanpa mengesyaki apa-apa.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang