64

132 26 0
                                    

Li Yang Jian mengambil tempat di anjung dan duduk di tempat strategik yang boleh melihat pintu kota dengan jelas. Dia meninjau sekeliling mencari kelibat Zheng Shuang.

"Hou ye,"tegur Zhu Wu menunjuk ke arah Sara yang ditemani oleh Pipit, Andy,Ma Shang Wu, Soo Li dan Soo Mi. Shu Wu Ji menanti dengan Ah Chan dan beberapa pengawal di pintu kota. Sara melambai kepada Shu Wu Ji dari jauh.

"Ah Wu, ada kekecohan di kediaman kita?"tanya Sara seperti berbisik. Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya. Sara mengangguk lemah. Shu Wu Ji turun dari kudanya dan pergi ke arah Sara. Mereka semua menunduk hormat kepada Shu Wu Ji. "Zhangfu daren,"sapa Sara ceria.

"Adakah kau bersedia Shuang er?"tanya Shu Wu Ji. Sara hanya tersenyum mendatar. Shu Wu Ji memberikan lengannya untuk dipegang oleh Sara. Sara berjalan di sisi Shu Wu Ji menuju ke pintu kota. Orang ramai sudah berkumpul melihat kejadian yang mengerikan itu walaupun itu bukanlah pertama kali kejadian seumpama itu terjadi. Perhatiannya dicuri oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun berpakaian compang-camping sedang menangis perlahan sambil memandang kepada mayat yang tergantung di pintu kota itu. Pakaian mayat itu nampak mahal tetapi wajahnya terlalu sukar dicam kerana calar-balar dan kecederaan. Shu Wu Ji melihat reaksi Sara di sisinya.

"Who the heck is that?!"bisiknya kepada Andrew dan Ma Shang Wu yang berdiri rapat dengannya. Mereka memandang kepada Sara.

"Apa di fikiranmu Shuang er?"tanya Shu Wu Ji.

"Aku rasa ada orang merasa dia lebih bijak dari kita,"bisik Sara sambil melihat anak kecil yang dari tadi duduk dan menangis. "Ah Wu," panggil Sara. "Kau uruskan budak yang sedang menangis itu. Mengikut perkiraan aku, itu ibunya,"kata Sara kepada Ma Shang Wu.

"Apa yang Xiaojie mahu Ah Wu lakukan?"

"Bawa dia ke kediaman keluarga Zheng. Beri dia makan dan pakaian baru. Tunggu aku di sana."

"Apa yang membuatkan kau pasti itu bukan orangnya?"tanya Shu Wu Ji.

"Kau tengok pakaiannya mungkin mahal tapi logik tak, sedikit perhiasan pun tiada?Tengok, walaupun nampak seperti bangsawan tengok kukunya."

Shu Wu Ji tersenyum.

"Penilaian yang bijak,"puji Shu Wu Ji.

"Lagipun there is no alibi. Ok, takpa. Setinggi-tinggi tupai melompat akan jatuh je tanah jua,"balas Sara. Sara tidaklah terlalu terkejut kerana penipuan itu tetapi dia kagum pihak berlawanan menganggap dirinya senang ditipu. "Pipit, adakah kau telah menanda semua tael-tael emas itu?"

"Sudah Cempaka."

"Aku menambah tael perak sebanyak 300 lagi."

"Kenapa kita menambah?"

"Untuk mendapat menangkap jerung mampukah hanya udang menjadi umpannya?"balas Sara. "Tael emas susah hendak membelanjakannya.Kalau perak-"

"Senang dijejak,"sambung Pipit.

"Pandai. Sudahlah kita membuang masa di sini."

"Kita minum dulu?"ajak Shu Wu Ji.

"Ternyata kau dapat membaca fikiranku, Wu Ji." Mereka bergerak masuk ke kedai makan berhampiran. Li Yang Jian dan Zhu Wu mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Soo Mi terjatuh di tangga. "Soo Mi! Ni okay ma?"jerit Sara. Li Yang Jian dan Zhu Wu yang berada di hujung tangga terpaku. Sudah lama mereka tidak mendengar perkataan itu. Hanya Mo Li Hua yang suka menuturkannya. Zhu Wu memandang tuannya yang terkejut.

"Soo Mi okay Xiaojie."

"Ni, ah. Kalau jalan tu elok sikit boleh. Ini kalau jatuh siapa nak angkat? Liu Li?"kata Sara bergurau sambil memandang Andrew. Pipit dan Shu Wu Ji tergelak mendengar gurauan itu. 'Li Hua...mana mungkin?'tegur Li Yang Jian.

"Zheng Xiaojie,"sapa Li Yang Jian mengejutkan Sara.

"Hou ye,"tegur Shu Wu Ji dan Pipit memberi hormat.

"Hou ye. Sudah habis makan?"tanya Sara bersahaja. Shu Wu Ji memandangnya tajam. Sara menunduk hormat setelah ditegur dalam.diam oleh Shu Wu Ji.

"Sebenarnya saya ingin mempelawa semua di sini menikmati teh dan juadah."

"Sebenarnya kami mengubah fikiran. Lagipun kaki Soo Mi perlukan perhatian tabib. Kami minta diri,"balas Sara menunduk hormat. Shu Wu Ji dan Pipit tanpa membantah mengikut sahaja apa yang dibuat oleh Sara.

"Zheng xiaojie,"panggil Li Yang Jian menahan Sara dari berlalu. Sara menoleh kepada Li Yang Jian. "Dengar kata hendak melangsungkan perkahwinan dengan Shu Daren."

"Itu adalah benar.Kalau Hou ye tidak keberatan kami ingin menjemput Hou Ye dan Yuan Nyang ke majlis kami nanti."

Li Yang Jia tersenyum pahit.

"Sudah tentu kami akan menghadirkan diri."

"Na, Zheng Shuang kow tuey,"balas Sara sambil.berlalu
'Tak habis-habis kau ya!'herdik Sara dalam hati. "Wu Ji, temankan aku ke kedai sutera."

"Sudah tentu,"balas Shu Wu Ji sambil menoleh ke belakang melihat Li Yang Jian tersenyum sendiri.'Kenapa Shuang er ke mana sahaja kau pergi tentu akan menjemput masalah,'desis hati Shu Wu Ji. "Ah Chan,"panggil Shu Wu Ji.

"Ya Daren."

"Gandakan pengawal untuk Zheng Xiaojie dan Liu Li."

"Perlu ke?"tanya Sara di sebelah Shu Wu Ji.

"Perlu!"jawab Shu Wu Ji dan Andrew serentak.

"Takkan kau tak boleh tengok gaya Li Yang Jian tadi?"tanya Andrew.

"Gaya? Gaya apa?"usik Sara.

"Shu Furen,"tegur Shu Wu Ji.

"Ya Zhangfu Daren,"jawab Sara.

"Serius sikit boleh. Ini soal keselamatan kau,"nasihat Shu Wu Ji. Sara memberhentikan langkahnya tiba-tiba.

"Aku faham. Tentang Li Yang Jian dia tidak akan apa-apakan aku. Percayalah. Yang perlu kita bimbang ialah musuh dalam selimut yang susah hendak dibuktikan kesalahannya."

"Kau percayakan aku tak?"tanya Shu Wu Ji.

"Dengan nyawaku,"jawab Sara. Shu Wu Ji yang serius tadi menyembunyikan senyumannya. Dia mencubit pipi Sara sekuatnya.

"Mulut manis sungguh!"kata Shu Wu Ji selepas mencubit. Sara mengurut pipinya yang terasa sakit.

"Kita di khalayak ramai. Tolong jaga imej aku,"tegur Sara.

"Satu Nanjing tahu kita akan berkahwin minggu depan,"balas Shu Wu Ji meneruskan langkahnya. Sara memandang Pipit dan Andrew.

"Apa maknanya tu?"

"Cempaka sudah berpunya,"jawab Pipit. Sara memandang Andrew. Tiada perubahan ekspresi.

"Kau marahkan aku kan Andy?"bisik Sara. Andrew hanya menjeling kepadanya dan meninggalkan dia di situ bersama Pipit, Soo Mi dan Soo Li. Sara menggapai kedua tangannya ke udara. Li Yang Jian memerhatikannya dari jauh.

"Zhu Wu apa yang telah kau siasat tentang Zheng Shuang?"

"Zheng Xiaojie menuntut pengajian di luar Da Ming."

"Apa maksud kau?"

"Zheng gonggong menghantarkan belajar ke tanah asing."

"Dia pulang kenapa?"

"Menguruskan perniagaan dan mengahwini Shu Wu Ji."

"Zheng gonggong mengambil begitu ramai anak angkat tetapi semua berperangai sama. Itu yang membuatkan aku sedikit pelik. Marilah kita pulang,"ajak Li Yang Jian.



Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now