58

133 26 0
                                    

Sara bersama Shu Wu Ji dan Andrew memasuki dewan makan rasmi yang besar yang telah dihias dengan cantik oleh Woo Wei Young. Zhen Gugu yang kelihatan sibuk mengendalikan hamba-hamba menjadikan meja hidangan penuh dengan makanan. Sara memerhatikan tempat itu dan dia begitu merindui Zheng gonggong yang sentiasa melindunginya biarpun sekarang dia telah tiada. Shu Wu Ji menoleh kepada Sara dan melihat ekspresi wajah Sara yang sebetulnya dia amat mengerti. 

"Zheng Xiaojie, silakan," pelawa Woo Wei Young. Yi er telah pun berada di situ. Walaupun hari yang amat buruk bagi Yi er tetapi dia juga begitu bahagia dapat bercakap dengan lebih rapat dengan penyelamat nyawanya.  Shu Wu JI memimpin Sara mengikutinya tanpa mempedulikan sesiapa di situ. Andrew pula memegang tangan Sara yang sebelah lagi. Sara menarik nafas panjang menahan kesabaran. Kedua lelaki ini menyayanginya dan keduanya mempunyai tempat yang istimewa di hati Sara. Tapi! 'Ada apa dengan cinta kalau ianya menyakitkan hati!'jerit Sara sendiri dalam fikirannya. Sara menghentikan langkahnya dan membuatkan Shu Wu JI dan Andrew terkejut. Sara melepaskan tangannya daripada Shu Wu JI dan dia memandang Andrew. Andrew tahu Sara sedang memendam kegeraman kerana campur tangannya ketika dia bersama Shu Wu JI. 

"Aku takkan lepaskan kau," Andrew berbisik ke telinga Sara dan baru sahaja dia ingin menjauhkan wajahnya dari Sara, Sara menahannya dari berbuat demikian.

"You already did. Dan kalau kau terus begini, aku takkan bercakap dengan kau lagi," kata Sara membalas bisikan Andrew.  Andrew merasa teramat kecewa kerana Sara sudahpun memberi kata putus yang dia memilih Shu Wu JI pada ketika itu.  Andrew menarik wajahnya dan menjauhkan dirinya daripada Sara. 

"Shu Daren, Jie, LIu LI merasa penat. Liu LI minta diri dulu," ucap Andrew menunduk hormat. Ma Shang Wu, Soo Li dan Soo Mi dapat meneka yang pertelingkahan senyap antara Liu LI dan Zheng Shuang sudah tidak boleh disorok lagi.

"Jie akan hantar makanan ke bilikmu, berehatlah," balas Sara lalu mengisyaratkan Soo Mi mengikut Liu LI keluar. Shu Wu JI merasa terharu kerana dia kini lebih yakin yang Sara atau Shuang er sudahpun membuat pilihannya. Dia menghulurkan tangannya kepada Sara dan Sara mengambilnya. Woo Wei Young dan Zhen gugu melihat drama sebabak dengan bungkam di hatinya. Shu Wu JI membawa Sara duduk di kerusi utama dan dia di sebelahnya. "Silakan duduk semuanya," jemput Sara. Zhen gugu mendengus kerana yang membuat majlis itu ialah Woo Wei YOung tetapi sudah seperti Sara yang menjadi hos ketika itu. Sara menjeling kepada Zhen gugu. Selepas bersua dengan Li Yang  Jian dan melihat Zhu Wu mengintipnya tadi, segala kenangan pahit bersama keluarga itu seperti melekat di fikirannya dan ia membuatkan dia merasa ingin memukul seseorang!

Woo Wei Young berdiri dan mengucapkan selamat datang kepada Sara, dia menghulurkan secawan teh kepadanya. Sara berdiri dan mengambil cawan teh itu. 

"Terima kasih Woo Xiaojie," ucap Sara. "Marilah kita mulakan makan malam, saya pun kelaparan ni," pelawa Sara tersenyum.

"Woo Xiaojie telah bertungkus lumus, menyediakan semuanya pada malam ini," sampuk Zhen gugu. Sara menoleh kepada Zhen gugu. Dia masih menunggu apalagi yang akan diperkatakan oleh Zhen gugu kerana mood dia malam ini, silap haribulan ada yang akan menerima natijahnya. "Zheng xiaojie baru sahaja sampai ke mari -"

Sara bangun mengejutkan semua orang.

"Apa yang Zhen gugu cuba sampaikan ini? Boleh tolong cepat sikit?"cabar Sara. Dia bukanlah orang yang bermuka-muka. Kalau dia kata dia tak suka, tak perlu hendak berpura-pura suka. Itu prinsip Sara. Shu Wu Ji menarik nafas berhati-hati sambil memandang Sara dan semua yang ada di situ.

"Eer Shuang er, Zhen gugu tidak maksudkan apa-apa, duduklah," pujuk Woo Wei Young. 

"Kau diam!" tegas Sara. Woo Wei Young terkejut dengan nada keras Sara dan Zhen gugu menjadi semakin tidak puas hati.Yi er merasa tidak senang duduk melihat ibunya dan Zhen gugu yang mencabar kesabaran Sara.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now