38

163 26 0
                                    

Shu Wu ji dan rombongannya meneruskan perjalanan ke Nanjing setelah berjaya menghapuskan pembunuh-pembunuh upahan yang cuba membunuh Sara. Tiba-tiba dia melihat salah seorang tenteranya bergegas menunggang ke arahnya. Sampai di hadapan Shu Wu JI, dia terus terjun dari kuda dan berlutut.

"Saya bawa laporan Daren,"ucap tentera itu.

"Silakan," balas Shu Wu Ji.

"Zheng xiaojie, Ma Shang Wu dan Liu Li sudahpun sampai ke Nanjing," beritahu tentera itu.

"Mereka sampai dengan selamat?"tanya Shu Wu JI.

"Ya, Daren cuma baru sebentar tadi, Zheng Xiaojie terlibat dalam kemalangan," jawab tentera itu lagi.

"Kemalangan?!" tanya Shu Wu JI terkejut. Tentera itu memberitahu rentetan kejadian itu satu persatu. Ah Chan dalam melihat betapa panik wajah Shu Wu JI ketika itu. "Baiklah, Ah Chan kau ketuai rombongan ini. Aku hendak melihat keadaan Zheng Xiaojie sekarang,"beritahu Shu Wu Ji, Dia mengarahkan tentera itu untuk mengikutnya bersama. Tanpa berlengah dia memacu kudanya sekuat mungkin. Hatinya rawan mengenangkan kejadian yang menimpa Zheng Shuang atau Sara. 'Dari tiba bersama Zheng gonggong kau tak habis-habis membuat masalah Sara,'komen dalam hatinya. Tiada apa yang dalam fikirannya kini hanyalah mahu pergi kepada Sara secepat mungkin.

Sara yang telah dirawat oleh Ma Shang Wu melihat balutan yang kemas di kedua tapak tangannya. 

"Ah Wu, nasiblah aku tak mencari jodoh. Kalau tidak dengan tangan sebegini aku akan hilang banyak hantaran perkahwinan," kata Sara melihat tangannya. Ma Shang terketawa kecil. 

"It is time to change our outfit, Shuang er," bicara Ma Shang Wu. Sara mengangguk dan memandang Andrew yang asyik melihat keluar tingkap.

"Apa tengok-tengok?"sergah Andrew. Sara menggelengkan kepalanya. Dia tidak tahu yang Andrew ada sisi begini .

"Kau ingat aku suka tengok kau,hah?"sambut Sara. Ma Shang Wu terasa rambutnya menegak kerana nada suara kedua-dua bekas suami isteri boleh menjadi mukadimah perbalahan.

"Aku tahu aku punya wajah yang segak," balas Andrew. Sara melihat Andrew dan memandang Ma Shang Wu. 

"Duibuqi. Kau tengok Dr Ma 'ni. Kulit semulus bayi, mata seperti badam, hidungnya mancung, bibirnya merah jambu. Kau? Mata sepet, hidung taklah mancung sangat. Perangai macam budak-budak. Segak? Ni feng le?"kata Sara menyindir. Ma Shang Wu mengurut dahinya. Nampaknya mereka berdua ni seperti 'timebomb' bila-bila masa boleh meletup.

"And you think you're pretty?Tsk...."balas Andrew meninggikan suaranya.

"Tsk? I don't think....! I know," kata Sara mengibas rambutnya yang panjang. Andrew menjeling ke atas. 

"Shuang er, saya akan mengambil baju persalinan di bawah. Dr Tan, cakap Shuang er ada benarnya. It is better you disguise as a girl. Dr Tan boleh bersama Shuang er tanpa ada syak wasangka," kata Ma Shang Wu lembut. Andrew memandang Ma Shang Wu dan dia tahu Ma Shang Wu mahukan yang terbaik untuknya. "Lagipun Dr Tan tak ada masalah untuk misai tumbuh atau janggut."

"What are you really saying Dr Ma?"tanya Andrew jengkel.

"You are like in the a kpop group or something," jawab Ma Shang Wu. Sara menyimpan ketawa kerana Ma Shang Wu mengatakan muka Andrew seperti lelaki cantik aka seperti budak perempuan.

"I am 32."

"I am 28," balas Ma Shang Wu.

"And I am going to change my outfit. Ah Wu, boleh pergi sekarang. Untuk Andy ni, biarkan dia kalau dia nak jadi sida, just let him do what he wants," kata Sara sambil menuang teh ke cawannya. "Nah duit, belikan satu baju yang kilat-kilat mcam sida-sida suka pakai. And topi juga," arah Sara mengeluarkan beg duit dari pinggangnya. Ma Shang Wu pergi kepada Sara dan mengambil kantung duit tersebut.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now