73

151 24 9
                                    

"Ma gongzhi,kenapa-?"Mary cuba bertanya.

"Zheng xiaojie tentu akan berduka kalau Liu Li pulang begini. Kau jangan risau tengok tu...dia mungkin sudah menyesalinya,"jawab Ma Shang Wu. "Oh, jangan sesiapa pun masuk ke kediaman ini sebelum subuh,"kata Ma Shang Wu mengingatkan.

"Baik,gongzhi. Nubi meminta diri dulu."

Ma Shang Wu tersenyum sendiri. Dia pulang ke kamarnya meninggalkan Andrew keseorangan di bilik itu. Andy menarik nafas panjang. Hatinya penuh debaran. Dia mahu pulang menunaikan janjinya kepada Shu Wu Ji. Dia merasa amat menyesal kerana menurut kata hatinya.

"Bagaimana untuk aku kembali kepadamu, Da ge, Sara?"soalnya sendiri. "Maafkan aku Sara, Da ge,"ucapnya berkali. Matanya terasa berat dan dia tertidur di meja bacaan itu.

Sara pulang ke kediamannya bersama Shu Wu Ji, Pipit dan Yi er. Woo Wei Young dihantar jauh dari ibukota untuk mengelakkan sebarang khabar angin yang boleh merosakkan nama keluarga Shu dan keluarga Zheng. Ke segenap kediaman Shu dihias cantik. Kepulangan isteri rasmi disambut dengan penuh istiadat.

"Yi er,"tegur Sara ketika mereka ditinggalkan berdua di rumah utama. Yi er memandang Sara tersenyum.

"Jika furen mahu meminta maaf, lupakan saja,"balas Yi er. 'Furen,' panggilan itu seakan mengejutnya dari lamunan.

"Yi er, kau boleh memanggil aku Da Nyangzi, atau Yi Nyang dan jika kita bersendirian kau boleh memanggilku Shuang er."

Yi er terkejut dengan permintaan itu.

"Anggap saja kau boleh datang kepadaku ketika kau punya masalah seperti seorang yang lebih tua atau seorang kawan,"ucap Sara sambil menuang teh plum ke cawannya. Dia terus menikmati teh itu.

Yi er berlutut dan mengucapkan terima kasih.

"Bangun, Yi er,"arah Sara membantu Yi er berdiri.

"Perbuatan Nyang-"

"Sebagai seorang perempuan aku mengerti perasaan ibumu. Dan kau sebagai anak yang baik tidak patut menghakiminya."

"Yi er menerima nasihat itu. Tapi Yi er terasa malu."

"Aku sedikitpun tidak berdendam atau marahkan Woo Wei Young. Percayalah."

"Kenapa Da Nyangzi terlalu baik?"

Sara ketawa besar.

"Apa masalah kau ni,hah?"tanya Sara masih dalam ketawanya. "Kita satu keluarga. Baik buruk, kita mesti terima. Kau jangan risau, aku percaya ibumu akan lebih tenang menerima keadaan ini."

"Da Nyangzi, jika Da Nyangzi mahu kembali ke sini?"

"Aku akan biarkan Tiye menentukannya. Aku tak kisah kalau ibumu boleh menerima aku dalam keluarga ini."

Yi er tersenyum manis. Dia pergi ke meja dan menuangkan teh ke cawan Sara dan menghulurkan cawan itu kepada Sara tanda hormat. Sara menerimanya dengan baik.

"Yi er mengucapkan selamat pengantin baru dan selamat datang ke keluarga Shu,"ucapnya tenang. "Yi er minta diri dahulu."

"Pergilah berehat,"suruh Sara. Pipit masuk dengan membawa sebakul buah-buahan.

"Cempaka tak apa-apa?"tanya Piput meletakkan bakul itu di hadapannya. Sara memandang Pipit..

"Lain macam soalan kau Pipit,"uji Sara. Pipit berdehem. "Aku faham. Kau letakkan seorang dua mengawasi Yi er. Dan pada masa yang sama jaga keselamatannya."

"Shu furen, Soo Mi dan Soo Li sudah datang,"panggil sepasang kembar itu.

"Masuklah Soo Mi, Soo Li."

"Tuan Pipit,"sapa si kembar sambil memberi hormat.

"Ma Shang Wu ne?"tanya Sara.

"Wu ge menghantar Ah Li ke Qing An."

"Liu Li ke Qing An?"tanya Sara berdiri. 'Dia telah pergi?'tanya Sara dalam hatinya. "Bila mereka berangkat?"tanya Sara lagi.

"Hari ini sepatutnya Wu Ge telah tiba di sini,"jawab Soo Mi. Sara  menghela nafas sedalamnya. 'Aku di sini berseorangan. Ya, biarpun aku faham tindakan Andy tetapi hatiku goyah untuk berhadapan dengan semua ini sendiri,'desis hatinya lagi.

"Oh ya,Liu Li ada tinggalkan hadiah perkahwinan Shu Furen,"beritahu Soo Li dan dengan pantas dia pergi mengambilnya di luar.

Kotak kayu berukir cantik di letakkan di meja. Sara menyentuh kotak itu. Lama dia termenung di situ. Pipit, Soo Mi dan Soo Li memandang sesama sendiri.

"Soo Mi aku hendak mandi, Soo Li sediakan makanan aku kelaparan. Pit, ada sesuatu yang perlu aku bincangkan denganmu."

"Kami keluar dulu,"kata si kembar serentak. Sara terketawa kecil. Si kembar memang sehati sejiwa sentiasa bercakap serentak

"Zhou ba,"balas Sara.

"Apa yang Cempaka hendak bincangkan?"tanya Pipit.

"Dua perkara. Satu kita mesti ke Kunyang. Dua, aku perlukan maklumat seteruk manakah serangan lanun setakat ini?"

"Yang pertama Pipit mengerti tetapi yang kedua-"

"Shu wu Ji baru sahaja baik sakitnya aku risau jika tugasan maharaja kali ini akan membinasakan Shu Wu Ji."

"Kebelakangan ini, sejak mereka merompak senjata dari kapal asing mereka menjadi sungguh keterlaluan."

"Shu Daren berhadapan dengan satu pihak lawan yang besar atau berlainan puak?"

"Lanun ini diketuai oleh lanun matahari terbit."

"Matahari terbit?"tanya Sara. Berputar fikirannya mendengar cerita Pipit. 'Oh, Jepun,'bisik hati Sara.

"Sebahagian pelarian dari Kerajaan Yuan yang jatuh dan saki baki tentera Edo bersatu."

"Aku malas hendak tahu lebih lanjut kerana akan memeningkan kepala aku ini tapi Pit yang sebetulnya mereka masih manusia."

Pipit hanya memandang Sara.

"Kau tak faham bukan?"

Pipit menggelengkan kepalanya.

"Mereka masih manusia bermaksud masih mesti perlu makan dan keperluan. Hanya satu jalan untuk membantu Shu Daren."

"Apakah dia Cempaka?"

"Kita mesti merampas keperluan mereka tanpa diketahui oleh sesiapa pun."

"Termasuk maharaja?"

"Terutama maharaja. Dan kemudiannya Shu Daren."

"Apakah fikiran Cempaka?"

"Sebelum kita merancang serangan ada baiknya kita mengumpul apa yang perlu kita tahu Pipit."

"Jadi Cempaka mahu kita bergerak sekarang?"

"Untuk pengumpulan berita dan apa saja mengenai lanun-lanun ini jangan lebih daripada 20 orang. Cempaka mahu mereka ini mengintip tanpa mengambil sebarang tindakan. Kita mesti tahu apakah kelemahan mereka,"jawab Sara.

"Kelemahan apa?"tanya Shu Wu Ji yang melangkah masuk mengejutkan mereka berdua.

"Kelemahan Kedai Pajak yang asyik merugikan. Betulkan Pipit?"

Pipit memandang Cempaka dan melihat Shu Wu Ji yang menanti jawapannya. Pipit mengangguk. Dia tidak pandai berbohong lebih baik dia berdiam sahaja.

"Macam tu sekali?"

"Jika kedai sudah rugi, kita patut menutup sahaja perniagaan itu."

"Kita masih pengantin baru di fikiran furen sudah mengenang kerugian?"

Pipit bertukar pandangan dengan Sara lalu mengangguk serentak. Shu Wu Ji tersenyum. Di hati mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan penjelasan itu tetapi dia tidak akan memaksa apa-apa kerana dia pasti Sara sedang merancang sesuatu dan Pipit dengan setia akan mengikut sahaja arahan itu.

"Er, zhangfu daren, aku lapar. Nanti kita makan bersama?"ajak Sara menukar topik perbualan.

"Cadangan yang sangat baik."

"Daren, dan Shu Furen sila nikmati makan tengahari. Pipit ada sedikit hal hendak diselesaikan."

Pipit mengundurkan dirinya segera.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now