Ma Shang Wu dan Andrew datang bersama. Sara yang baru sahaja selesai mandi dan berpakaian nampak lebih bertenaga.
"Furen, Ah Wu dan Ah Li datang," sapa Ma Shang Wu dengan rasa hormat.
"Masuklah. Duduk,"balas Sara.
"Soo Mi pergi sediakan makan malam. Aku hendak berbincang dengan Ah Wu, Ah Li dan Tuan Pipit tanpa diganggu sebelum makan malam,"arah Sara lembut.
"Shi,Furen. Soo Mi minta diri dulu,"jawab Soo Mi dan terus berlalu.
"Ini kali kedua aku melihat kau begitu keletihan," ucap Andrew dengan resah di wajahnya. Sara tersenyum.
"Shi,me?"tanya Sara mengusik.
"Kau lupa bulan ke 6 perkahwinan kita kau pengsan semasa bertugas di konvensyen Asia?"balas Andrew mengingatkan. Senyuman Sara terus pudar. Ma Shang Wu yang tidak mengerti Bahasa Melayu hanya melihat Andrew berbicara.
"Kenapa kau ingatkan aku tentang itu?"tanya Sara. Andrew merenung Sara tanpa bicara. Sara terpempan. Waktu itu doktor mengesahkan dia mengandung 11 minggu sebelum mengumumkan dia keguguran minggu selepasnya. Sara mengambil nafas panjang. Ma Shang Wu seakan mengerti akan perbualan itu.
"Furen, bilakah kali terakhir dia datang?"
"Dia?"tanya Sara dalam kemamaian.
"Ni taiyi ma...(datang bulan)?"
"Ah...." Balas Sara. Dia mengurut lehernya yang terasa tegang. Mana mungkin secepat itu.
"Sebelum hari pernikahanmu, kau baru saja suci bukan?"tanya Andrew. Pertanyaan demi pertanyaan Andrew membuatkan hatinya resah. Sara mengurut dahinya sendiri.
"Benda yang tidak pasti tak perlu dispekulasi,"tegas Sara. Ma Shang Wu dan Andrew berpandangan sesama sendiri. Keduanya doktor berpengalaman sudah tentu mereka dapat membuat diagnosis yang bersesuaian.
"Tiada seorang pun yang mesti tahu tentang ini-""Walaupun Pipit, Cempaka?"sapa Pipit ketika melangkah. Dia melutut dia hadapan Sara dan mengangkat hormat. Sara bangun dari duduknya dan pergi membantu Pipit berdiri.
"Aku-aku minta maaf. Bukan aku tak percayakan kau Pipit. Mengenali keperibadian kau, kau takkan menyokong rancangan menamatkan perang ini."
"Jika Cempaka tidak mahu berita ini diketahui oleh sesiapapun. Rahsia ini akan mati bersama Pipit,"kata Pipit perlahan.
"Aku tahu. Rahsiakan ini sampai rancangan kita ini selesai-" sebelum Sara sempat menyudahkan ayatnya satu anak panah meluru ke tiang bersama sekeping nota kecil. Itu mengejutkan semua yang ada di situ. Pipit dan Ma Shang Wu menerjah keluar untuk mengejar pengintip itu. "Ah Wu, Pipit masuk!"jerit Sara dari dalam. Baru sahaja Sara ingin menyentuh anak panah yang terlekat di tiang dia ditahan oleh Pipit.
"Tunggu Cempaka, biar sahaja Pipit yang mengambilnya. Pipit takut anak panah ini beracun,"jelas Pipit sambil menarik anak panah itu perlahan. Dia mengambil nota itu dan diberikan kepada Andrew. Andrew cepat membukanya. Dia terkejut dengan isi kandungan nota itu. Ma Shang Wu mendekatinya dan membaca nota itu.
"Li Yang Jian sedang melaksanakan rancangannya?"teka Sara. Mereka bertiga mengangguk. "Bila?"
"Malam ini di atas kapal,"jawab mereka serentak.
"Ada spy rupanya atas kapal Shu Wu Ji,"ucap Sara perlahan.
"Kalau di darat senanglah kita untuk mematahkan serangan. Tapi kapal itu sudahpun belayar Cempaka,"tegur Pipit. Sara hanya mendiamkan dirinya. Dia merasakan dia dalam permainan catur dan dia baru saja akan di-checkmate oleh Li Yang Jian. Sara kembali duduk.
"Nak teh,"katanya. Ma Shang Eu dengan pantas menuangkan teh panas untuk Sara. Dia meminumnya tanpa suara.
"What-"baru Ma Shang Wu hendak bersuara tetapi Andrew mengisyaratkan supaya Ma Shang Wu biarkan Sara berfikir.
"Mari kita semua duduk dahulu,"cadang Andrew. Ma Shang Wu dan Pipit menerima sahaja cadangan itu.
"Shu Furen, makan malam sudah boleh dihidangkan,"panggil Soo Mi dan Soo Li dari luar. Sara mengangguk dan Ma Shang Wu menyuruh mereka masuk menghidangkan makanan. Mereka menikmati hidangan dalam suasana yang agak suram. Soo Mi dan Soo Li berpandangan sesama sendiri.
"Amaran tadi kalau tidak silap aku datang dari Zhu Wu,"kata Sara memecah hening bilik itu.
"Benda yang tak pasti tak perlu dispekulasikan,"sampuk Andrew. Sara membaling penyepit makanan kepada Andrew dan dia sempat mengelak. Pipit tersenyum. Cik mudanya sudah kembali.
"Since tak mungkin kita dapat menaiki kapal Shu Wu Ji kita mesti pergi kepada orang yang mengarahkan pembunuhan ini,"kata Sara lagi berfikir-fikir.
"Maksud Sara?"tanya Andrew.
"Pit, aku nak kau pergi pastikan di mana Li Yang Jian."
"Kau gila?"bentak Andrew. "Dia tu bahaya!"
"Andy, this is the only way,"pujuk Sara.
"Apa plan kau?"tanya Andrew.
"Aku akan gunakan diri aku sebagai umpan."
"Aku tak setuju!"bentak Andrew.
"Ah Wu pun bersependapat dengan Ah Li."
Sara memandang Pipit.
"Pipit ikut Cik muda ke mana saja,"kata Pipit. Sara tersenyum.
"Aku tahu kau juga bimbang bukan?"usik Sara kepada Pipit.
"Pipit akan pastikan Cik Muda selamat walau Pipit akan-"
"Oh, shut up Pipit. Kau ingat ini hari raya korban kau nak korban-korbankan!"usik Sara. "Aku beri amaran kepada kau Pipit, aku takkan izinkan kau membahayakan nyawa kau untuk aku. Kau dengar tu!"
"Tapi Cik Muda-"
"Berjanji dengan aku Pit."
Pipit mendiamkan dirinya.
"Pit-"
"Pipit berjanji, cik muda."
"Sekarang tolong aku pastikan di mana Li Yang Jian secepat mungkin. Nyawa Shu daren dalam bahaya,"tegas Sara.
"Pipit pergi sekarang,"kata Pipit melangkah pergi. Sara menggeliat untuk meleraikan ketegangan ototnya.
"Shuang er, apa rancangan Shuang er sebenarnya?"tanya Ma Shang Wu.
"Ah Wu pergi ke farmasi zheng. Dapatkan ubat tidur paling kuat."
"Kau nak buat apa dengan ubat itu?"tanya Andrew.
"Chill, boleh?"balas Sara. "Aku akan berikan ubat itu dan buat Li Yang Jian percaya itu adalah racun."
"Maksud kau?"
"Aku akan berjumpa dengan Li Yang Jian dan aku pastikan dia mengambil ubat itu dan buat dia percaya dia diracun. Selagi dia tak menarik balik perintah membunuh Wu Ji, dia boleh mati,gitu..."jawab Sara.
"Kau senyap tadi kau fikirkan rancangan ini?"tanya Andrew. Ma Shang Wu tersenyum. Zheng gonggong tidak tersalah pilih anak angkatnya.
"Aku masih berdiplomasi dengan Li Yang Jian sampailah masanya kalau dia benar-benar dapat mencederakan Shu Wu Ji."
Ma Shang Wu dan Andrew menggelengkan kepala mereka melihat tenaga yang dipamerkan oleh Sara.
"Aku cuma harap ia tidak terlalu lewat,"ucap Sara perlahan.
"Shu Daren baik dan saksama orangnya. Dia akan dilindungi oleh tuhan,"kata Ma Shang Wu. Sara tersenyum biar hatinya seperti ditusuk sembilu. "Ya Allah Maha Mengasihani, lindungilah suamiku di medan perang,'bisik hatinya.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Genç Kız EdebiyatıKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...