Perjalanan Sara dan Pipit sudah menjelang malam. Biarpun masih ramai menggunakan jalan, Sara mengambil keputusan untuk berehat di salah sebuah rumah tumpangan. Rumah tumpangan itu tidak berada terlalu jauh jadi Sara memperlahankan kelajuan kuda. Sepanjang perjalanan mereka dari tengahari tadi mereka hanya berhenti untuk memberi rehat kepada kuda-kuda mereka. Pipit yang Sara perasan dari tadi memerhatikan sekeliling tersenyum.
"Kenapa Cempaka tersenyum-senyum begitu?"
"Kau tu tak penat ke asyik berpaling ke belakang?"tanya Sara menepuk-nepuk kudanya. Dia menunggang kudanya agak santai ketika itu.
"Maafkan Pipit, Pipit rasa kita diekori,"jawab Pipit mengeluh.
"Sejak bila kau rasa kita diperhatikan?"tanya Sara menguji.
"Cempaka tak perasan ke kita diekori?"soal Pipit kembali.
"Kalau mereka orang jahat, di selekoh yang sunyi tadi kita telah diserang."
"Itu yang membuat Pipit hairan."
"Pit, itu bermakna mereka hanya memerhati."
"Pipit rasa-"
"Kau rasa orang siapa tu?"tanya Sara menguji. Pipit terdiam.
"Mengintip tapi tidak menyerang,,,"komen Pipit. Sara menggelengkan kepalanya.
"Itu adalah orang-orang Wu Ji,"beritahu Sara.
"Betulkah?"tanya Pipit semula. Sara mengangkat bahunya.
"Satu Wu Ji seorang yang perisau. Dua dia kan tak nak aku membuat kacau. Tiga,inilah caranya dia melindungi aku,"terang Sara.
"Shu Daren memberitahu Cempaka?"tanya PIpit. Sara tergelak mendengarkan kata-kata Pipit yang begitu naif.
"Kau takkan tak kenal Shu Wu JI. Dia kalau boleh tak nak aku tahu pun yang dia memerhatikan aku dari jauh,"komen Sara.
"Cempaka sungguh bertuah mempunyai suami seperti Daren," kata Pipit. 'Bertuah ke? Kadang aku rimas jugak Pipit oii,'desis hati Sara.
"Apa yang boleh aku katakan, jika aku seperti perempuan lain mungkin aku akan rasa sangat selamat. Hmm, aku nak berbicara lebih pun aku di persimpangan. Dari sudut lain aku terasa seperti dia tidak mempercayai aku dari sudut yang berbeza mungkin dia benar-benar mahu melindungi."
"Pipit, melihat dia jatuh sakit sebegitu teruk Cempaka. Daren, hanya memikirkan Cempaka. Itu PIpit pasti," balas PIpit. Sara menghela nafas panjang. Dia memahami niat Shu Wu JI dan dia amat berterima kasih kepada suaminya tetapi itulah sikap Shu Wu JI. Sangat berlainan dengan Andrew. Mungkin dilahirkan berlainan zaman membuatkan perbezaan antara dua lelaki itu begitu ketara. "Hah, kita dah sampai Cempaka," tunjuk Pipit ke sebuah kediaman yang agak sibuk dengan orang keluar masuk. "Tempat ni sangat terkenal untuk pengembara seperti kita Cempaka," kata Pipit lagi. Mereka masuk ke tempat itu untuk bermalam.
"Apa nama tempat ni?"tanya Sara.
"Rumah Wudan,"jawab Pipit.
"Kau selalu ke sini?"
"Tempat ini tidak mewah tetapi selamat dan cantik Cempaka. Nanti Cempaka boleh tengok sendiri. Pipit pasti Cempaka mesti sukakan tempat ini."
"Hei, Shu Gongzi,"tegur Sara. Pipit terpempan sebentar kerana terlupa mereka sedang menyamar.
"Shi, Shu Gongzi. Maafkan Pipit."
"Pit, lama juga kita berjalan. Sekarang dah dekat makan malam."
"Betul tu gongzi. Daerah ini bernama Wujing."
"Wujing?"
"Ya,di sini pertanian sebagai sumber sara hidup."
"Wah, bijak kau Pipit!"puji Sara. Pipit ketawa.
"Gongzi ada perniagaan di sini."
"Kita ada perniagaan apa?"
"Kedai ubat Gongzi. Tidak terlalu beruntung tetapi Zheng gonggong mewasiatkan tempat ini walau apapun tidak ditutup."
"Hmm...kau tahu sebabnya?"
"Di sini ramai golongan petani dan Zheng gonggong sebenarnya memberi balik kepada golongan yang miskin di sini."
Sara mengangguk perlahan. 'Jiaofu, Sara rindukan Jiaofu,'bisik hati Sara.
"Zhu wu!" Tempik Li Yang Jian. "Zhu Wu!"panggilnya sekali lagi. Berlari Zhu Wu masuk ke bilik bacaannya.
"Maafkan Zhu Wu, hou ye,"sembah Zhu Wu.
"Sudah masuk 3 hari ni. Kau dapat mencari Xiao Lian?"
"Dapat Hou Ye. Esok Xiao Lian akan dibawa ke mari."
Li Yang Jian tersenyum puas.
"Dini hari kita bertolak."
"Er..hou ye..esok harijadi Da Nyang Zi."
Li Yang Jian terdiam. Fikirannya hanya memikirkan Zheng Shuang dia terlupa esok ada acara di kediaman itu.
"Baik, kita bertolak lusa,"kata Li Yang Jian. Zhu Wu mengangkat hormat dan hatinya gembira kerana dapat melengahkan perjalanan mereka.
Ma Shang Wu dan Andrew sudahpun berada di luar kediaman Zheng bersama 20 orang berkuda yang lain termasuk Soo Li dan Soo Mi.
"Shu Furen mana?"tanya Andrew meninjau-ninjau.
"Furen sudah pun berada dalam kereta kuda, Ah Li."
"Marilah bertolak sekarang,"ajak Andrew. Tiga hari ini, Sara langsung tidak berjumpa dengannya. Semua atas alasan kesibukan.
"Nah ini surat dari Shu Furen,"kata Ma Shang wu memberikan sepucuk surat.
"Gelap ni macamana nak baca?"
"Kita tunggu matahari naik."
"Baik. Ayuhlah." Tanpa berlengah mereka memulakan perjalanan.
"Zhu Wu, Xiao Lian di mana?"bisik Li Yang Jian ketika kediaman itu penuh dengan tetamu.
"Maklumat terbaru, Xiao Lian dibawa suaminya ke Wujing."
Li Yang Jian mengetap bibirnya menahan kemarahan.
"Bukan kau berjanji akan bawa dia ke mari sebelum kita ke Kunyang?"
"Hou ye. Zhu Wu telah pun bertemu dengannya semalam dan pada masa itu suaminya mengheret dia masuk ke kereta kuda. Tak sempat Zhu Wu menghalangnya."
"Mengheret?!"tanya Li Yang Jian kembali. Zhu Wu mengangguk.
"Suami Xiao Lian berhutang judi dan dia membayar kepada saudagar yang dia berhutang itu-"
"Dengan menjual Xiao Lian?"sambung Li Yang Jian. Zhu Wu mengiyakan. Li Yang Jian mengurut dahinya. Punah impiannya mahu menggunakan Xiao Lian sebagai umpan mendapatkan Mo Li Hua atau Zheng Shuang kembali.
"Hou ye,"sapa Yuan Yuan tersenyum manis. "Kenapa ni? Yuan Yuan nampak Hou Ye macam tidak sihat."
"Yuan Yuan, banyak hal yang mesti aku selesaikan. Aku perlu bertolak ke Kunyang selepas majlis ini."
"Tapi Hou Ye-"
"Baiklah kau tentu merisaukan keselamatan aku bertolak malam bukan?"tanya Li Yang Jian. Yuan Yuan memandang pembantunya dan mengangguk kecil. "Kalau begitu aku bertolak sekarang."
"Hou ye-" Yuan Yuan cuba menghalang.
"Zhu Wu. mari!"arah Li Yang Jian berlalu dari situ. Yuan Yuan yang terpinga-pinga di situ terpaksa melepaskan suaminya pergi.
"Da Nyang.."bisik pembantunya.
"Tak apa, acara ini akan berjalan seperti yang dirancang,"kata Yuan Yuan perlahan.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ЧиклитKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...