46

136 23 0
                                    

Li Ren bergegas ke kediaman Yi er yang berada 15 minit dari dapur. Itu menunjukkan betapa besarnya kediaman Zheng gonggong. Yi er yang sedang membaca di meja terus mendapatkan Li Ren.

"Bagaimana? Ada maklumat daripada Soo LI dan Soo Mi?"tanya Yi er. LI Ren menggelengkan kepalanya. "Habis tu yang kau nampak begini tergesa-gesa kenapa?"

"Soo Li dan Soo Mi tidak memberikan apa-apa walaupun LI Ren bertanya," jawab LI Ren.

"Habis tu?"

"Liu jiangjun memberitahu Li Ren yang Zheng Xiaojie menjemput Xiaoye untuk makan malam bersamanya esok," balas LI Ren teruja untuk tuannya. Terbeliak mata Yi er mendengarkan pesanan itu. Dia merasa lega kerana tiada yang buruk telah terjadi kepada Sara. "Xiaoye, Li Ren tadi terlepas untuk mengalu-alukan kedatangan Zheng Xiaojie. Bagaimanakah rupa Zheng Xiaojie ini, xiaoye?"tanya Li Ren dengan penuh naif. Yi er tersenyum. 

"Dia, kamu akan tahu itu Zheng Xiaojie kerana tiada siapa di sini yang serupa dengannya," jawab Yi er ceria. LI Ren mengerutkan dahinya kerana apakah maksud sebenarnya kata-kata tuannya. "Tak perlu risau kalau kau terserempak dengan wanita muda yang lebih kurang dua tiga tahun lebih tua dari aku, bermata besar dan suka tersenyum itu adalah Zheng Xiaojie. Dengar khabarnya, Zheng Xiaojie ini bijak orangnya,"sambung Yi er. Li Ren berfikir-fikir. Mungkin esok malam dia akan ketemu Zheng Xiaojie yang menjadi bualan di kediaman ini. "Tadi Zhen gugu juga di sana bertanyakan Zheng Xiaojie," beritahu Li Ren. 

"Mungkin Gugu di situ bagi pihak Nyang,"balas Yi er. "Nyang telah banyak bersedia untuk upacara makan malam besar keluarga malam ini tapi kesihatan Zheng Xiaojie terjejas. Jadi mungkin Nyang juga merasa bimbang."

"Hmm...mungkin. Liu Jiangjun pun memberi sebab yang sama. Kesihatan Zheng Xiaojie terjejas kerana perjalanan yang jauh dari Qing An."

"Baiklah, aku hendak menyambung bacaan aku. Hati aku merasa lega kerana Zheng Xiaojie hanya keletihan dari perjalanan. Oh, ya! Nanti kau minta ketua dapur membuat teh mawar untuk mengembalikan kesegaran kepada Zheng Xiaojie," arah Yi er.

"Li Ren pergi sekarang," kata Li Ren memberi hormat dan terus pergi ke dapur.

Zhen Gugu masuk ke bilik besar Woo Wei Young bermasam muka. Dia datang bersama dayang-dayang membawa makan malam untuk Wei Young. 

"Letakkan di situ, kamu berdua boleh keluar sekarang," arah Zhen Gugu. Wei Young menggelengkan kepalanya. Sudah ramai dia mendengar ramai yang mengadu tentang sikap baran Zhen Gugu tetapi dia diamkan sahaja kerana Zhen Gugu ialah pengasuhnya sejak kecil dan selepas bersara dari istana dia datang semula menjaga Wei Young.

"Kenapa ni Gugu? Sejak kebelakangan 'ni Young er tengok Gugu asyik marah-marah," tanya Wei Young bergerak ke meja yang sudah terhidang makanan yang menyelerakan.

"Berani, perempuan yang tidak tahu dari mana itu membatalkan makan malam besar kerana keletihan! Young er, itu sangat biadap bagi Gugu."

"Gugu! Cakap 'tu perlahan sedikit. Didengar oleh Shu Daren, Gugu susah nanti," kata Wei Young memberi amaran. Dia mengambil penyepit makanan dan mengambil sayuran.

"Tunggu, biar Gugu yang letakkan," tahan Zhen Gugu. Dia menghampiri Wei Young dan menceduk semua lauk-lauk dan sayur di piring dan diletakkan di sisi Wei Young.

"Terima kasih Gugu. Gugu sangat mengambil berat kepada Young er," puji Wei Young menjaga hati Gugu. Zhen Gugu tersenyum.

"Gugu merasa terkilan sebab Young er dah banyak buat persediaan dan ikut sukahati dia membatalkan rancangan ini."

"Gugu, bukan dia yang membatalkan. Shu Daren," kata Wei Young membetulkan Zhen Gugu. Dia tahu Zhen Gugu merasa beban perasaannya dan Zhen Gugu hanya mahukan Shu Wu JI melayannya dengan lebih baik. Zhen Gugu mencemik.

"Dari Qing An ke sini, Gugu sudah nampak betapa Shu Daren berat sebelah," komplen Zhen Gugu. Wei Young menggelengkan kepalanya. Zhen Gugu takkan menghilangkan rasa tidak puas hatinya dengan Zheng Shuang selagi Zheng Shuang berada di sisi Shu Wu JI.

"Young er nak ingatkan Gugu. Zheng Shuang akan menjadi Shu Furen. Walau dia tidak menjadi Shu Furen, semua yang kita nikmati hari ini, dan nampak sekarang adalah miliknya," ucap Wei Young sambil menyuap makanannya.

"Tapi-"

"Sudahlah Gugu. Young er hendak makan dengan aman. Mari makan dengan Young er," panggil Wei Young menghentikan rungutan Zhen Gugu. 'Aku takkan berputus asa. Nikmatilah hari-hari bahagia kau penipu. Kau akan menerima akibatnya cuba mengambil hak anak aku,'kata Zhen gugu dalam hatinya. Sememangnya Wei Young adalah anak susuannya. Suaminya dan bayinya meninggal kerana dihanyut banjir besar. Keluarga Woo mengambilnya  bekerja sebagai pengasuh Woo Wei Young sebagai ibu susuan merangkap pengasuhnya.  Dengan perasaan bungkam dia duduk di sisi Young er dan makan bersamanya.

Sara yang baru terjaga dari tidurnya memandang bumbung yang cantik. Dia mengingati mimpinya dan merasa teramat rindu. 'Apa yang Jiaofu cuba katakan padaku?'soal hatinya. Dan dia juga bermimpikan bagaimana dia melihat Andrew kemalangan. 

"Andy," sebut Sara dan terus cuba untuk bangun. "Kepala aku masih sakit rupanya," kata Sara kepada diri sendiri.

"Shuang er," panggil Shu Wu JI yang baru sahaja bersolat. Dia mendapatkan Sara dan membantunya untuk duduk. "Kau tak apa-apa?"tanya Shu Wu JI duduk di sisinya. Dia meletakkan belakang tangan ke dahi Sara.

"Kau buat apa ni?"tanya Sara sambil memegang balutan kepalanya.

"Ma Shang Wu mahukan aku melihat sekiranya kau demam malam ni," jawab Shu Wu JI. Dengan berketayap putih Sara terketawa kecil melihat Shu Wu JI. "Kenapa kau ketawa?"tanya Shu Wu Ji.

"Susahkan dengan bersanggul dan memakai itu," jawab Sara sambil menunjuk ke kepala Shu Wu Ji. Soo Li yang berada di sisi Sara juga menyimpan senyumannya.

"Ini kelakar ke?"tanya Shu Wu Ji menjeling. Sara mengangkat bahunya sambil mengkilaskan pandangannya kepada Soo LI.

"Andrew mana?"soal Sara kepada Shu Wu Ji.

"Oleh kerana dia sudah agak pulih, aku arahkan dia ke rumah tamu," jawab Shu Wu Ji. Sara melihat Shu Wu JI yang lebih tenang dari tadi. Wajah pun nampak bersih selepas bersolat.

"Kenapa kau hantar dia ke rumah tamu?Kalau dia sini lebih mudah," tanya Sara lagi. Shu Wu Ji menanggalkan ketayapnya dan bergerak ke meja menuangkan air untuk Sara. Dia kembali dan memberikan Sara air itu. Sara menghabiskan air itu. 

"Takkan nak biarkan seorang lelaki tinggal bersama seorang wanita?"balas Shu Wu JI. Sara memandang Shu Wu JI dan menggeleng kecil.

"Habis kau kat sini?"soal Sara mengangkat keningnya. Shu Wu Ji melihat cara Sara bercakap dan dia tahu, Sara sedang pulih kerana kalau boleh menyoalnya seperti sedang disiasat bermakna Sara sudah kembali menjadi dirinya.'Shu Wu JI memandang tanpa senyuman. Soo Li melihat sahaja Sara dan Shu Wu Ji berbicara. Dia pasti Shu Wu Ji akan menuruti sahaja apa yang dimahukan oleh Sara kerana Sara mempunyai cara untuk memastikan Shu Wu JI akan bersetuju.

"Aku bakal suami kau," balas Shu Wu Ji.

"Masih bakal bukan suami. Aku nak kau bawa Andy ke mari bersama Ma Shang Wu," arah Sara.

"Tak boleh," balas Shu Wu Ji. Sara menghela nafas panjang. Dia menyelak selimutnya dan cuba berdiri. "Kau nak ke mana ni?"

"Nak jumpa Andy. Aku perlu berbicara dengan Andy sekarang," balas Sara. Shu Wu Ji mengetap bibirnya.

"Baiklah, aku akan mengirim tandu untuk bawa Andy ke mari."

"Ha, macam tulah. Kau nak susah hati kenapa? Ma Shang Wu, Soo LI dan Soo Mi berada dalam bilik yang sama. Dan lagipun Andy kan sakit," kata Sara seumpama peluru sambil tersenyum. Shu Wu Ji mengambil nafas sedalam-dalamnya. 

"Baik, aku juga akan berada di sini malam ni," ucap Shu Wu JI. "Soo Li pergi beritahu pembawa tandu untuk pergi mengambil Liu LI ke mari. Pastikan Ma Shang Wu dan Soo Mi juga bersama," arah Shu Wu JI. Sara tersenyum dan dia mengaduh kesakitan kerana lukanya berdenyut-denyut.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now