67

150 21 0
                                        

Pipit membawa Sara ke sebuah rumah di dalam hutan . Sara terpegun melihat senibina Melayu di tengah-tengah hutan.

"Ini rumah kau Pipit?"tanya Sara kepada Pipit. Pipit menggelengkan kepalanya.

"Rumah ni Pipit wakafkan kepada musafir."

Sara melihat pokok-pokok bunga melur ditanam cantik. Harumnya menyelinap ruang.

"Itu rumah mandi. Ada telaga dalamnya. Di situ yang berpagar kolam air hangat."

"Huih dah macam spa ni,"tegur Sara ketawa.

"Spa? Apakah itu?" tanya Pipit. Sara terus ketawa.

"Assalamualaikum, Tuan Pipit," kedengaran suara manis memberi salam. Sara memandang dua gadis manis berketurunan Cina berselendang hijau firus.

"Waalaikumsalam wrt," jawab Sara. Ucapan salam itu membahagiakan Sara. Lama berjauhan dari Kuala Lumpur.

"Ini Zaitun, Mawar dan Melati,"kata Pipit memperkenalkan kepada Sara.

"Orang kita?"tanya Sara. Pipit menggelengkan kepalanya.

"Ini orang Hui. Satu keturunan dengan Zheng gonggong. Mereka orang yang Pipit gajikan untuk menjaga 20 0rang pekerja di sini."

"Gajikan? Mereka bukan hamba?"tanya Sara sambil melirik kepada tiga orang gadis muda di hadapannya.

"Pipit memerdekakan mereka bila mereka ke sini dihantar oleh ibubapa mereka."

"Hmm, mereka ini sepatutnya menjadi gundik kau bukan?"teka Sara. Pipit mendiamkan diri. "Kenapa kau menolak? Lawa ni?"usik Sara.

"Pipit tidak mahu berkahwin," jawab Pipit. Sara terketawa kecil.

"Ok, kau tak nak kahwin, nanti aku kahwinkan kau," kata Sara.

"Cempaka, janganlah begitu. Pipit tak mahu menanggung beban."

"Beban? PIpit, berapa umur kau sekarang?"tanya Sara. Ketiga gadis itu masih di situ. Mereka tidak memahami percakapan di antara PIpit dan Sara.

"Pipit baru sahaja hendak masuk 30 tahun."

Sara ketawa besar.

"Ei, orang di zaman ini, panggil kau bujang terlajak kau tahu tak?"

"Pipit tidak mahu berkahwin," ulang PIpit lagi. 'Hailah, PIpit. Rupa lawa pun lurus bendul tak boleh juga,'desis hati Sara.

"Entah-entah kau dah ada orang yang kau suka ni," usik Sara lagi.

"Suka?"

"Ha ah, suka, gemar, impikan. Siang terbayang-bayang, malam termimpi-mimpi. "

"Pipit tak faham apa yang Cempaka cuba katakan," balas Pipit masih menundukkan pandangannya.

"Adakah Kembang Cina impian tuan hamba?"usik Sara. Muka Pipit menjadi kemerahan diusik begitu.

"Zaitun, Mawar dan Melati. Ini tuan punya tanah ini," ucap PIpit mengalih tajuk perbualan. Kali ini Pipit berbahasa Cina.

"Chu ren," ucap mereka serentak lalu menunduk hormat.

"Hmm, orang zaman ini suka bercakap serentak rupanya," komen Sara tersenyum. "Mien Li. Panggil aku Shu Furen," kata Sara mesra.

"Shi, Shu Furen," sambut mereka.

"Tunjuk bilik aku, Pit. Aku kepenatan," pinta Sara.

"Bilik? Seluruh tempat ini milik Cempaka. Ini juga impian Zheng gonggong, menyediakan tempat penginapan orang Islam yang halal dan suci dari tempat tinggal ke makanan yang disajikan."

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang