Yi er bersama pembantunya pergi ke sekolah akademia diraja. Dia merasa tidak sabar untuk berbual lagi dengan Sara.
"Sheng Yi,"panggil Li Shu Fen. Yi er baru sahaja melangkah masuk ke kawasan kampus. Yi er menoleh. Dia memandang Li Ren. LI Ren mengundurkan dirinya sedikit untuk memberi ruang kepada mereka untuk bercakap.
"Pagi-pagi lagi sudah bertegur sapa," balas Yi er.
"Aku dengar kau kemalangan semalam," tegur LI Shu Fen. Yi er mengangguk. "Orang yang menyelamatkan kau itu khabarnya anak Zheng gonggong." Yi er mengangguk lagi. Dia merasa malas hendak terlalu peramah dengan anak Panglima diraja Li Yang JIan. Li Shu Fen adakalanya terlalu sombong dan suka mencari gaduh dengan sesiapa saja. "Nanti aku ikut kau balik, aku teringin sekali melihat gadis itu.
"Itu ialah Zheng xiaojie. Dia wanita muda yang terkaya di Nanjing ketika ini. Zheng gonggong mewariskan semua hartanya kepada Zheng Shuang. Aku tak suka nada kau bercakap tentang Zheng xiaojie."
"Kau tak suka sebab dia akan jadi isteri ayah kau bukan?"usik LI Shu Fen. Mereka yang bersama dengan LI Shu Fen ketawa dengan usikan itu. Yi er tahu jika dia terus berdiri di situ dia akan hilang kesabarannya. Dia mengajak LI REn untuk pergi dari situ. "Weh, takkan itupun kau nak ambil hati!" jerit Li shu Fen. Yi er tanpa menoleh terus masuk ke bilik darjahnya.
"Kenapa kau begitu berminat dengan penyelamat Yi er?"tanya kawan sebelah Li Shu Fen.
"Wanita terkaya, dan dia bukan wanita berketurunan Han, atau Manchu. Tiada yang lebih cantik dari wanita di sini jadi aku ingin tahu bagaimanakah rupanya," jawab LI Shu Fen.
"Bukan hari ini harijadi ayah kau?"tanya kawan itu lagi. Li Shu Fen memandang kawannya lalu tersenyum. "Lain macam senyuman kau ni."
"Kau bayangkan kalau aku beritahu bapa aku yang aku sukakan Zheng Xiaojie."
"Kau gila! Dia bakal berkahwin dengan Laksamana Diraja Shu Wu JI."
"Mana kau tahu semua ni?"
"Aku juga seperti kau, mengetahuinya dari khabar angin," balas rakan Li Shu Fen.
"Yan Yan, kau tengok saja nanti bagaimana aku akan membuat Zheng Xiaojie datang ke rumah aku," kata Li Shu Fen mengenyitkan matanya. Yan Yan hanya mengangkat bahunya. Dia juga teringin melihat siapakah wanita yang menjadi bualan sejak dia menyelamatkan Yi er.
Perkara pertama Sara fikirkan ialah Shu Wu Ji apabila dia bangun dari tidur. Hatinya merasa sedih dan bimbangkan keselamatan Shu Wu Ji. Jika dia minta untuk turut serta dalam misi kali ini Shu Wu Ji sudah tentu tidak akan izinkan dia ikut bersama. Dia termenung sendirian.
"Xiaojie, Soo Li bawa sarapan."
Teguran Soo Li mengejutkannya dari lamunan.
"Panggilkan Ah Wu dan Liu Li untuk bersarapan bersama. Shu Daren sudah balik dari istana?"tanya Sara.
"Shu Daren belum pulang dari istana Xiaojie."
Sara menghela nafas panjang. Pagi itu, dia begitu teringatkan Shu Wu Ji.
"Zhi dao le. Aku nak mandi,"kata Sara bersahaja turun dari katil. Soo Li pergi mendapatkan Sara membantunya untuk pergi ke kamar mandi. Ketika Soo Li memeriksa luka di kepala Sara dia tersenyum.
"Nampaknya luka Xiaojie bertambah baik."
"Zhen de?"
"Shi xiaojie,"jawab Soo Li. "Tapi elok kita biarkan benar-benar sembuh sebelum terkena air. Nanti Soo Li perasapkan rambut xiaojie bagi menghilangkan minyak."
Sara tersenyum kepada Soo Li. Sepanjang tempoh pengembaraannya, semua pembantunya begitu berbakat. Dari Kembang Cina kepada Xiao Lian kini pasangan kembar Soo Li dan Soo Mi.
Pipit datang membawa sebakul buah-buahan yang dibeli dari pedagang asing. Dia ingin melihat perkembangan Sara. Kelmarin dia tidak dapat hendak menjaga Sara kerana dia terpaksa menyiapkan sebahagian bekalan makanan kepada tentera laut diraja.
"Assalamualaikum,"sapa Pipit dari luar. Andrew dan Ma Shang Wu sudahpun berada di meja makan.
"Waalaikumsalam wrt. Pit..aku baru je nak suruh Soo Mi memanggil kau ke mari. Mari duduk!"tegur Sara ceria.
"Nah, ini buah-buahan Pipit beli di pasar pedagang asing."
"Woih, buah pitaya ada, lemon, oren, keju,"ucap Sara menyentuh buah-buahan di bakul. "Walaupun keju ni bukan buah. Aku senang menerimanya,"kata Sara ketawa. Dia menarik Pipit untuk duduk di sisinya. "Soo Li, tolong basuh dan bawa pisau ke mari."
"Biar Soo Li sahaja memotongnya xiaojie."
"Xing..lemon ni jangan potong. Nak yang ini," tunjuk Sara kepada buah pitaya dan oren.
"Baik xiaojie." Soo Li mengambil bakul yang lebih kecil untuk meletakkan 2 biji buah pitaya ungu dan 5 biji buah oren yang besar-besar.
"Mari kita makan dulu,"pelawa Sara. Mereka menjamah hidangan sarapan sambil berbual mesra.
"Yoh, meriah sungguh pagi ini,"tegur Shu Wu Ji masih berpakaian rasmi pegawai istana.
"Wu Ji, mari makan bersama,"jemput Sara mendapatkan Shu Wu Ji.
"Sakit lagi tak luka tu,"tanya Shu Wu Ji lembut. Sara menggelengkan kepalanya.
"Marilah nanti makanan sejuk tak sedap,"kata Sara membawa Shu Wu Ji ke meja makan.
Ma Shang Wu, Andrew dan Pipit berdiri memberikan hormat.
"Duduk, duduk. Kita makan bersama hari ini,"suruh Shu Wu Ji dia mengambil tempat di kanan Sara. Hidangan pagi itu adalah bubur nasi dan lauk-lauk yang kurang berminyak.
"Daren, saya telah sediakan bekalan makanan untuk 2 armada."
"Terima kasih Tuan Pipit. Maharaja berkata akan mengurangkan cukai untuk perniagaan Zheng. Pipit bangun dan mengucapkan terima kasih. "Duduk,duduk,"kata Shu Wu Ji. "Liu Li, apa khabar?"
"Saya beransur pulih, xie Daren,"jawab Andrew pendek. Selepas perbualan semalam, hatinya begitu merasa kagum dengan Shu Wu Ji. Karisma panglima itu memang terserlah. Walaupun dia merasa tergugat dengan kehadiran Shu Wu Ji. Tetapi melihatkan keikhlasan Shu Wu Ji mencintai Sara buat dia merasakan yang jika dia tewas dalam cinta tiga segi ini. Dia tak akan terasa begitu kehilangan kerana dia tahu Shu Wu Ji berhak menjadikan Sara isterinya yang sah. Ada mata yang sedang mengintip di luar. Perisik Zhen gugu yang dibayar oleh Zhen gugu untuk mengintip pergerakan Sara. Setelah beberapa lama di situ dia pergi mendapatkan Zhen gugu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Literatura KobiecaKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...
