53

146 23 0
                                        

Perisik itu yang juga salah seorang dayang di kediaman Zheng melaporkan semua yang berlaku di rumah utama kepada Zhen gugu. Zhen gugu memberikan dayang itu upah dan dai berdiri di situ berfikir. 'Apa lagi yang boleh aku lakukan untuk mengajar perempuan tak tahu malu itu?'fikirnya. Dia menghela nafas panjang. Selagi ada manusia yang bernama Zheng Shuang di kediaman yang begitu besar itu, selagi itu hatinya merasa resah. Tiada yang lebih layak untuk mewarisi semua harta ini melainkan Yi er dan Young er. Azamnya lebih kuat untuk menghapuskan Zheng Shuang dari mukabumi ini buat selamanya.

Perasaan Yi er begitu resah dalam kegembiraan kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan Sara lagi. Dia tahu Sara akan menjadi ibunya tetapi dia tidak dapat menghalang hatinya mengagumi wanita yang bukan Han atau Manchu. Li Shu Fen, hanya memerhatikan sahaja Yi er dari tepi bilik belajar itu. Dia tersenyum sendirian. Dia pergi ke tingkap dan memanggil pembantunya yang duduk bersama pembantu lagi di luar kelas. Dia berbisik sesuatu kepada pembantu itu dan dengan pantas pembantu itu berlalu dari situ. Dia memandang Yi er yang sedang asyik menyiapkan tugasan yang diberikan. Dia tersenyum sendiri. 'Kau begitu berahsia dengan aku bukan Yi er? Aku akan buktikan pada kau hari ini, aku lebih bijak dari yang kau sangka,'desis hati Li Shu Fen.

"Hou  ye," panggil Yuan Yuan yang kini lebih berusia tetapi masih cantik. Selepas Mo LI Hua meninggalkan keluarga itu, dialah yang menjadi isteri rasmi Li Yang Jian dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Li Shu Fen anaknya yang sulung dan dua orang lagi anak perempuan. Li Yang Jian yang baru sahaja pulang dari istana, memandang Yuan Yuan mesra. "Hou ye, hari ini ialah harijadi hou ye," sambung Yuan Yuan lagi. Li Yang JIan mengangguk. "Malam ini , Yuan Yuan telah merancang untuk makan besar seisi keluarga."

"Furen, terima kasih," balas Li Yang Jian sambil menanggalkan baju luaran istananya oleh Zhu Wu. "Hari ini genap umurku 38 tahun. Waktu kau menjadi isteriku kau  baru sahaja mencecah 18 tahun,"sambung LI yang Jian sambil tersenyum. Dia teringatkan Mo Li Hua yang hanya setahun lebih muda daripada Yuan Yuan ketika dia menjadi isteri rasmi.  Dia mengeluh perlahan.

"Kenapa Hou ye mengeluh?"tanya Yuan Yuan.

"Barangkali aku merasa sedikit kepenatan,"kata Li Yang Jian berdalih. Sungguhpun Mo Li Hua telah lama pergi, dia masih rasa terkilan kerana terpaksa menceraikannya. Dan yang paling menyedihkan Mo LI Hua telah meninggal dunia di hujung dunia iaitu di Tanah Melaka. Mo Li Hua meninggalkan kesan yang mendalam di hatinya kerana selama 3 tahun Mo LI Hua menjadi isterinya, dia telah menjadikan hidup Mo Li Hua seperti neraka. Dia tidak pernah menjadi suami Mo Li Hua yang sebenar-benarnya. Entah kenapa di harijadinya yang 38 tahun ini, hatinya begitu teringatkan Mo Li Hua.

"Kalau  begitu, Hou ye, berehatlah. Yuan Yuan akan menguruskan makan malam besar keluarga. Oh,ya! Tadi Ah Jiu balik menyampaikan pesan Fen er. Dia meminta kebenaran untuk menjemput Shu Sheng Yi malam ini."

"Anak Shu Wu JI?"soal LI Yang Jian kembali. "Sejak bila Fen er baik dengan Shu Sheng Yi. Setahu aku, Fen er sentiasa membuat masalah dengan anak Shu Daren." Yuan Yuan terdiam. Baru dia teringat yang Li Yang JIan juga tidak begitu berbaik dengan Shu Wu JI kerana Mo Li Hua telah berkahwin dengan Shu Wu JI sebelum dia meninggal dunia.

"Hou Ye, adakah Hou ye masih berdendam dengan Shu Daren?"tanya Yuan Yuan perlahan. Zhu Wu terus keluar dari bilik itu senyap-senyap. Dia juga terkesan dengan perbualan itu. Mo Li Hua seorang wanita bangsawan yang sangat baik di matanya. Dia masih ingat semua yang berlaku sebelum Mo Li Hua keluar dari keluarga LI. Li Yang Jian terketawa kecil.

"Tiada maknanya, Mo LI Hua bukanlah seseorang yang penting dalam hidup kita," jawab Li Yang Jian duduk di kerusi. Yuan Yuan menuangkan teh cina panas untuk suaminya. Sejak Mo LI Hua pergi, Li Yang Jian hanya mempunyai Yuan Yuan sebagai isteri rasmi dan Han Mei. Han Mei mempunyai seorang anak perempuan bersama LI Yang JIan. Li Yang Jian meneguk teh cina itu. Tekaknya terasa kering bercakap mengenai sejarah lampau.

"Sheng Yi," panggil Li Shu Fen semasa mereka keluar dari kelas tengahari itu. Yi er yang tahu niat Li Shu Fen tidak mempedulikan panggilan itu dan terus berjalan. "Sheng Yi!"panggil Li Shu Fen berlari mendapatkan Yi er.

"Kau nak apa lagi, Shu Fen?"tanya Yi er.

"Begini, aku hendak minta maaf," jawab LI Shu Fen. Yi er memandang rakan sekelasnya. Sangat ganjil pelajar akademia yang paling nakal meminta maaf dengannya. "Kenapa kau pandang begitu?"tanya Li Shu Fen. Yi er mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Jika tiada apa yang penting, aku hendak pulang sekarang."

"Tunggulah dulu, kenapa kau ni? Aku betul-betul hendak meminta maaf ni," pujuk Li Shu Fen. "Aku tahu aku biadap tadi. Aku tak sepatutnya mempersendakan Zheng xiaojie di hadapan kau tadi. Nak pula dia akan menjadi ibu kau nanti."

"Baiklah, anggap saja kau tidak berkata apa-apa dan aku pun tidak mendengar benda yang tidak baik keluar dari mulut kau. Aku balik dulu," balas Yi er cuba untuk melangkah pergi.

"Hou! Tapi sebagai tanda minta maaf, sekurang-kurangnya biarlah aku mengajak kau makan tengahari bersama."

"Tak perlu."

"Shu Sheng Yi. Aku benar-benar ingin minta maaf. Marilah kita makan bersama, hmm?"pujuk Li Shu Fen bermanis muka. Yi er memandang LI Ren dan berfikir sejenak. "Bagaimana?"tanya Li Shu Fen. Yi er mengangguk tanda bersetuju. "Hah, macam tulah. Mari, kita ke rumah makan Qing Feng," sambung Li Shu Fen memeluk bahu Yi er berjalan ke restoran itu.

Mereka duduk di sebuah bilik besar yang tentunya paling mahal. Kehadiran dua orang pelajar Akademi Diraja itu bukanlah sesuatu yang menghairankan pekerja dan pengunjung di situ kerana yang diterima masuk ke akademi itu adalah anak-anak pembesar dan menteri. Li Shu Fen menuangkan teh ke cawannya dan cawan Shu Sheng Yi.  Ah Jiu , pembantu Li Shu Fen memberikan secawan teh juga kepada LI Ren. "

"Kita berdamai," kata Li Shu Fen mengangkat cawan teh. Mereka meneguk teh tersebut. Beberapa saat sahaja Shu Sheng Yi dan Li Ren pengsan di situ. LI Shu Fen ketawa besar. "Nampaknya ubat tidur yang disapu di cawan begitu berkesan,"kata Li Shu Fen kepada Ah Jiu. "Lai ren," dia memanggil pelayan di situ. Dengan beberapa wang perak, mereka membawa Yi er dan Li Ren melalui pintu belakang dan dengan sebuah kereta kuda mereka membawa kedua lelaki muda itu ke kediaman LI.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang