Selepas sahaja perutusan dibacakan, Shu Wu Ji memberikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada tentera lautnya. Shu Wu JI menjemput kesemua bala tentera untuk suatu upacara keramaian pada malam itu. Suasana hingar-bingar kegembiraan. Semua bersurai balik ke kem untuk mengemas barang masing-masing untuk pulang ke kampung halaman.
"Ah Chan berapa ramai panglima bayangan di tempat ini?"tanya Shu Wu Ji perlahan kepada Ah Chan seperti berbisik. Baru sahaja Ah Chan mahu menjawab, terdengar suara manis memanggil Shu Wu JI.
"Houye..." Ah Chan dan Shu Wu Ji memandang ke arah suara itu. "Houye, Xiao Qi meminta maaf sekiranya Xiao Qi memalukan Houye tadi. Xiao Qi tidak berniat untuk berkelakuan biadap seperti itu."
"Betul Houye, anak kedua saya ini bukanlah begini orangnya," tambah Majistret Wei. Shu Wu Ji menghela nafas panjang. Fikiran dan hatinya berserabut dengan rancangan hendap lanun-lanun Jepun dan juga dia dapat merasakan yang Sara berada di situ. Dia cuba mencarinya dalam khalayak ramai tadi tapi Sara lebih bijak kini menyembunyikan dirinya.
"Majistret Wei, saya sudah lupakannya. Na...sekarang Majistret bolehlah membawa Wei Kunyang pulang." Shu wu JI memberi hormat dan diikuti oleh Ah Chan lalu bergerak meninggalkan Wei Kunyang yang kelihatan agak kecewa.
"Houye, tunggu. Saya telah pun mengusulkan kepada Maharaja untuk mengahwinkan anak saya ini dengan HOuye. Dan Xiao Qi amat mengagumi Houye."
"Majistret Wei. Maafkan saya, saya tidak dapat menerima cadangan itu."
"Tapi mengapa Houye? Anak saya wanita terkaya, terhormat dan paling cantik di sini."
"Isteri saya adalah wanita terkaya tapi paling dihormati, paling baik, paling cantik dan yang pasti, saya tidak perlukan gundik atau perempuan lain."
"Tapi Maharaja..."
"Jika Maharaja masih lagi mahu memaksa, saya tidak akan teragak-agak meletakkan jawatan saya sebagai Menteri di Istana."
"Houye," panggil Wei Kunyang.
"Wei KUnyang, semoga berjumpa dengan orang yang lebih baik dari saya. Kami pergi dulu kerana ada hal yang mendesak. Ayuh, Ah Chan." Jawapan itu membuatkan Wei Kunyang menitiskan airmatanya. Tanpa berpaling atau belas simpati Shu wu Ji dan Ah Chan beredar dari situ.
"Haizi," pujuk bapanya.
"Tiye, jika tiada yang sehebat Taiping Houjue, Qi er tidak mahu berkahwin dengan sesiapapun," balas Wei Kunyang teresak-esak.
"Berapa ramai panglima bayangan yang berada di sini?"tanya Shu wu JI lagi sekali.
"Menjawab Houye, kesemuanya."
"500 orang panglima bayangan di sini?"
"Ya, Xiaojie er..Furen menempatkan 300 orang untuk menjaga Houye dan selebihnya bersama dengan Furen."
"Na, ini adalah panglima keluarga Zheng?"
"Ya, Houye. Panglima yang ditempatkan oleh Houye seramai 100 orang juga bersama Furen."
Shu wu Ji menghela nafas panjang.
"Habis selama ini? Kenapa tiada laporan dari panglima kita tentang kehadiran Da Furen di sini?"
Ah Chan memandang Shu wu JI terkedu.
"Ah Chan!"
"Er..Houye...panglima bayangan Houye telah digaji semula oleh Da Furen."
"Da Furen tahu yang aku menghantar panglima bayangan kita?"
"Ya, Da Furen tahu semuanya!"
"Ah Chan. Bukankah arahan aku mereka hanya perlu muncul jika adanya kecemasan!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...