Pipit merasa sungguh bimbang dan simpati melihat keadaan Sara yang terbaring di katil. Dia melihat Liu Li juga begitu di katil yang berdekatan. Soo Li berada di sisi Liu Li dan Soo Mi menjaga Sara. Ma Shang Wu sedang menyediakan ubat-ubatan untuk dua jam lagi. Dia melihat keadaan Pipit yang begitu berdiam diri dan mempelawanya untuk menikmati teh panas bersamanya.
"Tuan Pipit begitu mengambil berat akan Zheng Xiaojie," kata Ma Shang Wu. Pipit mengangguk. Dia melihat pemuda yang nampak bijak di hadapannya.
"Zheng Xiaojie adalah orang yang paling penting dalam hidup saya,"balas Pipit tenang sambil menghirup teh panas. Terasa setiap urat di tubuhnya merasa begitu lega. Ma Shang Wu tersenyum. Sebelum dia bertemu dengan Sara, dia hanya mendengar datuknya bercerita tentang seorang wanita hebat bernama Zheng Shuang. Sekarang wanita itu di hadapannya dan dia perlahan-lahan memahami kenapa wanita ini begitu disayangi.
"Kalau tak keberatan, bolehkah Tuan PIpit berkongsi cerita tentang Zheng Xiaojie?"
Pipit memandang Ma Shang Wu dan tersenyum. Dia mengangguk.
"Soo LI, Soo Mi," panggil Pipit.
"Ya, tuan," jawab mereka serentak. "Dari tadi saya tengok kamu berdua bekerja keras. Pergilah ke dapur dan makan malam. Saya dan Ah Wu berada di sini menjaga Xiaojie dan Liu Li," arah Pipit. Kembar itu berpandangan kerana mereka juga sudah merasa lapar dan keletihan.
"Baik tuan," kata mereka serentak.
"JIka ada yang bertanya, katakan Liu Li dan Zheng Xiaojie sedang berehat dan tidak mahu diganggu," pesan Pipit.
"Selepas makan, balik terus ke sini,ya?"pesan Ma Shang Wu.
"Baik Wu ge," sambut mereka dan terus berlalu dari situ. Pipit tersenyum melihat reaksi si kembar.
"Mereka selalu bercakap serentak begini?"tanya Pipit. Ma Shang Wu mengangguk sambil tertawa kecil. "Zheng Xiaojie ialah Cempaka Sari puteri Memanda Temenggung Melaka sebelum Zheng gonggong mengambilnya sebagai anak angkatnya," terang Pipit memulakan cerita. "Sebelum bertemu dengan Cempaka, hidup aku adalah terlalu miskin sampai aku mesti mencuri setiap hari kerana mahu memberikan sesuap nasi kepada nenek dan dua adik perempuanku. Terlalu susah hinggakan ada beberapa hari kami tiada makanan. Apabila aku sudah menjelang remaja, adakalanya aku diambil bekerja, adakalanya aku masih perlu mengemis dan mencuri sehinggalah suatu hari aku melihat seorang lelaki bangsawan yang sedang memberi barang di pasar dagang. Oleh kerana dia kecil saja orangnya, aku berani mencuri kantung duit di pinggang," cerita Pipit. Dia terdiam seketika. "Aku ingat masa aku mencuri duit lelaki muda ini, aku berkata dalam hati hari itu aku akan belikan makanan yang sedap-sedap untuk nenek yang sedang sakit. Tetapi ternyata sangkaanku hanyalah angan-angan kerana Cempaka mengejar aku sampai dapat dan aku hampir dipenjara kerana kandanya seorang pegawai besar pelabuhan."
"Selepas itu?" tanya Ma Shang Wu.
"Dia tidak bawa aku ke penjara, tetapi memaksa aku menunjukkan pondok buruk yang menjadi tempat tinggal kami sekeluarga. Selepas mendengar suaranya barulah aku sedar yang aku sangkakan lelaki ialah seorang gadis." Pipit tersenyum. "Cempaka masuk ke pondok buruk kami dan dia langsung tidak merasa jijik dengan kedaifan kami malah dia duduk di sisi nenek. Orang miskin macam kami, busuk, buruk tetapi Cempaka melayan kami seperti manusia lain. Nenek menangis semasa melihat Cempaka datang bersama kandanya Tun Ishak dan masa itu tunangnya Tun Daim. Nenek merasa bimbang yang mereka akan menangkap aku dan dihukum. Tetapi Ah Wu, kau tahu apa yang Cempaka bilang dengan nenek?"
Ma Shang Wu menggelengkan kepalanya.
"Aku diambil bekerja mulai hari itu dan dia memberikan aku 20 keping wang perak. Dan dengan duit itu, kami dapat makan dengan selesa berbulan lamanya. Cempakalah yang mengajar aku ilmu mempertahankan diri, dia mengajar aku berbahasa Cina dan dia mengajar aku erti sebuah kesetiaan. Sebelum bertolak ke Tanah Ming kerana mengikuti rombongan dakwah Puteri Hang Li Po, Cempaka meminta Tun Ishak untuk memastikan keperluan keluarga aku terjaga dan Tun Ishak seperti Cempaka orang yang mengotakan janji," cerita Pipit lagi. Ma Shang Wu menganggukkan kepalanya tanda memahani cerita Pipit.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Genç Kız EdebiyatıKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...