Sara duduk di tangga selepas bertukar pakaian. Dia memakai lapisan yang sedikit tebal kerana malam itu agak sejuk.
"Furen, tangga itu agak sejuk apakata furen berehat di dalam sahaja kerana bilik lebih hangat," tegur gadis berpipi merah yang memegang dulang berisi seteko teh hijau. Sara tersenyum melihat Mawar.
"Apakata kau letak sahaja dulang itu di situ. Pergilah berehat. Aku hanya akan berada di sini sebentar," balas Sara lembut.
"Shi, Furen," kata Mawar dia meletakkan dulang itu di tepi Sara. Shu Wu JI yang berpakaian biasa melihat sahaja perbualan itu dari jarak yang tidak jauh. 'Bagaimana boleh hatinya mencintai yang lain. Sikap bertimbangrasa inilah yang memikat hati Shu Wu JI.' "Daren, wan an," sapa Mawar. Shu Wu JI hanya mengangguk. Sara menoleh dan melihat Shu Wu JI nampak lebih santai sedang menuju ke arahnya. Dia duduk di sebelah Sara.
"Sayang, nak teh?"tanya Sara tersenyum. Wu Ji mengangguk. Sara menuangkan teh untuk Wu JI dan dirinya. "Nah, minum," kata Sara memberikan cawan itu kepada Wu JI. Wu JI meneguk teh tersebut. "Aku tak perlu tanya bagaimana kau tahu aku di sini bukan?"tanya Sara memulakan bicara.
"Kau bijak Shuang er, tapi aku mengenali kau seperti aku mengenali diriku sendiri."
"Ui...masuk bakul angkat sendiri," kata Sara meneguk tehnya. Dia menghirup udara malam. "Tempat ini menenangkan," sambungnya. Shu Wu JI meletakkan cawannya ke tepi dan merapati kedudukannya.
"Zhen gugu akan menerima hukumannya tetapi pihak istana mahu mengendali kes itu tanpa campurtangan keadilan awam."
"Kerana aku anak jiaofu?"tanya Sara. Shu Wu Ji membetulkan 'cape' yang menyelimuti tubuh Sara.
"Ya, dan juga kerana dia orang yang berjasa kepada Gundik kiri Maharaja."
"Adakah dia akan terlepas?"tanya Sara. Shu Wu JI menggelengkan kepalanya.
"Cuma bukan hukuman mati. Zhen gugu mungkin akan dihantar ke sempadan jauh dari ibukota. Anak saudaranya akan menerima hukuman mati kerana cuba membunuhmu."
Sara mengangguk perlahan.
"Sayang, aku semakin tua, tolonglah jangan mengambil tindakan melulu," pinta Shu Wu Ji lembut.
"Kau kenal aku. Kau ingat aku rancang semuanya terdahulu?"
"Ya, sebab itu aku minta, tolong jangan buat apapun melulu begitu. Kau membahayakan nyawa kau sendiri."
"Andrew bagaimana?"tanya Sara masih lagi merenung langit malam. Bau bunga melur mengasyikkan suasana.
"Ada di kediaman Zheng. Aku menyuruhnya duduk di situ bersama Ma Shang Wu. Aku tahu kau melarikan diri kerana tidak mahu berurusan dengan aku bukan?"
Sara menggaru dahinya yang terasa gatal.
"Tidaklah macam tu," dalih Sara. Shu Wu JI mencubit pipi Sara.
"Kau! Satu-satunya perempuan yang suka mengambil kesempatan atas rasa cinta aku padamu."
"Shi me?"tanya Sara terketawa kecil.
"Sayang, kalau aku katakan sesuatu aku harap kau tidak menolaknya," ujar Shu Wu JI. Sara memandang wajah itu. Kekal segak biarpun sudah ada garis-garis halus. Sudah ada garis-garis uban di rambut tetapi yang pasti, itulah yang menjadikannya lebih menarik. "Edah kau habis semalam, apa kata kita nikah sahaja di sini?"tanya Shu Wu JI.
"Okay," jawab Sara ringkas.
"Betul ni?"tanya Shu Wu JI sekali lagi. Sara mengangguk.
"Kalau kau tak katakan pun, aku akan bagi cadangan yang sama. Lebih baik kita nikah dengan aman di sini. Balik ke Nanjing kita hanya membuat semua secara formaliti."
Shu Wu JI memandang Sara. Hatinya begitu bahagia.
"Kau ni kenapa?"tanya Sara. Shu Wu JI tersenyum lebar. Untuk sekian lamanya, inilah senyuman paling manis yang dilihat oleh Sara.
"Aku adalah orang yang paling bahagia malam ini," ucap Shu Wu JI.
"Aku tahu, aku bukanlah wanita di sini. Susah kau ada isteri macam aku."
"Sayang, jika bukan kau, aku tidak ingin sesiapa pun."
"Lebih baik kita bernikah di sini kerana jika Andy ada bersama aku tak mungkin dapat melaluinya."
Shu Wu JI terpempan mendengarkan luahan itu.
"Kau masih menyayanginya?"
"Wu Ji, kau janganlah terlalu berkecil hati jika aku berterus-terang. Andrew adalah suami yang paling baik, yang paling penyayang dan yang paling melindungi aku. Aku mengahwininya kerana tiada orang yang akan boleh memahami diri aku sepertimana kau dan Andrew."
"Antara aku dan Andrew."
"Sudah tentu kau Wu JI. Tiada yang lain. Aku di sini kerana aku mahukan peluang itu untuk kita bersama. JIka kau bertanya siapa yang lebih aku sayang, kau dan Andrew amat istimewa bagi aku. Cuma aku boleh katakan ini....jika aku perlu memilih. Dan jika kau dan Andrew di zaman yang sama. Aku tak teragak-agak memilih kau," ucap Sara perlahan. Shu Wu JI membetulkan rambut Sara yang menutupi dahi. Dia amat senang dengan pengakuan itu. "Cuma aku merasa ralat kerana bila kita terpisah aku terluka, bila bersama aku berada di persimpangan."
"Antara tinggal di sini bersamaku dan meninggalkan mamatok dan mak di sana bukan?"
Sara mengangguk. Shu Wu JI merapatkan dahinya ke kepala Sara.
"Maafkan aku sayang. Memisahkan kau dan mamatok dan Mak."
Sara menitiskan airmatanya kerana dia merasa sangat sayu.
"Aku tidak mahu berfikir lagi Wu JI. Mengikut logik aku, aku perlu kembali ke sana."
"Sayang-"
"Aku mahu berada di sini dengan kau Wu JI. Walau dalam senang atau susah."
"Kau buat aku rasa sangat bahagia Shuang er. Tetapi hatiku juga sedikit bimbang jika aku pergi kali ini-"
"Wu JI, aku akan menantimu di sini," potong Sara.
"Aku cintakan kau Sara Amalina Sharifuddin."
"Dan aku juga cintakan kau Shu Wu JI."
"Aku akan menjadi orang yang mementingkan diri Shuang er. Kerana aku takkan mahu kau kembali ke sana."
"Dan aku akan menjadi orang yang sebegitu juga Wu JI. Meninggalkan semuanya untuk kau," bisik Sara. Wu JI menyeka matanya yang berkaca.
"Malam sudah larut, sayang. Esok kita akan bernikah di masjid tidak jauh dari sini. Masuklah tidur sekarang. Kau tentu terlalu keletihan."
Sara memandang Shu Wu JI di sebelahnya.
"Baiklah, Ai ren, Zhangfu Daren,"ucap Sara tersenyum.
"Mari aku hantarkan kau ke bilik,"
Sara tergelak.
"Wu JI, belakang kau tu saja bilik aku."
"Bilik itulah bilik pengantin kita esok," usik Shu Wu Ji. Sara menggelengkan kepalanya. Shu Wu JI membantunya bangun dan membawanya ke pintu."Selamat malam Shu Furen," ucap Shu Wu JI.
"Hao, assalamualaikum xiankong," balas Sara lalu masuk ke kamar.
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
Literatura FemininaKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...