17

259 26 0
                                        

Andrew duduk di tepi tingkap setelah terjaga dari tidur. Kepalanya terasa lebih ringan. Dia melihat telefon bimbitnya. Dia membuka galeri gambar. Ribuan gambar di situ dan kebanyakan mempunyai seorang wanita. Sara. Dia menghela nafas yang panjang. Mengapa dia begitu keliru tentang siapakah identiti wanita itu sebenarnya? Dia klik di satu video. Wanita itu membawa masuk sebiji kek dan menyanyikan lagu Selamat harijadi kepadanya. Dan selepas meniup kek, wanita itu mencium pipinya dengan penuh kasih sayang. Airmatanya tiba-tiba gugur tanpa disedari. Dia memeriksa semua mesej whatsappnya, dan dia terlihat ID 'My beloved Wife'. Setiap bait mesej terasa begitu manis. Gurauan yang tertera membuatnya tersenyum tanpa dia tahu kenapa.

"Son," tegur Madam Tan. Andrew berpaling. "Kenapa berdiri ni? Duduk di katil semula," suruh Madam Tan menarik tangan Andrew.

"What happened?"tanya Andrew. Ibunya memandangnya sayu. "Did I lose control again?"tanya Andrew lagi. "That crack on the glass window," tunjuk Andrew. "Was it me?"

"What do you think?" tanya Madam Tan duduk di sebelahnya.

"I don't know mama. Tadi terasa marah sungguh Andy sendiri tidak faham kenapa Andy begitu marah."

"Do you remember now?"tanya Madam Tan. Andrew menggelengkan kepalanya. "Then, tak perlu rushing. Take one day at a time. Mama dah buat appointment untuk Andy jumpa seorang therapist ni. She will help you," beritahu Madam Tan. Andrew memeluk ibunya erat. Hatinya begitu ingin bertemu dengan wanita dalam telefonnya.

"Mama, Andy dah buat salah ke?"tanya Andy dalam pelukan ibunya.

"Buat salah?"tanya Madam Tan meleraikan pelukan mereka. "Salah apa?"

"Andy ceraikan dia."

"Nasi sudah menjadi bubur. Tak perlu dikenang lagi. Kenapa Andy berfikir pasal itu lagi?"

"I think I am wrong. I was wrong to divorce her,"jawab Andrew. Madam Tan terpempan. 'Adakah Andrew akan cuba mendapatkan memorinya. "Mama, Andy nak jumpa dia mama. Andy ada banyak soalan nak tanya,"ucap Andrew. Madam Tan menggaru kepalanya yang tidak gatal. 

"Selepas jumpa dengan Dr Surina, maybe mama boleh bawa Andy jumpa dia ok?"pujuk Madam Tan. Dia melihat Andrew yang kembali bermenung. Hatinya merintih. Di manakah anaknya yang selalu tersenyum, ceria dan penyayang itu pergi? Dia berdoa agar Andrew mendapat kembali memorinya.

Sara turun dari katil, hari sudah subuh. Dia hanya tidur sebentar sahaja malam itu kerana lukanya berdenyut-denyut. Dia ingin memanggil Dr Ma atau Wu er ke biliknya tetapi itu akan membuat orang lebih berprasangka terhadap hubungannya dengan Ma Shang Wu. Shu Wu Ji juga merajuk hingga langsung tidak menjenguknya malam sebelumnya. Dia mengambil telefon bimbitnya. Teringin hendak menelefon mamatok atau ibunya dan mungkin Madam Tan bertanyakan khabar Andy. Dia mengeluh.

"Shuang er,"panggil Ma Shang Wu masuk dengan dua orang gadis. "Awal bangun," tegur Ma Shang Wu berdiri di hadapannya. "Saya sudah memilih dua gadis ini untuk menjaga Shuang er. Ini Soo Mi, yang itu Soo Li."

"Mereka ini kembar ya. Wajah serupa, tinggi serupa,"tanya Sara. 

"Ya, xiaojie," jawab dua gadis belasan tahun itu. 

"Baiklah aku terima."

"Kalau begitu, saya keluar dulu dan pergi ke dapur untuk mendapatkan sarapan. Soo Mi dan Soo Li akan menyediakan pakaian dan air mandi." Sara menyuruhnya pergi tanpa berkata.

"Soo Li dan Soo Mi. Aku mementingkan kesetiaan. Segala apa yang berlaku di depan mata kamu berdua, aku melarang keras kamu bercakap tentangnya di luar."

"Kami faham."

"Mulai hari ini, kamu berdua akan bekerja untuk aku sahaja dan ikut hanya arahan dari aku atau Ma Shang Wu," ucap Sara. Dia menggeliat sedikit. "Aku tak cukup tidur selepas mandi dan sarapan ada tak antara kamu yang boleh mengurut badan aku?"tanya Sara. Kedua mereka tersenyum.

"Sudah tentu xiaojie," jawab mereka manis. Sara tersenyum melihat sepasang kembar ini. Mengingatkan dirinya kepada Kembang Cina dan Xiao LIan. 'Ah, sudah tentu mereka beranak-pinak sekarang,'fikir Sara. Dia teringatkan Shu Wu JI. Benar kata Ma Shang Wu. Jika dia pulang ke sini kerana Shu Wu JI, dia patut melayan Wu JI dengan lebih baik. 

"Shu Daren sudah bangunkah?"tanya Sara.

"Nubi, nampak Shu Daren bersenam di hadapan kamarnya tadi xiaojie," jawab Soo Mi.

"Bersenam? Jalan pun macam nak jatuh," balas Sara. Dengan pantas dia memakai pakaian luarnya dan terus ke bilik utama. Dia melihat Shu Wu JI berlatih pedang sendirian. "Hah, eloklah tu," tegur Sara mengejutkan Shu Wu JI hingga pedangnya terjatuh. Sara melihat sekeliling mereka dan terdapat ramai hamba-hamba di situ. Dia berbahasa Melayu supaya tiada yang mengerti perbualan mereka. Shu Wu JI memandang Sara yang tidak bersiap tetapi sudah melangkah keluar. Rambutnya yang panjang dihembus angin subuh.

"Kau ni tak malu ke dilihat begini. Kau tuan punya kediaman ini," tegur Shu Wu JI berbahasa Melayu. Sara dapat melihat hamba-hamba itu seperti keliru dengan bahasa itu.

"Nak malu apa? Aku tak pakai baju?"balas Sara.

"Luka kau dah baik?"tanya Shu Wu JI berjalan menghampiri Sara. Sara memerhatikan sahaja Wu JI berjalan. 

"Ja-" baru sahaja Sara hendak memberi amaran tentang sebongkah batu di hadapan Shu Wu JI, Shu Wu JI sudah tersepak. Shu Wu JI mengaduh kesakitan. Sara menggelengkan kepalanya. "Aiyo, Wu Ji kau tu bukan sihat sangat yang sibuk berlatih pagi-pagi begini kenapa?"tanya Sara berlari mendapatkan Shu Wu JI yang terjatuh. Hamba-hamba itu tidak sempat hendak berbuat apa-apa.

"Wo mei shi," beritahu Shu Wu JI kepada Zhao Ying dan beberapa orang lagi di situ.

"Kau masih marahkan aku?" tanya Sara perlahan.  Shu Wu JI hanya memandang wajah Sara yang polos di keheningan fajar diterangi oleh api-api lilin.

"Aku tak marah tapi-"

"Cemburu?"sampuk Sara. "Apa kata kita bersarapan bersama. Aku janji aku akan ceritakan siapa Ma Shang Wu sebenarnya,ok?"pujuk Sara.

"Kalau kau tak mahu ceritapun tak mengapa," balas Shu Wu JI.

"Eee, orang tua merajuk, buruk tau,"kata Sara. "Mari aku temankan kau ke bilik."

"Tak payah nanti jadi bahan gosip. Dahlah kau seksi macam ni."

"Tiga lapis macam ni seksi ke?"tanya Sara semula. Shu Wu JI ketawa. 

"Zhao Ying," panggil Shu Wu JI. Zhao Ying dengan setia membawa Shu Wu JI pulang ke kamarnya.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang