Sara bangun pagi itu sebelum matahari terbit kerana dia akan memastikan makanan pagi Shu Wu JI tersedia dengan segala ubat-ubatannya. Dalam perkiraannya sudah seminggu dia di situ. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa seminggu. Perniagaan Zheng gonggong semuanya telah diselaraskan dengan bantuan Pipit. Dia boleh menarik nafas lega. Cuma sekarang, keadaan Shu Wu JI yang masih memerlukan masa untuk menjadi seperti sediakala. Mengikut Ma Shang Wu, dia tidak perlu merasa gusar kerana hanya dengan kehadirannya di situ, keadaan Shu Wu JI sudah seratus kali lebih baik. Shu Wu Ji akn pergi ke istana melaporkan diri untuk tugasnya yang lama terbengkalai dalam sehari dua. Sebab itu dia mahu semuanya dalam keadaan yang terbaik. Dia ke dapur bersama Soo MI dan Soo LI. Seperti biasa dia mendahului semua warga dapur pada pagi-pagi hari.
"Xiaojie," panggil Soo Mi mengejutkan lamunannya ketika mengambil barang-barang segar untuk dimasak oleh ketua Li.
"Kenapa Soo Mi?"tanya Sara.
"Semalam Soo Mi terdengar Daren akan ke istana lusa," jawab Soo Mi.
"Jadi?"
"Zhen gugu dan Woo xiaojie juga sedang berkemas kerana mahu pulang bersama Daren." Sara mengangguk faham apa yang Soo Mi katakan. Dia meneruskan kerjanya. "Xiaojie, xiaojie tidak merasa apa-apa yang janggal?" Sara menjeling kepada Soo Li. Soo LI juga menganggukkan kepalanya. Sara menggelengkan kepalanya.
"Apa yang pelik tentang itu? Woo xiaojie pulang kerana Shu Daren sakit. Lagi pun sudah lama dia di sini. Shu xiaoye tiada siapa yang menjaga di sana," jawab Sara. Soo Li dan Soo Mi berpandangan sesama sendiri. Sara nampak reaksi si kembar itu tetapi dia hanya meneruskan kerjanya.
"Zhen gugu kata, Shu Daren akan berada selama dua minggu di ibukota,"beritahu Soo Mi. Sara memandang si kembar Soo itu dan ketawa.
"Dia boleh duduk selamanya di ibukota pun tak apa. Yang kamu berdua terlalu bimbang ini kenapa? Ke kamu berdua bercita-cita hendak menjadi gundik Daren," usik Sara. Soo Mi dan Soo LI begitu terkejut dan terus melutut.
"Xiaojie bukan itu-"
"Kaiwanxiao (saya bergurau)!" potong Sara ketawa kecil. "Sudah bangun, nanti orang lihat ingat aku mendenda kamu berdua," ucap Sara menutup periuk. "Ok, semua sudah tersedia, tugas Soo Mi menjaga bubur ini sampai masak. Soo Li kau ikut aku, ke bilik Shu Daren." Sara pergi ke bilik utama dan Shu Wu Ji tiada kerana dia mesti berjalan lebih kurang 30 minit sehari. Jadi Shu Wu JI berjalan sekitar pekan pada pagi itu ditemani oleh Ah Chan. "Zhao Ying, Xiao Li mana?"tanya Sara seraya masuk ke bilik itu.
"Xiaojie, selamat pagi!" sapa Zhao Ying tersenyum. "Shu Daren pergi beriadah pagi, xiaojie,"jawab Zhao Ying.
"Baiklah kau, Xiao Li dan Soo Li kemaskan barang Daren untuk dia berangkat ke ibukota," arah Sara. Dia memberikan senarai barang-barang yang mesti dikemaskan oleh mereka kepada Zhao Ying. "Bila dah siap boleh melaporkan kepada aku ok?"kata Sara lagi. Zhao Ying menerima arahan itu. "Aku hendak ke belakang sekejap," beritahu Sara terus meninggalkan bilik itu. Dia pergi sendirian ke kebun buah di belakang kediaman itu yang berhampiran dengan anak sungai yang jernih dan cantik. Sesampai dia di situ, dia melihat sudah ada beberapa pekerja menyiram pokok sayur, mengutip buah dan sebagainya. Mereka menyapanya beramai-ramai. Sara hanya membalas dengan senyuman. Dia duduk di bangku menghadap anak sungai yang mengalir. Udara segar dengan cuaca yang nyaman mengasyikkan Sara. Tiba-tiba ada tangan yang menutup matanya mengejutkan lamunannya.
"Siapa?"tanya Shu Wu JI. Sara menarik tangan dan ketawa.
"Siapa lagi yang berani buat begini kepada aku hah? Ah Chan?"tanya Sara memandang Ah Chan di belakang Shu Wu JI. Shu wu JI mengisyaratkan Ah Chan untuk meninggalkan dia sendirian bersama Sara ketika itu.
"Aku rindukan kau semalaman," bisik Shu Wu Ji. Sara memandang wajah Shu Wu JI di bawah samar pagi diterangi sedikit demi sedikit oleh cahaya matahari. "Mestikah aku menunggu sehingga 3 bulan? Sedangkan seminggu ini aku susah untuk melihat kau pergi."
"Kalau macam tu, kau duduk sahaja di ibukota selama 2 bulan 3 minggu,"usik Sara. Shu Wu JI menjeling tajam.
"Aku faham, aku yang lebih sayangkan kau," ucap Shu Wu JI seakan merajuk. Sara mencucuk pinggang Shu Wu JI. "Eih," Shu Wu JI terjerit dan Sara ketawa melihat Shu Wu ji begitu.
"Sometimes, terlalu terburu-buru tidak akan menghasilkan apa-apa yang elok, Wu JI. Bukankah aku katakan yang aku tidak akan ke mana-mana."
"Aku tahu, kau mengulangi benda yang sama berkali-kali setiap kali aku mahu kita berkahwin semula. Tapi Shuang er, jika aku mati esok, aku mahu mati sebagai suami kau," kata Shu Wu Ji perlahan. Sara menarik nafas menikmati udara yang segar lalu tertunduk.
"Kau tahu yang kau sangat istimewa bagi aku Wu JI. Tapi walaupun kita dari zaman yang berbeza aku datang sebagai bekas isteri Wu Hen atau Andrew. Aku masih lagi dalam keadaan terkejut to tell you the truth. Dari saat aku mendapat call yang mengatakan dia kemalangan, dia koma selama seminggu, dan tidak mengenali aku sebagai isterinya. Semua sangat cepat dan sampai sekarang aku masih merasakan pedih itu di hati aku."
Shu Wu JI menyentuh tangannya.
"Aku sudah mati tanpa kau dia sini Shuang er. Dan kau pulang kepada aku, sudah cukup membuatkan aku bersyukur yang aku masih dapat memandang wajah kau. Aku masih lagi tidak percaya yang kau di sini." Sara memandang Shu Wu JI dan dia tahu Shu Wu JI berkata jujur. "Wu JI cintakan Shuang er sampai mati," ucap Shu Wu JI lagi. Tanpa sedar ada airmata yang menitis di pipi Sara. Dia begitu ingin membalas kata-kata yang serupa kepada Shu Wu JI tetapi mulutnya seumpama terkunci. Shu Wu JI menyeka airmatanya. "Aku akan setia menanti saat itu. Saat kita dinikahkan semula," sambung Shu Wu JI. Sara mengangguk. Shu Wu JI meletakkan kepala Sara ke bahunya. "Sekiranya kau mesti pergi Shuang er, tolonglah aku minta setulus hati aku, jangan pergi ketika aku tiada di sini," ucap Shu Wu JI perlahan.
"Aku mahu berjanji yang aku takkan ke mana-mana Wu JI. Tapi kau sendiri tahu yang aku datang dan pergi bukanlah terletak di tangan aku," ucap Sara perlahan. Shu Wu JI memegang pipi Sara yang masih di bahunya.
"Berjanjilah dengan aku Shuang er. Anggap sahaja kau dan aku berasal dari dunia yang sama," pinta Shu Wu JI. Sara mengangkat kepalanya dan mengesat saki-baki airmatanya.
"Aku akan menunggu kau di sini. Dan jika kau lama sangat aku akan pergi ke ibukota dan heret kau balik ke mari," kata Sara. Shu Wu JI terketawa mendengarkan kata-kata Sara itu.
"Wuji sayangkan Shuang er," kata Shu Wu JI reda ketawanya.
"Sara, Shuang er sayangkan Wuji juga," balas Sara.
"Makanan dah siap? Aku lapar," tanya Shu Wu JI.
"Aku rasa sudah. Marilah kita bersarapan bersama," ajak Sara bangun dari bangku.
"Ma Shang Wu ke mana? Sudah dua tiga hari aku tidak melihatnya,"tanya Shu Wu Ji.
"Aku sendiri tiada jawapannya Wu JI," jawab Sara sambil memegang lengan Shu Wu JI dalam berjalan ke rumah utama.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...