Sara mengikuti sahaja Yuan Yuan dan diiringi oleh Li Shu Fen yang asyik memandang Sara. Andrew,Soo Li dan Soo Mi juga perasan pandangan nakal Li Shu Fen.
Sara melihat sekeliling kediaman itu. Dia begitu merindui Zumu. Pohon-pohon sakura, pokok-pokok peony pelbagai warna yang ditanam oleh Xiao Lian. Sara menarik nafas dalam-dalam akan keharuman bunga-bunga yang sedang berkembang. 'Apa khabarlah Xiao Lian?'bisik hatinya.
"Zheng Xiaojie sukakan bunga-bunga tanya Li Shu Fen mengejutkan lamunannya. Sara tersenyum manis. "Xiaojie, saya belum pernah bertemu dengan seorang gadis yang namanya Cina tapi berwajah unik." Li Shu Fen terus berkata. Sara menghentikan langkahnya. Dia memandang budak lelaki yang sebaya Yi er. Yuan Yuan menoleh ke belakang.
"Er Xiaojie, tolong jangan ambil hati dengan kata-kata Fen er." Yuan Yuan menegur kebiadapan anaknya tanpa suara.
"Apakah maksud Li Xiaoye?"tanya Sara menguji.
"Maksud saya, er tiada yang lebih cantik dari wanita-wanita Han dan Manchu,"jawab Li Shu Fen. Sara mengangkat kening mendengar komen Li Shu Fen. "Erghh.." Li Shu Fen menggaru kepalanya. Lain yang dimaksudkan,lain yang keluar dari mulutnya.
"Zheng Xiaojie,maafkan Fen er. Dia tidak bermaksud buruk,"sampuk Yuan Yuan.
"Furen,"kedengaran suara Li Yang Jian dari kanan. Semua menoleh ke arah suara itu.
"Hou ye,"sapa Yuan Yuan.
"Kita ada tamu?"tanya Li Yang Jian sambil melihat Sara di sisi Andrew.
"Hou ye, saya Zheng Shuang dan ini adik saya Liu Li,"sapa Sara menunduk hormat. Nama Zheng Shuang itu tidak pernah dia lupakan. "Kami datang untuk menjemput Shu Xiaoye pulang. Kami mendapat berita yangShu Xiaoye tidak sihat di akademi tadi ."
Li Yang Jian memandang anaknya.
"Betul Tiye. Fen er bawa Sheng Yi ke mari kerana bimbang jika dia terpengsan di tengah jalan."
Sara ketawa. Semua mata tertumpu kepadanya.
"Li Xiaoye seorang yang sangat baik budi," kata Sara usai ketawanya.
"Apa yang menggelikan hati xiaojie,"tanya Li Shu Fen.
"Kalau hendak diikutkan, kediaman ini lebih jauh dari akademi berbanding dengan kediaman Zheng. Jika saya ialah Li Xiaoye lebih patut hantar terus ke kediaman Zheng,"jawab Sara sinis. Li Yang Jian bertukar-tukar memandang anaknya dan isterinya.
"Zheng Xiaojie, sebenarnya hari ini harijadi saya, jadi saya yang menyuruh Fen er menjemput rakan-rakan sekuliahnya,"kata Li Yang Jian. Sara tersenyum.
"Tahniah, houye. Semoga beroleh kekayaan dan kesihatan yang berpanjangan,"balas Sara menunduk. "Terasa kurang adab pula datang tanpa membawa hadiah,"ucap Sara.
"Eh,tak perlu rasa bersalah."
"Kalau begitu, saya akan bawa Yi er pulang dahulu."
"Xiaojie,apakata xiaojie makan malam bersama kami sempena harijadi Tiye,"tahan Li Shu Fen.
"Bukan tidak sudi, tetapi Shu Daren sudahpun merancang untk makan bersama malam ini,"tolak Sara. Li Shu Fen memandang kedua orang tuanya.
"Oh, baru teringat, Zheng Xiaojie akan menjadi isteri rasmi Shu Daren,"balas Li Shu Fen. Li Yang Jian tersenyum sinis.
"Nampaknya Shu Wu Ji menyukai semua yang bernama Zheng Shuang,"tegur Li Yang Jian. Dia menilai Sara dari hujung kaki ke hujung rambut. Kulitnya tidaklah seputih salju namun tiada cela. Matanya besar bersinar dan pandangan mata itu menyentuh lubuk hatinya. "Pernahkah kita bertemu sebelum ini?"tanya Li Yang Jian. Sara tersenyum.
"Jiaofu sebenarnya mempunyai tiga anak perempuan yang bernama Zheng Shuang. Salah seorangnya ialah Mo Li Hua."
Wajah Li Yang Jian berubah.
"Sayang Mo xiaojie meninggal dunia di negara asing."
Yuan Yuan tidak selesa mendengar nama itu.
"Jadi Jiaofu terlalu sedih dan kini Zheng Shuang adalah saya,"sambung Sara. "Na...saya sudah banyak membuang masa Li Furen dan Houye. Tolong tunjukkan di mana Shu Xiaoye,"pinta Sara.
"Lairen, pergi kamar Li Xiaoye dan panggilkan Shu Xiaoye ke rumah utama,"panggil Li Yang Jian. Dua orang pengawal terus berlari ke kamar Li Shu Fen. "Zheng xiaojie, kalau tidak keberatan marilah masuk dahulu,"pelawa Li Yang Jian. Sara memandang Andrew. Andrew sudah tentu menentang jika dia menerima pelawaan itu.
"Terima kasih Houye, begini sahaja, biarlah saya tunggu di pintu gerbang. Saya benar-benar kesuntukan masa,"balas Sara menolak dengan baik.
"Kalau begitu, silakan,"ucap Li Yang Jian. Sara memberi hormat kepada Yuan Yuan dan Li Yang Jian lalu pergi dari situ. 'Hao,kau masih sombong seperti dulu. Dan annoying,'desis hatinya.
Li Yang Jian masuk ke rumah utama bersama-sama Yuan Yuan.
"Berlutut sekarang!"tegas Li Yang Jian. Yuan Yuan dan Li Shu Fen terpinga-pinga.
"Tapi kenapa Houye?"tanya Yuan Yuan kebimbangan sambil memegang anak sulungnya.
"Kamu kalau tidak menimbulkan masalah satu hari memang tidak boleh bukan?!"
Li Shu Fen walaupun merasa tidak puashati diherdik begitu melutut di hadapan ayahnya.
"Hou ye, apa salah Fen er?"tanya Yuan Yuan cuba meredakan kemarahan Li Yang Jian.
"Kenapa kau berani membawa Shu Sheng Yi ke sini? Kalau Shu Daren membuat dakwaan yang Shu Sheng Yi diculik, macamana tiye nak mengadap maharaja?!"
"Fen er, benarkah kau memaksa Shu Sheng Yi ke mari?"tanya Yuan Yuan. Li Shu Fen memandang ibunya dan menggangguk. "Tapi kenapa Fen er?"
"Shu Sheng Yi tidak mahu menunjukkan kepada Fen er siapakah wanita muda yang menyelamatkan nyawanya kelmarin."
"Orang yang menyelamatkan Shu Sheng Yi dari ditimpa tiang adalah Zheng Xiaojie?"tanya Li Yang Jian.
"Bukan itu sahaja, Fen er begitu ingin mengenali wanita terkaya di Nanjing ketika ini,"jawab Li Shu.Fen. Menyirap darah Li Yang Jian melihat anaknya yang langsung tidak memikirkan reputasi keluarga Li.
"Kau!" Li Yang Jian menjadi begitu geram dengan sikap acuh tak acuh anak sulungnya.
"Tiye, janganlah marah. Cuba bayangkan kalau Zheng Shuang jadi isteri Fen er. Fen er boleh jadi orang yang paling berpengaruh di Da Ming,"luah Li Shu Fen. "Fen er tak kisah kulitnya tak seputih awan!"
"Fen er, apa kau dah gila? Itu bakal isteri Shu Wu Ji. Maharaja juga sudah bersetuju!"
"Tiye-"
"Kau senyap!Mulai hari esok kau tidak boleh keluar dari rumah kecuali ke akademi!" Sampuk Li Yang Jian. Kenakalan Li Shu Fen sudah tidak dapat dibendung.
"Tiye, Fen er mahu berkahwin dengan Zheng xiaojie."
"Kau diam! Kau sudah dijodohkan dngan keluarga Jiang."
"Tapi-"
"Tiye potong duit belanja jika kau berkeras!"
Li Shu Fen bungkam dia memandang ibunya seumpama merayu. Ibunya mendiamkan diri kerana Li Yang Jian sudah terlalu marah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...