65

123 23 1
                                    

"Cempaka, apa tindakan kita yang seterusnya?"tanya Pipit.

"Kita hanya perlu perhatikan sahaja apa yang akan terjadi,"jawab Sara duduk di pejabat di tingkat atas kedai sutera. "500 tael emas kau letak 100 tael dalam satu kotak kayu. Susun kotak kayu itu terus ke sini. Pastikan kotak-kotak itu berbungkus kain berwarna merah muda. Tutup kedai kepada pelanggan melainkan yang akan mengambil emas ini."

"Baik Cempaka. Pipit pergi buat sekarang,"kata Pipit mengundurkan dirinya. Shu Wu Ji yang duduk di tepi tingkap dan Andrew yang duduk di hadapannya memandangnya tanpa suara.

"What?!"tanya Sara kepada dua lelaki itu.

"Kau nak buat apa ni sebenarnya?"tanya Shu Wu Ji.

"Tak ada apa!"jawab Sara menuang teh ke cawannya.

"Liu Li,apa fikiran kau?"tanya Shu Wu Ji. Andrew memandang Shu Wu Ji.

"Hanya satu di fikiran aku,"kata Andrew menjeling kepada Shu Wu Ji.  "Dia akan buat apa yang dia suka."

Sara tersenyum hambar.

"Dengan itu, zhangfu daren, Liu mei mei tolong tinggalkan kedai ini,"pinta Sara menunjuk ke pintu.

"Tidak!"teriak Shu Wu Ji dan Andrew membantah.

"The two of you will ruin my plans. Now zhou ba..."balas Sara. Andrew cuba bersuara. Ditahan oleh Sara. "Hanya Pipit dibenarkan berada di sini."

"Kau gila?"bentak Andrew. Sara mengangguk. "Sara!"

"Out!"

"Shuang er,"panggil Shu Wu Ji lembut. "Ini sangat bahaya,"terang Shu Wu Ji ala memujuk.

"Wo zhidao. Sebab itu Pipit di sini. Tengok, kalau dia benar-benar berupaya menyelesaikan perjanjian wanita tadi takkan jadi mangsanya."

Andrew dan Shu Wu Ji terdiam

"Kau berdua mesti mempercayai aku. Untuk kali ini sahaja. Please,"pinta Sara.  Andrew memandang Shu Wu Ji dan mereka memandang Sara dan menggelengkan kepala mereka tidak bersetuju. "Hao, tekak aku kering. Ok, aku menurut sahaja. Nah, teh satu untuk Liu Li satu untuk Zhangfu wo de xin,"kata Sata tersenyum. Shu Wu Ji terketawa. Dia duduk bersebelahan Andrew. "Soo Li, bawa masuk kuih!"

"Baik,xiaojie!"balas Soo Li dari luar dengan cepat dia ke dapur. Dia membawa masuk kuih berwarna hijau.

"Rasalah, Pipit kata ini resepi melaka. Kuih Lopes. Nah." Sara meletak sekeping ke piring Shu Wu Ji dan Andrew.

"Rasa dah berkurun tak makan,"ucap Andrew terus menjamah kuih tersebut.

"Ehh..manis!"komen Wu Ji. Habis sahaja ayat itu Wu Ji pengsan.

"Kau!"giliran Andrew pula pengsan.

"Kau kau apa kau?"balas Sara terketawa kecil melihat Andrew pengsan. Ubat tidurnya berkesan.

"Apa yang sudah terjadi Xiaojie?"tanya Soo Mi.

"Mereka terlalu penat. Panggil pengawal hantar mereka ikut pintu belakang ke kediaman,"arah Sara.

"Baik Xiaojie." Soo Mi berlarian keluar memanggil.orang.

"Apa yang telah terjadi?"tanya Pipit yang masuk ke bilik.

"Err...Wuji dan Liu Li merasa kurang sihat. Jadi aku suruh orang bawakan mereka pulang."

Pipit terdiam melihat Sara di hadapannya.

"Kau ni kenapa?"

"Mereka kurang sihat?"tanya Pipit. Sara mengangguk. Pipit pula mengangguk. "Nah ini kotak terakhir,"kata Pipit sambil meletakkannya di meja.

"Baiklah sekarang kita tunggu sahaja."

Pipit pergi mengambil tempat di belakang Sara. Mereka tidak tunggu lama kerana tidak beberapa ketika kelihatan lelaki bertopi kelambu hitam masuk ke kedai. Dia melihat kedai itu seperti tiada berpelanggan.

"Zheng Xiaojie,"sapa lelaki itu masuk ke dalam. "Adakah kau ingat aku bodoh?"

"Shi ma? Kalau kau cerdik kau keluar dari sini dengan kotak2 yang kau telah kutip di tangga,"balas Sara bersandar ke kerusinya. Dia melihat lelaki itu memandang kotak yang terakhir. "Jangan terlalu bersyak-wasangka. Aku sebenarnya mahu menambah upah,"beritahu Sara mengisyaratkan Pipit mengambil kotak yang lebih besar. Dia membuka dan tersusun 300.tael.perak.

"Kenapa?"

"Kerana aku berpuas-hati dengan kerja kau. Er mungkin di lain kali kita boleh bekerjasama lagi,"jawab Sara tenang. Lelaki itu nampak lebih tenang. "Nah...aku tidak minum.arak tapi bolehkah kita memeterai perjanjian dengan minum teh sahaja?"ucap Sara tersenyum. Lama lelaki itu berfikir. Dia bersetuju.

"Bagaimana aku pastikan xiaojie tidak meracun teh ini?"tanya lelaki itu. Sara mengambil cawan yang diberikan kepada lelaki itu dan meminumnya. Lalu dia memberikan cawannya yang berisi teh kepada lelaki itu. Tanpa berlengah dia meminum teh yang diberikan.

"Zhenme yang? Segar tak teh itu?"tanya Sara. Lelaki itu mengangguk. Sara tersenyum. Tiba-tiba lelaki itu memegang lehernya. "Xiansheng ni zhenme la?"tanya Sara seperti tidak bersalah.

"Ah, ah..sakit kerongkongku!"

"Hmm...aku akan berikan penawar jika kau berterus-terang siapa yang mengupah kau sebenarnya?"

Lelaki itu menggelengkan kepalanya. Sara mengetap bibirnya.

"Baik, Pipit mari kita beredar dari sini,"ajak Sara bangun dari kerusinya.

"Deng deng,"kata lelaki yang sudah berguling di lantai. Keperitan kerongkongnya seperti terbakar.

"Aku bukan kejam seperti kau yang membunuh seorang ibu. Kau takkan mati tapi akan mengalami sakit seperti hendak mati sehingga tiga hari. Kau tidak akan boleh bercakap atau mendengar lagi. Lidah kau akan terbakar hingga tidak boleh digunakan lagi. Dan gegendang telinga kau akan pecah kerana terlalu sakit."

Lelaki itu menyembah Sara dan memegang kakinya merayu.

"Shei?"tanya Sara pendek. Dia mengeluarkan tag dari pinggangnya. Pipit menghela nafas panjang. Itu adalah yupe hadiah diraja kepada pekerja istana yang cemerlang. "Shei,"tanya Sara masih mahukan pengakuan.

"Zhen gu gu.."kata lelaki itu dalam kesakitan. "Penawar,"pinta lelaki itu. Sara memandang Pipit dan Pipit membantu lelaki itu berdiri. Lelaki itu menghulurkan yupe tersebut. Sara mencabut cucuk sanggulnya dan mengambil yupe itu dari tangannya. "Penawar..."

Sara mengisyaratkan kepada Pipit dan Pipit memukul belakang kepala lelaki itu dengan hulu pedang. Dia jatuh pengsan. Sara menggerakkan tubuh lelaki itu dengan kakinya. Tiada tindak balas.

"Betul ke dia akan jadi pekak dan bisu Cempaka?"tanya Pipit. Sara ketawa.

"Racun yang kuberi tiada penawar Pit."

"Racun apakah itu?"

"Akar wasabe, lada hitam,gochukaru yang paling pedas di dunia."

"Apa?"

"Dia tu kepedasan sahaja. Rakyat Nanjing tidak makan pedas jadi, aku kira kalau bagi sedikit kejutan takkan mencederakan."

"Tapi Cempaka minum tadi."

Sara ketawa.

"Nampak sama tak serupa!"balas Sara. "Sudahlah bawa dia ke kediaman Zheng. Kurung dia di bawah tanah. Wu Ji akan selesaikan hal ini." Tetiba wajah Sara berubah.

"Kenapa Cempaka?"

"Ermm...aku mahu ke Qing an sekarang. Jadi kau uruskan semua ni. Aku akan bawa Soo Mi, Soo Li dan Ma Shang Wu. Oh ya bawak budak tu sekali.'

"Pipit?"

"Kau harus berada di sini untuk mengurus perkahwinan aku."

"Oh baiklah. Dalam masa setengah jam aku nak bertolak."

"Kenapa.tergesa-gesa?"

'Kalau tak tergesa-gesa.aku pulak yang dihumban ke bawah tanah pulak nanti,'jawab Sara dalam hati.

"Kau mesti ceritakan segalanya kepada Shu Daren ok? Aku akan balik dalam tiga hari. Kau pastikan persiapan perkahwinan aku lengkap semuanya!"

"Baik!"kata Pipit.



Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now