84

170 24 5
                                        

Sara bergerak pantas ke bilik Xiao Lian. Apabila dia masuk Xiao Lian baru sahaja selesai makan sedikit makanan dan ubat taiyi. Ma Shang Wu, Soo Lian dan Soo Mi berada di bilik itu.

"Gongzi..."sapa mereka hormat.

"Ah Li di mana?"tanya Sara.

"Aku di sini. Kau tak apa-apa?"tanya Andrew yang masuk sejurus kemudian.

"Ok...Ah Wu Xiao Lian bagaimana?"

"Xiao Lian Kunyang sudah lepas dari bahaya,"jawab ma Shang Wu.

"Alhamdulillah,"jawab Sara spontan. Xiao Lian terus berpaling ke belakang.

"Siapa.."panggil Xiao Lian perlahan. Berkerut dahinya melihat Sara.

"Kunyang ini-"Ma Shang Wu cuba memperkenalkan Sara.

Sara menahan Ma Shang Wu dari terus berkata. Dia bergerak ke katil Xiao Lian.

"Gongzi terima kasih kerana menyelamatkan Xiao Lian."

"Tidak perlu disebut. Aku-"

"Bolehkah Xiao lian berbicara dengan gongzi sebentar?"

Sara memandang semua di situ dan mengisyarakat semuanya meninggalkan mereka sebentar.

"Apa yang gongzi ucapkan tadi?"tanya Xiao Lian masih bernada perlahan.

"Tadi?"

"Ya..al..al.."

"Alhamdulillah?"soal Sara semula. Xiao Lian mengangguk. "Kenapa?"

"Xiao Lian selalu mendengar tuan Xiao Lian mengucapkan perkataan itu."

"Siapa tuan Xiao Lian?"

"Da xiaojie Mo Li Hua."

Sara tersenyum.

"Xiao Lian, alhamdulillah kau sudah beransur baik. Ini bukan tempat kau. Kau hendak ke mana-mana aku boleh menghantar kau pulang."

"Gongzi, Xiao Lian anak yatim. Tiada saudara-mara."

"Xiao Lian,"panggil Pipit yang masuk ke bilik.

"Pit,bukankah aku menyuruh-"

"Tuan Pipit,"sapa Xiao Lian. Pandangannya bersilih-ganti kepada Sara dan Pipit. Pipit terpaku di situ.

"Pipit bawa berita Gongzi,"kata Pipit. Sara memandang Xiao Lian dan tersenyum.

"Soo Mi akan membantu Xiao Lian di sini. Ma Shang Wu adalah pembantu aku yang aku percayai. Kau makan ubat dan berehatlah. Kami di sini tidak boleh lama. Mungkin terpaksa bertolak esok hari ke Kunyang."

"Gongzi, Xiao Lian terhutang nyawa dengan Gongzi. Xiao Lian tidak dapat membayar dengan wang ringgit tetapi Xiao Lian akan membalasnya dengan tenaga dan kesetiaan."

"Kau baru sahaja baik sakit. Masih lemah. Aku tak perlukan balasan apa-apa dari kau Xiao Lian. Cuma aku hendakkan kau sihat kembali. Kau berehat malam ini. Esok aku akan beritahu di mana tempat kerja kau yang baru ya?"pujuk Sara. "Soo Mi,"panggil Sara.

"Ya Gongzi."

"Malam ini tolong bantu Xiao Lian ya."

"Baik gongzi,"ucap Soo Mi.

"Kami beredar dulu. Kau berehat. Minta tolong dengan Soo Mi sekiranya kau memerlukan apa-apa,"kata Sara. Xiao Lian mengangguk lemah. Sara dan Pipit keluar dari situ. Kelihatan Ma Shang Wu dan Andrew menunggunya.

"Apa berita tu Pipit?"tanya Sara.

"Li Yang Jian berada di sini."

Sara ketawa.

"Kau jugak yang membawa dia ke taiyi bukan?"tanya Sara.

"Pipit terdengar Zhu Wu diberi perintah untuk membunuh Shu Daren."

"Apa?!"ucap Andrew and Ma Shang Wu serentak.

"Aku tak terkejut. Li Yang Jian memberitahu aku sendiri."

"Apa?"kata Andrew terkejut. Sara menepuk bahu Andrew.

"Aku tak apa-apa."

"Kita nak buat apa sekarang ni?"

"Kita berpecah dua,"cadang Sara. "Aku wajib ke Kunyang dan kita mesti membuatkan Li Yang Jian percaya aku mengubah perjalanan ke GuangZhou."

"Aku dan Ma Shang Wu akan ke Kunyang berdua."

"Tapi-" Pipit bersuara.

"Pit kau orang kanan aku. Jika kau tak ke Guang Zhou, Li Yang Jian akan dapat meneka yang aku tidak berada di situ."

"Let me come with you,"bisik Andrew.

"Kerja ini bahaya Andy. Aku tak mahu kau-'

"Aku mahu bersama kau,"pinta Andrew.

"Mungkin Ah Li perlu bersama kita. Bila Pipit tiada, keselamatan kita agak tergugat."

"Walaupun Pipit tidak mahu, Pipit faham rancangan Cempaka."

"Kau ke sana tolong lindungi Shu Daren untuk aku sehingga aku tiba di sana,ok?"pinta Sara.

"InsyaAllah Cempaka."

"Wakilkan seseorang untuk hantar Xiao Lian ke keluarga Mo di Hangzhou. Surat kebebasan dia ada di sini,"arah Sara memberikan surat itu kepada Pipit. "Jauhkan dia dari Li yang Jian. Aku takut dia menggunakan Xiao Lian hanya kerana mahu mendapatkan aku."

"Dia tahu kau Mo Li Hua?"tanya Andrew. Sara mengangguk.

"Aku sendiri tidak pasti bagaimana dan aku tak mau tahu."

"Baik, tahulah Pipit membuatnya."

"Aku serahkan segalanya pada kau. Kalau boleh minta Xiao Lian menukar namanya. Dan surat kebebasan itu perlu dibuat kembali."

"Cempaka jangan risau. Pipit akan uruskan."

"Baiklah kita berpecah di sini. Ah Wu, Andy kita pergi,"ajak Sara.

"Shu Gongzi, man man zhou,"ucap Pipit mengangkat hormat. Sara menepuk bahu Pipit.

"Jaga dirimu adinda,"ucap Sara dalam bahasa Melayu.

"Cik Muda juga jaga diri. Hamba akan menunggu Cik Muda di sana,"balas Pipit. Sara mengangguk. Sara meninggalkan Pipit di situ bersama Ma Shang Wu dan Andrew. Di tengah malam itu mereka keluar dari rumah penginapan tersebut.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang