97

119 17 2
                                        

"Gongzhi, apa kata kita duduk di dalam restoran di tepi jalan itu," cadang An Ling salah seorang pengawal peribadi yang berada bersamanya. Sara berfikir dan bersetuju. Mereka bergerak ke restoran berkenaan dan An Ling menempatkan mereka di tingkat atas di tepi anjung. Sara dapat melihat dengan lebih jelas orang ramai yang berpusu-pusu menantikan tentera laut masuk berarak. Sara tersenyum melihatkan tentera-tentera laut itu berjalan masuk dan dari jauh dia dalam melihat Shu Wu Ji berdiri di pedati kuda. 'Wu JI kau nampak lebih kurus dari sini,'tegur Sara dalam hatinya. Ya, Shu Wu Ji sudah pun berusia 40 tahun biarpun tidaklah semuda dan setangkas dulu, namun karisma itu masih kekal. Sara duduk di tepi tingkap berhati-hati untuk tidak dapat dilihat oleh Shu wu JI.

Wanita muda tadi yang begitu beria-ia menanti Shu wu JI melambai kepada Shu Wu Ji. Sara hanya menggelengkan kepalanya kerana bukan sahaja wanita muda itu. Ada satu kumpulan yang penuh bunga di tangan bersorak apabila melihat Shu Wu JI. 

"Daren, bagaimanakah rasanya diminati begini?"bisik Ah Chan mengusik. Shu Wu JI tidak mengendahkan kata-kata itu. Tiba-tiba ada seseorang meletak sekeping kertas kecil ke tangan Ah Chan yang berjalan kaki di sebelah Shu Wu Ji. Dia membacanya dan memandang Shu wu JI.

"Kenapa?"tanya Shu wu Ji masih diarak dalam pedati itu. Dalam nota rahsia itu menitipkan yang pahlawan bayangan bersiap-sedia menangani kemungkinan  lanun-lanun jepun menyerang mereka di daratan.

"Ada maklumat yang memberi kita amaran lanun-lanun Jepun sedang bersiap sedia."

"Bersiap-sedia?"soal Shu Wu JI kembali. "Betul telahan aku , perkara ini tida semudah yang disangka."

"Dan-"

"Dan apa?"

"Shu Furen yang mengarahkan pasukan pahlawan bayangan yang menjaga Daren."

Shu Wu menghentikan pedatinya dan memandang Ah Chan. Semua orang terpinga-pinga kenapa Shu wu JI tiba-tiba berhenti di tengah-tengah perarakan. Sara menyorokkan dirinya lebih teliti.

"Kenapa gongzhi?"tanya Shu en rakan An LIng. 

"Kita harus pergi," bisik Sara. Kedua pengawal itu merasa hairan.

"Tapi-"

"Aku kenal suami aku. Dan aku rasa dia sudah pun mengagak aku berada di sini,"jawab Sara sambil dengan pantas keluar dari tempat itu. Mereka menggunakan pintu belakang untuk ke pejabat tentera laut di mana Shu Wu JI akan menerima titah maharaja.

Shu Wu JI meneliti orang ramai di kiri dan kanan jalan dan melihat ke arah bangunan-bangunan kedai. Ah Chan mengerti tindakan Shu wu JI itu.

"Daren, kita sudah lambat untuk menerima perutusan."

"Aku tahu." Baru sahaja mereka hendak meneruskan perjalanan wanita muda tadi menahan Shu wu JI. 

"Kunyang tolong ke tepi," pinta Ah Chan.

"Daren, terimalah ini sebagai tanda kasih. Saya anak Majistret di sini," kata wanita muda itu tadi sambil menghulurkan beg kecil berisi pot pourri.

"Kunyang maafkan saya, saya sudah pun berkahwin," tolak Shu Wu Ji dengan lembut.

"Saya tidak kisah menjadi gundik,"usap wanita muda itu. Ucapan itu membuat orang ramai bersorak.

"Maafkan saya. saya mesti pergi," balas Shu Wu JI memberi arahan kepada semua untuk meneruskan perjalanan. Wanita muda itu menghalang Shu Wu Ji daripada meninggalkannya. 

"Kunyang, sila ke tepi. Tidak manis bertindak begini," kata Ah Chan sambil mempertahankan Shu Wu Ji dengan tubuhnya.

"Kejayaan menewaskan lanun dan ditambah dengan kekayaan keluargaku akan menjadikan Shu Daren lebih hebat."

"Wei Kunyang,"tegur Shu Wu Ji.

"Oh, Daren mengenaliku,"balas wanita muda itu gembira.

"Wei Kunyang,aku tidak pernah memandang seseorang itu dengan status. Apa Wei Kunyang mengenali Zheng Shuang Xiaojie?"tanya Shu Wu Ji tersenyum.

"Zheng Xiaojie adalah antara wanita bangsawan terkaya di Tanah Ming ini,"sambut Wei Kunyang. Jawapannya menerima tepukan.

"Zheng Xiaojie ialah Shu Furen," tambah Ah Chan. Wei Kunyang terdiam. "Titah maharaja menanti, Wei Kunyang tolong ketepi." Bukan saja wei Kunyang yang termangu-mangu, semua yang memandang juga turut terdiam. Dewan Perniagaan Zheng bukan calang-calang perniagaan. Tuan Pipit yang membawa legasi Zheng He juga seorang usahawan yang bijak. Kalau tidak masakan mereka menguasai pasaran rempah di Asia Tenggara. 

"Maharaja Yongle bertitah. Panglima Laut Diraja diraikan sebagai pegawai diraja kelas ketiga, dengan gelaran Taiping Houye.  Dan permintaaannya untuk bersara, diterima sebahagian oleh Maharaja. Walaupun tidak lagi menjadi seorang Panglima Diraja, beliau diminta untuk kekal sebagai Menteri di istana. Kesemua laskar yang berjuang bersama Shu Houye akan dinaikkan pangkat dan gaji sebanyak dua anak tangga. Sila terima perintah!"

"Wansui wansui wan wan sui hwangshang!" sahut kesemua tentera laut yang berada di situ. Sara yang menyaksikan segalanya mengangguk perlahan di tempat persembunyian. 

"An LIng, mari kita balik. Aku rasa tugas aku selesai, kita bersiap ke Nanjing secepat mungkin," kata Sara sambil secara senyap-senyap meninggalkan pejabat tentera laut itu, "Shu En, mari,"tegasnya lagi. Mereka bergegas dari situ dan pulang ke rumah rehat dengan melalui lorong-lorong belakang.

"Li Hua!" Ada suara yang memanggil dari arah belakang mereka bertiga yang sedang berjalan pantas. Sara amat mengenali suara itu.

"Gongzhi, An Ling cepat bawa Gongzhi  pulang." Shu En menggesa   Sara dan An Ling untuk meneruskan perjalanan.

"Shu En-"

"Gongzhi, Shu En takkan apa-apa! Cepat pergi!"

"Li Hua bukan kau meninggalkan orang-orang kau sendirian."

"Houye, tolong benarkan kami pergi!" Pinta Shu En masih bersopan. Sara berpaling ke belakang. Li Yang Jian ketawa.

"Aku tahu kelemahan kau ialah terlalu mengasihani orang yang tiada bertaraf ini."

"Jangan celupar sangat boleh hah Li Yang Jian!"

Li Yang Jian ketawa besar lagi.

"Li Hua aku akan lepaskan dua orang ini tapi kau mesti pulang bersamaku."

Giliran Sara pula ketawa.

"Kau mesti belum pernah memdengar pepatah Melayu ini Li Houye. Biar putih tulang jangan putih mata."

"Telahanku benarlah begitu. Kau ialah Mo Li Hua."

"Benar atau tidak. Aku ialah Shu Furen, Zheng Shuang tuan punya Dewan Perniagaan Zheng.  Bukan Mo Li Hua. Berapa kali aku katakan AKU bukan Mo Li Hua."

Li Yang Jian mengangkat tangan kanannya. Berpuluh tenteranya muncul mengepung mereka bertiga.

"Gongzhi," bisik An Ling kerisauan.


Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang