Yi er merasa bingung berdiri di situ sendirian. Li Ren yang bersimpati dengan Yi er menegurnya.
"Xiaoye."
"Kita pergi melihat pernikahan itu,"balas Yi er pantas. Dia masih tidak dapat menerima ibunya yang bersopan-santun, lemah lembut menjadi sekejam itu.
"Xiaoye, Woo Xiaojie-"
"Dia akan dijaga dengan baik,"sampuk Yi er pantas. Panggilan Woo Xiaojie menyentuh hati Yi er. Sekarang dia mula mengerti kenapa ibunya tidak menjadi isteri rasmi keluarga Shu. Hati ayahnya bukan dengan ibunya. Walau ayahnya nampak seperti tidak menghiraukan ibunya tetapi mengenangkan, selepas kelahirannya ayahnya tidak pernah menerima kehadiran wanita lain, dia tahu Zheng Shuang adalah cinta ayahnya. Hatinya perit mengenangkan realiti kehidupannya tetapi dia juga menyenangi Zheng Shuang.
Perkahwinan Shu Wu Ji dan Sara berjalan lancar biarpun Sara jauh di lubuk hatinya merasa kasihan terhadap Woo Wei Young. Jamuan ringkas di rumah tumpangan keluarga Zheng yang diuruskan oleh Pipit masih meriah. Sara yang berada di bilik pengantin termenung di tingkap melihat kemeriahan dari jauh. Dia teringatkan mamatok, emaknya dan juga Andrew. Shu Wu Ji masuk ke bilik tidak lama kemudian.
"Qin ai de,"sapa Shu Wu Ji. Sara yang sudahpun berpakaian biasa tetapi cantik tersenyum. Shu Wu Ji mendapatkan Sara dan memeluknya erat. Sara menepuk-nepuk belakang Shu Wu Ji. Shu Wu Ji melepaskan dakapannya dan meneliti wajah isterinya untuk kali kedua.
"Kenapa xiankong melihat Sara begini?"
"Kau tentu mengenang mamatok dan mak bukan?"tanya Shu Wu Ji menyentuh pipi Sara.
"Dan juga Andrew,"kata Sara terus-terang. Shu Wu Ji terdiam.
"Kau milik aku sekarang,"ucap Shu Wu Ji. Sara tertawa kecil.
"Ya, dan kau juga milikku,"jawab Sara. "Tapi aku kasihankan Woo Wei Young."
"Kau tahu kenapa dia menjadi isteri aku pada mulanya bukan? Perkahwinan yang diatur untuk menyelamatkan maruah keluarganya."
"Takkan kau sedikit pun tidak pernah menyayanginya."
"Perkahwinan zaman ini, yang ada hanyalah rasa hormat, toleransi dan tanggungjawab. Perasaan cinta itu hanya orang bertuah sahaja dapat mengalaminya."
"Kau terlalu keras terhadap Wei Young."
"Aku tahu. Walaupun kau tidak di sini, aku tak dapat melayannya lebih dari itu."
"Dia begitu sayangkan kau Wu Ji."
"Dan aku tak dapat bersabar lagi tadi apabila dia hampir mencederakan kau."
"Aku-"
"Wo ai ni. Zhen de,"sampuk Shu Wu Ji.
"Aku sayangkan kau lebih dari diri aku sendiri,"kata Sara menyentuh wajah suaminya. "Aku lagi seperti bermimpi yang Allah memberikan peluang untuk menjadi Shu Furen sekali lagi." Dia memandang Shu Wu Ji yang erat merangkulnya."Kita hanya ada empat hari lagi untuk bersama sebelum aku belayar."
"Aku tahu. Pasal Woo Wei Young, aku akan selesaikan esok. Malam ini aku hanya mahu menghabiskannya bersama Shu Furen,isteriku dunia akhirat,"ucap Shu Wu Ji lembut. Dia membawa Sara atau Zheng Shuang ke bilik pengantin mereka. Mereka melayari malam itu sebagai suami isteri yang sah.
Li Yang Jian membuang semua yang ada di meja mendengarkan berita Zheng Shuang telah selamat menjadi Shu Furen.
"Zhu Wu, kau-"
"Ampunkan Zhu Wu Houye-maklumat yang kita dapat tidak tepat. Shu Daren selangkah ke hadapan bagi memastikan majlis itu berjalan lancar."
"Shu Wu Ji. Kenapa kau tak mati sahaja dahulu!"
YOU ARE READING
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
أدب نسائيKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...