12

206 30 1
                                        

Sara membawa Shu Wu JI ke meja makan yang besar dan mewah itu. Dia meletakkan Shu Wu JI di kepala meja tetapi Shu Wu Ji tidak mahu duduk di situ. 

"Kenapa Daren? Memang di situ ialah tempat duduk Daren," tegur Woo Wei Young. 

"Kerusi ini ialah untuk pemilik rumah dan segala harta yang ditinggalkan oleh Zheng gonggong dan pewaris itu ialah Zheng Shuang,"jawab Shu Wu JI ringkas.  Zhen Gugu mengetap bibirnya menahan geram. Sara tersenyum sinis kepada Zhen Gugu. Shu Wu JI menarik tangan Sara untuk duduk di kepala meja.

"Err...Zheng xiaojie datang dari mana?"tanya Woo Wei Young cuba mengendurkan ketegangan yang terasa di bilik itu.

"Dari masa depan," jawab Sara selamba. Shu Wu Ji terkejut dan memandang Sara. Sara ketawa. "Kenapa semua macam terkejut ni?"tanya Sara.

"Masa depan?"tanya Woo Wei Young. 

"Ya masa depan. Tu di depan.. Masa saya datang saya guna pintu depan. Masa depan," gurau Sara. Woo Wei Young hanya tersenyum hambar."Apa tunggu lagi silalah makan. Saya yang masak semua ini," jemput Sara menunjuk kepada hidangan di hadapannya. "Shu Daren mesti makan bubur sahaja untuk sehari dua sampai Song Taiyi memberikan kebenaran untuk makan seperti biasa,ya?"kata Sara tersenyum menolak mangkuk kepada Shu Wu JI. 

"Nampak sangat macam penipu," bisik Zhen Gugu tetapi masih boleh didengari semua yang ada di situ. Shu Wu JI ingin membalas tetapi ditahan oleh Sara dengan menggenggam erat tangan kanan Shu Wu JI. Woo Wei Young termalu-malu melihat kelakuan Zhen Gugu.

"Nampak macam sedap ni, mari kita makan," cadang Woo Wei Young.

"Silakan Woo xiaojie," pelawa Sara sambil menjeling dan masih tersenyum melihat kegeraman Zhen Gugu. Dia meletakkan lauk di mangkuk Woo Wei Young. Mereka makan tanpa mempedulikan perangai Zhen Gugu.

"Lama ke Zheng Xiaojie akan duduk di sini?"tanya Woo Wei Young. Shu Wu JI yang sedang menyuap makanan meletakkan sudunya dan memandang Woo Wei Young.

"Soalan itu patut aku bertanyakan kepada kau!" potong Shu Wu JI. "Dia ni tuan rumah di sini. Kau siapa yang hendak menyoal?"tanya Shu Wu JI. Woo Wei Young termangu-mangu dimarah begitu.

"Maafkan Wei Young, Daren, Zheng Xiaojie," pinta Woo Wei Young perlahan.

"Wu JI, kenapa garang sangat ni?"tegur Sara. Dia memandang Woo Wei Young. "Untuk pengetahuan Woo xiaojie, saya ke mari kerana urusan kerja. Wu JI pula kebetulan sakit. Jadi apa-apa hal pun saya akan memastikan Shu Wu JI sembuh barulah akan menyambung kerja saya semula."

"Kerja?"

"Ya! Zheng gonggong meninggalkan banyak perniagaan dan ada yang kerugian jadi selepas ini saya akan sibuk menguruskan ini."

"Wah, Zheng xiaojie begitu berkebolehan,"puji Woo Wei Young. Sara tersenyum.

"Tidaklah sangat. Saya dibantu oleh ketua-ketua kedai yang berkebolehan. Saya cuma nak pastikan semuanya berjalan lancar."

"Zheng xiaojie, masih muda dan belum berkahwin. Apa kata Wei Young memperkenalkan beberapa calon yang sesuai dengan Zheng Xiaojie," pelawa Woo Wei Young. Shu Wu JI yang sedang menelan bubur nasi itu tersedak mendengarkan cadangan Woo Wei Young. Sara mengurut belakang Shu Wu JI dan memberikannya secawan air. Dia menahan ketawanya. "Daren, hati-hati makan tu," kata Wei Young menghulurkan napkin kepada Shu Wu JI. 

"Tidak perlu!" bentak Shu Wu JI. Woo Wei Young terdiam dia sengaja mahu menguji sejauh mana hubungan Shu Wu JI dan Sara.

"Saya sudah punya pilihan hati," jawab Sara.

"Orang sinikah?"tanya Woo Wei Young. Zhen gugu juga mendengar dengan penuh perhatian.

"Nak kata bukan, ya. Nak kata ya, bukan," jawab Sara ketawa kecil. 

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang