2

289 30 1
                                    

Sara bangun dari katilnya mencapai tuala dan mandi. Dia bersolat dan berdoa agar Allah memberikannya kekuatan untuk menghadapi semua ini. Setahun bertunang dengan Shu Wu Ji dan di hari pernikahan Shu Wu Ji pulang ke zamannya. Dia menuruti Shu Wu Ji dan mengahwininya tetapi pernikahan itu terlalu singkat. Andy, hanya Andy memahami keadaan dirinya. Dan Andy telah menjadi suami yang paling sempurna bagi dirinya. Dia membaca Yassin untuk semua yang telah pergi termasuklah ayah angkatnya Laksamana Zheng He. Dia mengimbas kenangan melalui instagram di setiap saat dia bersama keluarganya dan juga Andrew. Dia membuka folder tersembunyi di telefonnya. Gambar-gambar Shu Wu Ji ketika Shu Wu Ji merentas masa ke zaman Sara. Wajah itu membuatkan perasaan rindu begitu mencengkam di jiwanya.

"Sara,"panggil Salina di luar bilik. Sara bangun membuka pintu masih lagi memakai telekung. Salina terpegun melihat Sara lebih tenang.

"Kenapa mak?"tanya Sara tersenyum.

"Er..abang long, angah semua ada di bawah. Mari makan bersama,"ajak Salina.

"Baik mak. Sara turun dalam sepuluh minit,"kata Sara tersenyum. Salina mengangguk dan meninggalkan Sara di situ. Sara turun dan menyambut mesra semua yang ada di situ. Hatinya agak terubat melihat setiap ahli keluarganya berada di situ. 'Jika aku kembali kepada Shu Wu Ji aku pasti merindui setiap dari mereka dan aku sendiri tidak tahu bila lagi akan bertemu,'bisik hatinya. Mamatok yang memerhatikan sahaja wajah ceria Sara dapat menghidu gundah di hati Sara. Setelah semuanya pulang Sara duduk berseorangan di tepi kolam ikan koi.

Mamatok dan ibunya membawa sedulang kopi o panas dan sepiring biskut.

"Jauh menung,"tegur Mamatok. Sara tersenyum melihat mamatok dan ibunya. "Boleh mamatok tahu apa di fikiran Sara?"

"Popo...Sara jumpa Popo dan Popo cakap jika Sara mahu boleh pulang semula ke Dinasti Ming."

Mamatok dan Salina saling bertukar pandangan.

"Tetapi kali ini Sara balik sebagai Sara bukan sebagai orang lain,"terang Sara.

"Mak tak setuju. Tempat Sara di sini bukan di lipatan sejarah,"bantah Salina. Sara menghela nafas panjang. Reaksi ibunya sudah dijangkakan.

"Mamatok setuju dengan mak tapi mamatok tahu hati Sara berkecai bukan?"

Sara mengeluarkan keluhan yang berat.

"Sal, ini hidup Sara bukan kita yang patut membuat keputusan,"kata mamatok lagi.

"Sara- Sara rindukan Wu Ji mak, mamatok. Sara sayangkan Andy tapi perasaan cinta ini hanya untuk Wu Ji,"keluh Sara menopang dagu.

"Apa dilemanya sekarang?"tanya Mamatok.

"Jika mak dan mamatok benarkan, Sara akan ke Beijing untuk pergi berjumpa waris jiaofu dan mengambil kediaman yang diberikan oleh jioafu."

"Tak ada masalah bagi mamatok dan mak rasanya,"balas Mamatok.

"Mungkin Sara akan berada di sana agak lama,"beritahu Sara.

"Apa maksud Sara?"tanya Salina.

"Popo kata, Sara boleh balik ke Dinasti Ming sebagai diri sendiri bukan macam yang telah terjadi yang sudah-sudah."

"Lupakan Shu Wu Ji atau Andy Sara. Focus on your work,"pujuk Salina.

"Sara selama ini bukan hidup mak..Sara hanya wujud di muka bumi ni. Hati Sara tertinggal di sana,"balas Sara menahan esakannya. Mamatok bersimpati dengan perasaan cucu kesayangannya.

"Mak-"mamatok memegang tangan Salina dan menggelengkan kepalanya supaya jangan membantah.

"Mamatok dan mak di sini bukan apa, kami akan sentiasa bimbangkan Sara, rindukan Sara. "

"Sara juga begitu mamatok, mak. Tapi Sara juga mahu bersama Wu Ji,"ucap Sara seakan merayu dia mencium tangan kedua orangtua di hadapannya. Hati Salina biarpun tidak merelakan tetapi keadaan jiwa dan mental Sara begitu tertekan sekarang.

"Sara janji jaga diri Sara baik-baik. Mak dan mamatok cuma harap, Sara dapat balik ke sini sebelum kami menutup mata selamanya,"kata Salina. Sara menangis di situ lalu memeluk kedua wanita idolanya seberapa ketika.

"Sara janji Sara akan balik apabila hati dan jiwa Sara ini lebih tenteram mak, mamatok,"kata Sara berjanji.

"Tidurlah awal esok kita hendak ke mahkamah syariah lagi,"tegur mamatok. Sara mengangguk dan terus ke biliknya.

"Mama, kita takkan bertemu dengan Sara lagi ke ma?"tanya Salina sambil melihat Sara pergi.

"Sara sangat bertuah kerana terpilih merentas masa. Ini jalan hidupnya Sal. Izinkan dia memenuhi takdirnya,"pujuk mamatok Salmah. Salina menyeka airmatanya yang tumpah. "Redha Sal. Mama percaya Sara pergi takkan lama. Paling lama pun dua minggu. Popo takkan membiarkan dia keseorangan di zaman yang salah.Percayalah,"ucap Mamatok lagi.

Di mahkamah semua proses berjalan lancar. Andrew ditemani keluarga berjumpa dengan Sara bersama mamatok dan Salina di luar mahkamah.

"That house is mine,"kata Andrew memulakan bicara.

"I dont need it. I will pack up and leave by noon tomorrow,"tegas Sara. Tiada drama airmata pagi itu. Andrew memandang Mamatok dan ibu mertuanya."Thank you for everything. I hope you will have your health back,"sambung Sara lagi.

"Sara,"panggil ibu mertunya.

"Mommy, wo duibuqi,"kata Sara sambil bersalaman dan berpelukan dengan Madam Tan.

"Don't say that. You will always be my daughter,"kata Madam Tan yang menggunakan nama Tan bukan Ooi kerana dia menceraikan ayah Andrew sekali lagi. Ayah Andrew memilih untuk mengahwini perempuan simpanannya. Wanita sebaya maknya memeluknya lebih erat.

"Take care,"kata Sara melepaskan pelukan. "I will give the key to the security guard,"kata Sara kepada Andrew. Andrew hanya menganggukkan kepalanya. Sara dan rombongannya pergi dari situ. Sara menoleh selang beberapa tapak dan melambai selamat tinggal kepada Andrew dengan senyuman manis. Andrew tidak memberi apa-apa reaksi melihat sahaja dia pergi.

Kerja perpindahan berlangsung dengan pantas. Melihat barang-barangnya sudah tiada di situ dia mengeluh panjang. 'Redha Sara. Ini ialah takdirmu,'hatinya berbisik.

"Puan, gambar-gambar di dinding?"tanya salah seorang mover.

"Soalan yg bagus. Ambil semua yang ada gambar saya dan letak dalam kereta saya sekarang,"jawab Sara. Setelah semua barang telah diangkut Sara memandu keretanya ke rumah. Dia melihat keretanya penuh dengan frame-frame gambar dia dan Andy. Sampai di rumah ibunya. Dia mengeluarkan gambar-gambar tersebut dan meletakkannya di stor.

"Sara dah balik?"tanya Salina.

"Dah mak. Barang-barang Sara, Sara dah dermakan di pusat edaran fakir miskin. Tinggal gambar-gambar ini dan kotak kayu ni. Popo cakap kotak.ini mesti tinggal sini,"beritahu Sara.

"Flight pukul berapa?"tanya Salina.

"Pukul 6. Sara dah check in,"jawab Sara.

"Kalau macam tu mari makan dulu,"ajak Salina.

"Okey!"jawab Sara ceria. Salina merasa gembira,Sara dapat melalui dua hari ini dengan tabah.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now