16

184 24 0
                                    

"Zhao Ying, selepas kau hantar aku ke bilik, pergi panggil Ah Chan ke mari," kata Shu Wu JI memberi arahan.

"Baik, Daren."

"Kau kenal siapa budak tadi tu?"tanya Shu Wu JI. 

"Zhao Ying kenal Daren. Dia anak Ma Shen Ji, tukang jahit di hujung pekan," beritahu Zhao Ying.

"Lama dia bekerja di sini?"

"Dia baru datang dalam berapa hari ini Daren. Dia menggantikan Li Sok yang sudah terlalu tua."

"Dia bekerja di bahagian mana?"tanya Shu Wu JI seraya masuk ke rumah utama.

"Di kandang kuda." Shu Wu Ji duduk di mejanya. "Daren, izinkan xiaoren berkata," pinta Zhao Ying. Shu Wu JI mengangguk. Dia masih merasa bengang dengan sikap Sara yang langsung tidak mahu mendengar kata-katanya. "Ma Shang Wu pernah menduduki ujian cendikiawan istana, dan dia lulus. Tetapi semasa itu Ma shifu, begitu sakit. Jadi dia terpaksa pulang ke mari kerana hutang Ma Shen JI masih banyak."

"Hutang apa?"

"Ma Shang Wu mempunyai seorang adik perempuan yang sakit. Upah menjahit saja tidak dapat mengubatinya jadi Ma Shifu meminjam wang dengan Woo Xiaojie."

"Kenapa aku tak tahu?"

"Shu Daren juga tidak sihat. Woo xiaojie yang mentadbir banyak benda di sini sehinggalah Shu Daren mengambil Ketua pengurusan rumah ini Li Dian Dian."

"Aku ingat. Baiklah, kau boleh pergi. Aku hendak membaca sedikit ni. Panggilkan LI Dian Dian ke mari."

"Li Dian Dian sudah tiada Shu Daren."

"Hah! Dia ke mana?"tanya Shu Wu JI terkejut.

"Dia bergaduh dengan Zhen gugu dan Woo Xiaojie memberhentikan dia."

"Tanpa bertanya dengan aku dulu?"soal Shu Wu JI lagi. Zhao Ying mengangguk. Shu Wu JI mengurut kepalanya. Sekarang baru dia mengingati segala yang berlaku sebelum dia sakit dan ketika dia tidak sihat. Rumah itu ditadbir oleh Woo Wei Young secara otomatis. "Selepas itu, Woo Xiaojie menjaga akaun rumah ini kembali?" Zhao Ying mengangguk. "Baik kau panggilkan Woo Wei Young ke sini," arah Shu Wu JI. Zhao Ying pergi dengan pantas. Shu Wu Ji menghela nafas panjang. Bagaimana benda boleh jadi begini?Fikirnya.

"Shuang er, awak tak takut dengan Shu Wu Ji? Marah sangat tu,"komen Ma Shang Wu kerisauan apabila dia membawa masuk jus buah anggur hijau. Sara hanya menggamit kepada Ma Shang Wu supaya membawa minuman itu kepadanya.

"Kenapa? Wu er takut ke?"tanya Sara menghabiskan jus anggur yang terasa segar tanpa gula.  Ma Shang Wu mengangguk. "Dia cemburu je tu. Nanti esok lusa dia datang balik,"kata Sara meyakinkan.

"Tapi bukankah Shuang er pulang kerana Shu Daren kenapa mesti bergaduh begini?"

Sara mengeluh. Dia sendiri tidak mempunyai jawapan yang tepat. Memang terkadang Shu Wu Ji boleh menjadi sangat annoying baginya.

"Dr Ma, is my injury serious?"tanya Sara. Ma Shang Wu duduk di sisi Sara dan melihat luka Sara sekali lagi.

"Frankly,I am worried kalau dia meninggalkan parut."

"Habis tu tunggu apa, pergilah cari ubat hilangkan parut,"suruh Sara. Ma Shang Wu ketawa.

"Zheng xiaojie, ini bukan Beijing yang pergi je farmasi sudah tersedia ubatnya,"balas Ma Shang Wu usai ketawanya. Sara hanya merenung Ma Shang Wu ketawa. "Ok, saya pergi cari di kedai ubat sekarang," kata Ma Shang Wu meminta diri.

"Wei Young, aku tahu aku sakit sebelum ini tapi kenapa kau buat keputusan memberhentikan Li Dian Dian? Dia antara yang terbaik di daerah ini!"tegur Shu Wu Ji masih di mejanya. Woo Wei Young menjeling Zhen gugu di sisinya.

"Dia mungkin cekap tetapi dia sangat biadap,"beritahu Wei Young.

"Biadap? Hanya kerana dia menegur Zhen gugu?"tanya Shu Wu Ji kembali. Woo Wei Young tertunduk.

"Woo xiaojie meminta duit dengan Li Dian Dian untuk menyiapkan barang-barang Yi er tetapi dia berkata dia akan berbincang dengan Daren dulu. Tetapi kan Daren tidak sihat.?"

"Siapa suruh gugu bercakap?"tanya Shu Wu Ji. "Mulai hari ini, tanpa persetujuan aku, apa saja dalam rumah ini...tidak boleh diputuskan sewenang-wenangnya."

Woo Wei Young membatukan dirinya. Dia menjadi sangat tidak puas hati dengan cara Shu Wu Ji selepas sembuh sedikit dari sakit.

"Selama Daren sakit, Wei.Young yang menjaga rumah ini,"ucap Woo Wei Young airmatanya berlinang.

"Terima.kasih atas bantuan kau selama ini. Aku nak tengok buku kira-kira rumah ini sekarang!"

"Daren! Young er inikan ibu Yi er pewaris keluarga Shu?"tegur Zhen gugu. Shu Wu Ji mengambil pemberat kertas dan membaling ke hadapan Woo Wei Young. Itu mengejutkan mereka berdua.

"Kamu berdua boleh pergi dari sini sekarang. Kamu jangan sangka aku tidak menyiasat bilik bacaan yang terbakar semalam."

"Daren mengesyaki Wei Young?"tanya Woo Wei Young.

"Aku mengesyaki semua orang kecuali Ah Chan dan Shuang er. Aku beritahu kamu berdua di sini. Jika kebakaran itu adalah perbuatan khianat,aku sendiri akan menyiat kulit siapa yang menyebabkan kebakaran itu."

Zhen gugu menelan air liurnya dengan ugutan itu.

"Bilakah Daren dan Zheng xiaojie akan berkahwin?"tanya Woo Wei Young tiba-tiba. Hatinya seperti dirobek pisau tajam. Lama dia menanti Shu Wu Ji. Belum pernah sesaat Shu Wu Ji memandangnya seperti seorang yang setia bersamanya.

"Bila dan di mana kau akan tahu juga."

"Daren!"tegur Zhen gugu ingin membela Woo Wei Young

"Kamu buka mulut sekali lagi aku potong lidah kamu!"ugut Shu Wu Ji. Zhen gugu terdiam. "Kamu semua boleh pergi sekarang dan ingat mulai hari ini segala urusan rumah ini dari pintu gerbang hinggalah ke dapur aku akan uruskan sendiri!" Woo Wei Young menunduk hormat dan menarik Zhen gugu untuk mengikut bersama. Shu Wu Ji hanya melihat mereka pergi dengan perasaan membara.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now