63

156 26 7
                                        

Zhu Wu masuk memberikan laporan awal pagi lagi kepada Li Yang Jian sebelum dia pergi ke istana. Li Yang Jian yang  mengesyaki persamaan Mo Li Hua dan Zheng Shuang merasa hairan.

"Aku tahu dia wanita terkaya tetapi kenapa ada yang mahu membunuhnya sekarang?"tanya Li Yang Jian. Zhu Wu hanya membisu. Semua ini tidak masuk akal baginya tetapi mengapa Zheng Shuang begitu serupa dengan Mo Li Hua. Wajahnya berbeza tetapi percakapan dan tindak-tanduk tidak ubah seperti Mo Li Hua. "Aku nak kau terus mengintip kediaman Zheng dan letakkan  orang-orang kita di situ."

"Baik, Hou Ye,"balas Zhu Wu sambil mengundurkan diri.

"Tunggu! Kau dapat tahukah siapa yang mengupah pembunuh upahan itu?"

Zhu Wu mengangguk.

"Zhu Wu mengekori pembunuh itu semalam dan dia-"

"Hou ye," panggil Yuan Yuan yang datang bersama dayang-dayang membawa sarapan. Zhu Wu dan Li Yang Jian menghentikan perbualan mereka.

"Tepat waktunya," puji Li Yang Jian. Yuan Yuan ketawa kecil.

"Sudah tentu. Zhu Wu, kau pergi tunggu di luar,"tegas Yuan Yuan. Zhu Wu mengangkat hormat kepada Yuan Yuan dan Li Yang Jian. Dia terus berlalu dari situ.

Sara memandang wajahnya di cermin. Dia menghela nafas panjang. Wajahnya terlalu berbeza dengan wanita di sini. Tidak hairan kalau ramai yang meragui benarkah jiaofu mengambilnya sebagai anak angkat. Pagi ini terasa berbeza. Andrew yang cantik disiapkan oleh Soo Li masuk tanpa meminta izin dengan selamba.

"Da jie!"sapa Soo Mi sekilas dia memandang adiknya. Soo Li menggeleng kecil. Andrew kelihatan seperti dalam kemarahan ketika melangkah masuk.

"Kamu berdua keluar dari sini sebentar."

Sara melihat Andrew di cermin dan mengisyaratkan pasangan kembar itu meninggalkan kita berdua.

"I was worried sick last night,"tegas Andrew. Sara berpaling dan memberikan senyuman paling manis.

"Aku kan ok..."balas Sara.

"Sara, kau ni gila ke? Sebab tu kau kembali ke sini?Ha?'

Sara bangun dan menghampiri Andrew.

"You look pretty today,"puji Sara.

"Don't change the subject!"

"Fine!"

"Kau janji dengan aku kau takkan mengulanginya."

"Kau ni apasal Andy? Kau buat aku yang salah ni kenapa? Someone tried to kill me. Aku berhak melindungi nyawa aku sendiri."

"Sara-" Bicara Andrew terhenti di situ. Dia sedaya upaya menahan gundah di hatinya. "Stop all this nonsense. marilah kita balik ke zaman kita. Be my best friend, my wife again."

"Andy aku tahu kau bimbang tapi-"

"Kalau kau mati aku akan turut mati Sara."

"Andy! Kau cakap apa ni?!"

"I can live with the fact that Wu Ji is always worthy of you tapi aku cannot live knowing you're completely gone from my life."

Keadaan Andrew menyentuh perasaan Sara.

"Maafkan aku. Aku berjanji aku akan lebih rasional ketika berhadapan dengan musuh."

"Kau tahu aku cintakan kau Sara. "

"Andy..."

"Takkan ada yang lain bagi aku."

Sara terdiam. 'Adakah tidak wajar kita berkahwin Andy?'bisik hati Sara. 'Kalau aku tahu jadi begini lebih baik kita berkawan saja.' Ada airmata bergenang. Dia telah memilih Wu Ji tetapi kenapa dia begitu bersalah terhadap Andrew?

Andrew perlahan-lahan menghampiri Sara.

"Aku sanggup buat apasaja untuk kau Sara. Tengok ni..." Kata Andrew memegang pakaian perempuannya. "Sungguhpun ini mencabar ego aku. Tapi aku rela kerana  ingin terus berada dekat denganmu."

"You are very cute as a girl Andy,"puji Sara. Andrew menjelingnya sahaja. "I'm sorry."

"Did you ever love me?"

"With all my being."

"Kembali kepada Andy, sayang."

Sara menggelengkan kepalanya.

"Kau istimewa bagiku Andy tapi Wu Ji. Dia jiwaku. Tak adil bagimu jika kita terus bersama."

"Adakah ini jawapan kau?'tanya Andrew sayu.  Sara mengangguk kecil.  "Di sini kehidupannya bahaya Sara.Mana mungkin..."

"Aku sudah memilih takdir ini Andy."

"Habis tu mamatok dan mak? Abang-abang kau? Anak-anak saudara kita?"

"Mereka mahukan aku bahagia. Dan aku memilih untuk bersama Shu Wu Ji."

"Dari pendengaran aku, selfish sungguh pengakuan itu. Kau bahagia...dan aku? Aku bagaimana?"

"Aku tak dapat menipu diri sendiri, Andy,"pujuk Sara. Giliran Andrew pula.bungkam.

"Cempaka,"panggil Pipit dari luar.

"Masuklah Pit."

Pipit yang sentiasa segak penampilannya masuk.

"Liu Li,"sapa Pipit. "Cempaka, ada mayat di luar kota."

"Kau pasti itu adalah orang mengupah pembunuh upahan?"

Pipit mengangguk. Sara terkejut.

"Kenapa Cempaka?"

"Siapakah?"tanya Sara.

"Marilah ikut Pipit ke pinggir kota. Cempaka tengok sendiri.

"Tunggu!"kata Andrew. "Apa yang kamu berdua sedang perkatakan?"

"I made a deal with the assassin. Instead of killing me, aku memberi upah yang tinggi kepada pembunuh upahan itu untuk membunuh orang yang mengupah dia."

"Hah! Dan dia menerima tawaran itu?"tanya Andrew.

"Well, dia dah laksanakan janji dia pada aku. So, kau nak ikut tak?"tanya Sara sambil mengarahkan Soo Mi mengambil beg duit. Andrew menghela nafas panjang. Dibebel panjang pun kalau Sara tidak mahu mendengar tidak guna juga. Dia mengambil keputusan untuk ikutkan sahaja apa yang dimahukan oleh Sara.

"Shu Daren menunggu di pintu kota. Dia sedang menantimu di sana,"beritahu Pipit.

"Ok...jomlah. lepas tu kita ke kedai sutera. Aku nampaknya terpaksa menunaikan janjiku,"keluh Sara sambil tersenyum dan melangkah keluar. "Pit, siapakah yang dengki sangat dengan aku itu?"tanya Sara.

"Shu Daren kata biar kau sendiri melihatnya,"jawab Pipit. Sara menjeling ke atas. 'Kau ni orang aku ke orang Wu Ji hah Pipit?'herdik Sara dalam hatinya.

Li Yang Jian yang baru pulang dari istana melihat orang ramai bertumpu ke pintu kota.

"Zhu Wu!"panggil Li Yang Jian   sambil memerhati dari tingkap kereta kudanya.

Zhu Wu yang sedang menunggang di sebelahnya melihat arah pandangan tuannya.

"Itu-"

"Baik. Kita berhenti di kedai teh seberang jalan. Ambil meja di tepi anjung tingkat atas. Aku begitu ingin melihat drama hari ini,"arah Li Yang Jian lalu menutup tirai.

"Shi hou ye,"sambut Zhu Wu dan dia terus ke kedai itu

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang