Mereka bertolak pulang je kediaman Zheng setelah Yi er kelihatan normal semula. Shu Wu Ji dan Pipit menanti mereka di pintu gerbang setelah menerima pesanan daripada Sara.
"Tiye,"tegur Yi er hormat. Shu Wu Ji hanya mengangguk. "Maafkan Yi er pulang lewat,"sambung Yi er. Shu Wu Ji memandang Sara yang berdiri di belakang anaknya.
"Yang penting semua sudah ada di sini. Marilah kita terus makan malam bersama. Nyang kamu telah lama menanti,"bicara Shu Wu Ji
"Silakan Tiye,"pelawa Yi er.
"Kamu pergilah berjumpa dengan Nyang. Dia begitu risaukan Yi er,"suruh Shu Wu Ji. Yi er memandang Sara di belakangnya. Sara tersenyum mengisyaratkan kepadanya untuk menuruti kehendak ayahnya. "Li Jia membuat masalah nampaknya," tegur Shu Wu JI kepada Sara. Sara memandang Andrew dan dia mengangkat bahunya.
"Li Shu Fen teringat hendak kenal bakal isteri Laksamana Laut Diraja Shu Wu JI," jawab Sara seperti mengeluh.
"Li Yang Jian ada tadi?"tanya Shu Wu Ji. Sara menghela nafasnya dan mengangguk. Dia terasa malas mengenangkan dia mesti berhadapan dengan keluarga menyakitkan hati itu. Shu Wu Ji memeriksa sekeliling kediaman itu dan dia ternampak Zhu Wu sedang mengintip mereka dari jauh. "Sudahlah mari masuk. Aku pasti semua kepenatan," arah Shu Wu Ji. Sara melambai kepada Pipit supaya mengikuti mereka masuk ke dalam bersama. Pipit menuruti sahaja kemahuan Sara. Dia juga perasan ada yang sedang mengintip mereka di situ.
"Cempaka tak apa-apa?"bisik Pipit perlahan kepada Sara. Sara menggelengkan kepalanya. Dia mengambil tangan Pipit menulis sesuatu di tapak tangannya. Pipit mengangguk tanda memahaminya. Shu Wu JI yang berjalan beriringan tahu yang Sara sedang memberikan arahan rahsia kepada Pipit. Pipit menghentikan langkahnya dan menggamit pengawal pintu untuk menghantar kudanya ke situ. Shu Wu Ji mengambil tangan Sara yang terdekat dan menulis sesuatu di tapak tangannya. Sara terketawa. Shu Wu JI bertanyakan apakah yang dicari oleh Pipit. Sara membalas dengan menulis Pau Ayam. Shu Wu Ji menjeling kepada Sara kerana dia tahu Sara berbohong.
"Fangxin ba," pujuk Sara.
"Aku tak sukakan kejutan," bisik Shu Wu Ji. Andrew yang juga berada di situ merasakan seperti kehadirannya tidak dipedulikan oleh Sara dan Shu Wu Ji. Dia mencelah di tengah-tengah mereka, hampir terjatuh Sara dibuatnya.
"Aku juga tak sukakan kejutan," kata Andrew menjeling kepada Shu Wu JI dan Sara. Sara menghela nafas panjang dan menenangkan Andrew dengan menampar belakangnya dengan kuat dan Andrew hampir tersungkur ke tanah tetapi ditahan oleh Shu Wu Ji.
"Bagaimana dengan kejutan tadi? Syok?"tanya Sara tersenyum simpul. Andrew mengetap bibir merahnya kegeraman. Soo LI dan Soo Mi berpandangan sesama mereka. Aneh sungguh tuan-tuan mereka hari itu.
Pipit yang menunggang kudanya pergi ke tempat yang diarah oleh Sara. Zhu Wu yang bijak menyelinap sekejap sahaja hilang dari pandangan tetapi Pipit ternyata lebih pantas dari Zhu Wu. Dia menahannya di suatu sudut terpencil.
"Ada apa kau mengintip keluarga Shu?"tanya Pipit menghunuskan pedangnya yang dihadiahkan oleh Cempaka berbelas tahun yang lalu. Zhu Wu mengangkat kedua tangannya tanda dia mengalah.
"Aku kebetulan lalu di sini, terpandang dan merasa ingin tahu," helah Zhu Wu.
"Baik, aku beri peluang kau bertanya," balas Pipit memasukkan kembali bilah pedang itu ke sarungnya. "Kau di sini sudah tentu arahan dari Hou Ye, bukan?"tanya Pipit tenang sambil berpeluk tubuh.
"Maafkan aku Tuan Pipit, bukan maksud untuk mengintip," kata Zhu Wu masih cuba berdalih. Pipit mengeluarkan ketawa kecil.
"Baiklah, aku dah beri kau peluang. Kau boleh pergi," balas Pipit memandang kepada Zhu Wu. Lama Zhu Wu berfikir. "Apa lagi kau tunggu?"tanya Pipit.
"Saya nampak Tuan PIpit begitu ramah dengan Zheng xiaojie." Pipit masih tidak berganjak dan dia hanya membiarkan sahaja kata-kata itu hilang. "Kenapa saya dapat merasakan yang Zheng Xiaojie seperti seseorang yang saya kenali?"tanya Zhu Wu lagi. Pipit masih lagi memandang Zhu Wu di hadapannya. Zhu Wu masih menantikan jawapan daripada Pipit. "Kenapa Tuan Pipit membisu seribu bahasa?"
"Apa yang kau hendak tahu sebenarnya?"tanya Pipit menguji Zhu Wu. Zhu Wu membulatkan hatinya untuk bertanya sesuatu yang di luar capaian akalnya.
"Tuan Pipit merupakan saudagar terkemuka di sini, kenapa Zhu Wu nampak Tuan Pipit begitu melindungi Zheng Xiaojie?"
"Aku ialah pengurus Perniagaan Zheng."
"Tapi kenapa Zhu Wu rasakan Tuan Pipit seperti seorang pengawal peribadi?"
Pipit terketawa. Zhu Wu tidak salah. Sememangnya sejak Cempaka kembali ke sini, dia menganggap dirinya pengawal peribadi Cempaka bukan pengurus Perniagaan Zheng.
"Itu sahajakah yang kau hendak tahu?"
"Li Furen dikebumikan di mana? Hou Ye ingin menziarahi pusara LI Furen."
"Yong Ping Houye berguraukah?"
"Apa maksud Tuan Pipit?"
"Li Furen masih hidup bukan?"soal Pipit merujuk kepada Yuan Yuan. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Zhu Wu tetapi dia sengaja tidak mahu menjawab pertanyaan itu .
"Mo Xiaojie. Mo Li Hua."
"Ahh...Shu Furen," balas Pipit membetulkan panggilan Zhu Wu."Kenapa tiba-tiba, Hou ye begitu berminat hendak menziarahi kubur Shu Furen, sedangkan sudah hampir 18 tahun Shu Furen meninggal dunia?" tanya Pipit lagi masih lagi nada menguji. Zhu Wu mengerti Pipit seperti mempermainkannya.
"Tuan Pipit, Zhu Wu hanya menjalankan tugas," jawab Zhu Wu mengangkat hormat. Pipit menurunkan tangan Zhu Wu.
"Shu Furen dikebumikan di Tanah Melaka bersama Ann Di Xiaojie. Mereka terbunuh kerana diserang lanun yang ditahan di Tanah Melaka. Belum sempat Shu Daren menghantar balik penjenayah itu, mereka sudah menyerang tentera laut Diraja di Tanah Melaka. Kita beruntung kerana Sultan Melaka datang membantu tetapi Shu Furen terkorban."
"Jadi-"
"Jadi, khabarkan kepada Hou ye, Shu Furen disemadikan di hujung dunia, bukan di sini," sampuk Pipit. "Aku agak hairan kerana selama ini, Hou ye tidak pernah bertanyakan apa-apa tentang Shu Furen selepas kembali ke Hang zhou."
"Anggap sahaja ini rahsia kita berdua," ucap Zhu Wu memulakan cerita di pihaknya. "Hou ye pergi ke Hang Zhou menuruti Shu Furen di sana. Tetapi Shu Furen dapat melepaskan dirinya daripada ditemui oleh Houye. Houye sentiasa memerhatikan Shu Daren kerana dia tahu Mo Xiaojie sudahpun menjadi Shu Furen ketika itu. Houye mengetahui Shu Furen menaiki bahtera ke Tanah Melaka, Hou ye juga ingin menuruti Shu Furen, tetapi pada masa itu Li Xiaoye yang baru dilahirkan sakit kuat. Dia terpaksa kembali ke Nanjing. Dan Shu Daren kembali ke sini tanpa Shu Furen." 'Begitu ceritanya, walaupun LI Yang Jian seorang aristokrat yang terkenal dengan sikap angkuhnya, kerana Mo LI Hua, dia melupakan keangkuhannya,'fikir Pipit. "Apabila Hou ye bertemu Zheng Xiaojie tadi, kami berdua tak dapat menyangkal yang ada banyak persamaan Li Furen dengan Zheng Xiaojie. Zhu Wu tahu tidak masuk akal tapi itulah yang kami rasakan."
"Shu Furen," balas Pipit membetulkan. Dia menepuk bahu Zhu Wu. "Memang tidak masuk akal. Zhu Wu mungkin ini satu kebetulan sahaja tidak lebih dari itu. Beritahu Hou ye yang Zheng Xiaojie yang ini tiada kena mengena dengan Shu Furen yang telah meninggal dunia," nasihat Pipit. Zhu Wu mengangguk tanda memahami walaupun di hatinya agak gusar. "Pulanglah, hentikan mengintip Shu Jia. Kalau satu Nanjing membualkan perkara ini, bukankah Houye juga akan malu?"
"Zhu Wu mengerti, Zhu minta diri," kata Zhu Wu menundukkan kepalanya dan pergi dari situ dengan segera. Pipit hanya melihat kelibat Zhu Wu hilang dari pandangan. Semua ini boleh menjadi masalah yang rumit sekiranya Cempaka tidak berhati-hati. Fikirnya lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)
ChickLitKisah Sara yang pernah menjadi Cempaka Sari dan gadis yang bernama Mo Li Hua kebahagiaan selama setahun berumahtangga dengan Andrew tamat apabila Andrew kemalangan dan hilang ingatan. Dia langsung tidak mengenali siapakah Sara apatah lagi pengalaman...