21

198 24 0
                                    

Sara mengambil sesudu sambal pedas itu dan meletakkan ke buburnya. Dia menjamah sedikit.

"Wah, sedap sungguh bubur ni dimakan begini."

Wei Young mengambil sedikit dan menjamah bersama nasi.

"Hm...istimewa rasanya tapi terlalu pedas!"kata Wei Young mengipas mulutnya dan meneguk secawan air.

"Orang Melaka memang suka makan pedas-pedas. Wang Li Bao gongju disayangi Sultan kerana selalu memasak makanan Ming tetapi disesuaikan dengan selera Melaka,"beritahu Sara. "Kan Saudagar Pipit?"jeling Sara. Pipit seperti biasa hanya akan mengakui apa saja yang Sara katakan.

Zhen gugu hanya memerhatikan sahaja bubur nasi di hadapannya. Dia tahu kalau dia makan bubur itu dia akan sakit perut yang menyeksakan. Shu Wu Ji merasa seperti ada yang tidak kena dan dia memandang Ma Shang Wu di belakang Sara. Ma Shang Wu hanya tersenyum-simpul.

"Sedap bubur nasi ni,"puji Shu Wu Ji. "Zhen gugu jemputlah makan. Saya tahu saya agak garang selama ini. Makanlah. Anggap saja ini kata maaf dari saya,"ucap Shu Wu Ji. Ma Shang Wu menelan keluhan. Ternyata Pipit dan Shu Wu Ji insan yang sangat setia kepada Zheng Shuang. Zhen gugu menelan airliurnya. Wei Young mengisyaratkan kepada Zhen Gugu untuk menjamah bubur itu. Zhen gugu menunduk hormat.

"Baiklah, Daren,"kata Zhen gugu.

"Gugu, mesti habiskan ya. Kalau tak habis saya anggap Gugu masih tidak maafkan saya,"kata Shu Wu Ji lagi. Sara menyimpan satu senyuman dan dia berpaling ke belakang. Dia mengangkat keningnya kepada Ma Shang Wu tetapi Ma Shang Wu hanya memerhatikan sahaja Sara. Zhen gugu menelan satu sudu bubur dan dia terasa tekaknya terbakar.

"Soo Mi, tambah air Zhen gugu,"suruh Sara. "Sedap bubur ini Soo Mi. Nanti bolehlah masak lagi ya,"puji Sara. Soo Mi menunduk hormat. Semua makan dengan berselera kecuali Zhen gugu. Di pertengahan jamuan tiba-tiba perut Zhen gugu berbunyi dengan kuat. Itu menghentikan semua yang sedang makan.

"Maafkan gugu,"katanya terkulat-kulat. Zhen gugu berbunyi lagi tapi kali ini dengan kentut yang kuat dan berpanjangan. Sara menahan dirinya dari ketawa.

"Zhen gugu, tidak apa-apakah?"tanya Sara.

"Gu-" belum sempat Zhen gugu hendak berkata apa dia berdiri dan berlari ke pintu.

"Zhen gugu, Ni zhenme le?"laung Sara. Wei Young kelihatan risau. "Mungkin hidangan ni banyak bawang putih itu yang membuang angin agaknya,"kata Sara kepada Wei Young.

"Mungkin, beberapa hari ni Gugu asyik berkata dia susah hendak membuang air besar,"jawab Wei Young. Sara tersenyum. 'Ah, aku membantumu rupanya Zhen gugu,'desis hatinya ketawa dalam hati. Selesai makan, Sara memberitahu Pipit yang dia mahu melawat kedainya. Pipit tanpa ada ragu-ragu menyetujui.

"Jangan balik terlalu lewat. Tak elok dilihat masyarakat sekeliling,"pesan Shu Wu Ji. Sara memandang Shu Wu Ji dan menggelengkan kepalanya.

"Semakin hari semakin terserlah kepakcikan kamu Wu Ji,"bisiknya perlahan hanya Pipit mendengarnya. "Jangan gelak,"bisik Sara lagi kepada Pipit. "Sudah tentu!"jawab Sara dengan kuat. Dia dan Pipit keluar dari kediaman itu dan diperhatikan oleh Zhen gugu yang sudah masuk 6 kali keluar masuk tandas. 'Nanti kau. Kau ingat kau bijak dari aku,'bentak Gugu dalam hatinya.

"Cempaka dah mentelaah buku hisab kedai?"tanya Pipit ketika mereka di dalam kereta kuda

"Hisab? Oh kira-kira. Dah. Cuma aku pelik kenapa kedai sutera dan kedai pajak gadai tidak membawa keuntungan besar."

"Cempaka keluar ni nak menyiasat?"tanya Pipit.

"Ramai yang masih tak kenal aku siapa bukan?"tanya Sara sambil menyelak kain tingkap melihat keluar.

"Ya, Cempaka."

"Aku hendak bertukar pakaian. Bawa aku kedai mana-mana."

"Pakaian yang macamana Cempaka berkehendakkan?"

"Cempaka nak baju yang dipakai oleh lelaki yang tiada pangkat rakyat biasa." Pipit terdiam.

"Kalau macam tu tak perlu beli. Di kediaman Pipit ada baju pekerja. Cempaka boleh pinjam satu."

"Baik. Kita ke rumah kamu dulu dan kau ambil pakaian itu. Nanti aku menyalin di sini saja,"kata Sara. "Er ambil dua. Untuk Soo Li juga.

Sesampai di kediaman Pipit, Sara hanya tunggu di kereta kuda. Pipit memberikan pakaian itu kepada Soo Li dan Soo Li membawa masuk pakaian itu ke dalam kereta kuda.

"Xiaojie, hanfu,"sapa Soo Li. "Mari Soo Li tolong pakaikan." Sebentar sahaja Sara sudah siap berpakaian orang kebanyakan. "Soo Li mesti menyalin pakaian juga?"tanya Soo Li.

"Ya, aku tak mahu sesiapa pun mengenali siapa kita, "bisik Cempaka. Soo Li menggangguk dan mengikut arahan Cempaka.

Andrew terus masuk ke biliknya dan memberitahu ibunya dia mahu bersendirian. Dia menutup dan mengunci pintu bilik dan terus ke mejanya dia mengeluarkan surat Ma Shang Wu. Dia membacanya sekali lagi. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus mendial nombor Ma Shang Wu.

"Hello, this Dr Andrew Tan. May I speak to Mr Ma Shang Wu?"sapa Andrew di telefon.

"Hello Dr Tan, Dr Ma is on sabatical for the moment,"jawab suara wanita di talian.

"Who is speaking?"tanya Andrew.

"This is Sophia, Sophia Wu.Dr Ma's secretary."

"Oh, could you leave a message for him?"tanya Andrew.

"Of course."

"Please return my call a.s.a.p. urgent. Dr Andrew Tan +60123344553.

"Is that all?"

"Yes. Thank you. Goodbye." Andrew mematikan panggilan. Dia memeriksa galeri telefonnya dan melihat gambar-gambar dia dan Sara. Video-video mereka. Tapi malangnya dia seperti melihat sebuah wayang kerana walaupun dia ada dalam video itu, hatinya kosong. Dia menghela nafas panjang. "I want my memory back!"jeritnya sambil membaling telefonnya ke dinding. Berkecai ke lantai.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Where stories live. Discover now