7

230 29 0
                                        

'Mungkin ini yang cuba jiaofu mengingatkan aku,'bisik hatinya. Dia teringatkan arahan jiaofu supaya mengambil kertas pengesahan dan geran tanah di atas namanya di dalam bilik bacaan. Shu Wu JI memegang dadanya yang terasa dicucuk lalu duduk.

"Wu Ji kau ok?"tanya Sara meluru mendapatkannya.

"Zhen gugu ialah pengasuh Wei Young dan apabila mendapat Yi er, aku benarkan dia datang menjaga Yi er pula," beritahu Shu Wu JI terbatuk-batuk.

"Kenapa kau beritahu aku semua ini?"tanya Sara duduk di sebelahnya.

"Keadaan aku tidak berapa sihat ini, Sara kau jaga diri kau sebaik mungkin. Aku tidak suka cara dia memandang kau tadi."

Sara ketawa kecil.

"Kau jangan risau, aku tahu menjaga diri aku," kata Sara menenangkan Shu Wu JI. "Dada kau sakit?"tanya Sara. Shu Wu JI mengangguk lemah.

"Memang sejak jatuh sakit jika aku terlalu beremosi dada aku terasa seperti dicucuk," jelas Shu Wu JI. Sara mengangguk.

"Apa yang perlu aku lakukan untuk meyakinkan kau mereka tidak akan dapat mengapa-apa kan diriku?"tanya Sara. Shu Wu Ji menyentuh wajahnya dengan lembut.

"Aku tahu kau sangat berupaya Sara. Tapi banyak yang telah berubah sejak kau meninggalkan aku di sini. Zhen gugu pernah berkhidmat dengan gundik kiri maharaja yang boleh tahan kejamnya," jawab Shu Wu JI. Sara menyentuh tangan Shu Wu JI yang berada di sisi wajahnya.

"Wo zhi dao. Jangan risau," kata Sara tersenyum. "Nak berehat ke nak tidur?"tanya Sara melihat Shu Wu JI menguap. Shu Wu JI mengeluarkan ketawa gemuruh.

"Aku rasa aku tidur awal malam ini. Aktiviti makan-makan ni membuatkan aku penat," kata Shu Wu JI dalam tawa. Sara bangun dan turun ke lantai menanggalkan kasut Shu Wu JI. Dia membaringkannya dan menyelimutkan Shu Wu JI. "Adakah aku akan berjumpa dengan kau esok?"tanya Shu Wu Ji sayu.

"Selagi nyawaku dikandung badan, Insya Allah aku akan berada di sini menemani kau sarapan, ok?"jawab Sara.

"Aku begitu takut kau pergi tanpa pesan," kata Shu Wu JI lagi. Sara terdiam.

"Semua yang berlaku adalah kehendakNya Wu JI," ucap Sara bangun dan memadamkan beberapa batang lilin.

"Kau hendak tidur di mana?"

"Aku lebih suka lepak di bilik bacaan buat masa ini. Banyak catatan jiaofu di situ dan mungkin dengan membaca catatannya akan hilang sedikit rindu aku aku padanya," jelas Sara.

"Esok tidurlah di bilik sebelah ini. Aku akan arahkan Ah Chan menyiapkan bilik itu," kata Wu JI terbatuk-batuk. Sara ketawa.

"Wu Ji, aku pemilik rumah ini,kau lupa? Aku akan uruskan sendiri. Mulai sekarang biarlah aku menguruskan kau sehingga kau sihat ya?"

Shu Wu JI mengangguk dan dia melelapkan matanya. Sara berdiri tidak seberapa jauh dari Shu Wu JI dan hanya memerhatikan Shu Wu JI yang dulu gagah dan tegap kini hampir tinggal tulang kerana merana dan murung. 'Baik aku mengambil dokumen yang diberitahu oleh jiaofu,'bisik hatinya. Setelah dia memastikan Shu Wu JI telah terlena, dia menggamit Zhao Ying dan Lee Min.

"Pastikan tiada siapa yang mengganggu Shu Daren malam ini. Dia memerlukan rehat secukupnya," bisik Sara kepada Zhao Ying.

"Shi, xiaojie," balas Zhao Ying.

"Kamu berdua bergilir menjaga Shu Daren," arah Sara lagi. Setelah menggunakan bahasa isyarat Lee Min mengangguk. "Aku akan berada di bilik bacaan sepanjang malam. Jika ada apa-apa kecemasan, pergi beritahu aku di sana," terang Sara dengan jelas. Kedua hamba lelaki itu memahaminya. Dia keluar dari situ dan terus ke bilik bacaan. Bagasinya dan beg sandangnya masih berada di situ. Dia telah mengarahkan siapapun tidak dibenarkan masuk ke bilik itu kecuali dia. Sara masuk ke bilik itu dan melihat ada seteko air. Dia memanggil Ah Chan yang kebetulan lalu di situ.

"Kenapa xiaojie?" tanya Ah Chan.

"Siapa yang membawa masuk air tu?"soal Sara menunjukkan ke meja makan.

"Orang dapur tadi setelah Woo xiaojie mengarahkan minuman di letakkan di situ," jawab Ah Chan.

"Kau ambil teko tu aku tak nak teh Cina. Bawakan aku air perahan lemon suam tanpa gula," kata Sara. "Oh ya, aku memerlukan seorang pembantu peribadi. Err.. Ah Chan ingat tak pahlawan yang bernama PIpit?"

"Pipit?"soal Ah Chan mencongak di fikiran. "Oh, Pipit macamana xiaojie kenali dia? Selepas Shu Furen meninggal dunia, dia tinggal di Melaka beberapa tahun tetapi setelah neneknya pergi, dia mengambil keputusan balik ke sini. Dia ada di pekan mengendalikan perniagaan rempah. Itu adalah kedai xiaojie," beritahu Ah Chan. Sara merasa terlalu gembira dengan berita itu.

"Panggilkan dia ke mari esok pagi. Aku ingin sekali bertemu."

"Satu lagi Xiaojie. Shu Daren meletak semua buku kira-kira di almari itu."

"Oh, kau nak suruh aku tak tidur memeriksa buku lejer ya?"usik Sara. Ah Chan ketawa.

"Sesungguhnya, kepulangan xiaojie melegakan Ah Chan. Khabarnya keadaan kedai-kedai Zheng gonggong tidak begitu baik melainkan yang dipegang oleh PIpit," terang Ah Chan lagi. Sara menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Baik Ah Chan, aku mahu berehat. Aku hendak dua orang yang setia membantu aku di bilik bacaan ini. Dan, arahan aku masih kukuh. Jangan benarkan sesiapa masuk di sini. Terlalu banyak rahsia di bilik ini," kata Sara mengingatkan.

"Wo ming bai. Ah Chan minta diri dulu," ucap Ah Chan seraya berlalu. Sara duduk di meja besar dan menghela nafas panjang. Dia baru terasa yang badannya benar-benar keletihan. Dia membuka laci kedua seperti yang diberitahu oleh jiaofu. Dia melihat satu sampul surat tertulis namanya. Zheng Shuang. Lambang di sampul itu sama dengan tag jed merah jambu kepunyaannya. Dia membuka sampul surat itu dan membaca wasiat Jiaofu. Dalam tidak sedar dia menangis. Betapa besarnya kasih jiaofu kepadanya. Dia masukkan dokumen itu ke beg sandang yang penuh dengan barang-barang yang dibelinya tadi. Dan dia ternampak ada sekeping coklat Cadbury. Dia mengambilnya dan menikmati sedikit coklat itu.

"Aduh penatnya," keluh Sara. Dia secara otomatik mengambil beg sandangnya dan berbaring di bangku panjang yang sungguh selesa. Dia terus tertidur di situ.

Woo Wei Young masih tidak berhenti teresak-esak dari tadi. Dalam sakit-sakitpun Shu Wu JI begitu kejam kepadanya.

"Young er, kita tak boleh biarkan perempuan berkulit gelap itu meneraju rumah ini. Harta ini milik Yi er," hasut Zhen gugu.

"Gugu, Zheng Shuang ialah pewaris yang sah. Tiada kena mengena dengan Yi er," balas Wei Young dalam sedu-sedan. z

"Young er tidurlah dulu. Gugu hendak ke dapur sebentar," kata Zhen gugu. Dia keluar dari situ dan secara senyap-senyap dia ke bilik bacaan. Dia menilik dari tingkap dan betul cakap Ah Chan penuh bilik itu dengan potret Sara. 'Hmm hanya dengan gambar kau mendakwa semua ini kau punya?'soal hati Zhen gugu. Dia menelah sekelilingnya. Keadaan senyap dan sunyi. Dia melihat para-para lilin berada dekat dengannya lalu dia menolak para itu ke tirai kain dalam sekelip mata api-api lilin itu menjadi besar. Zhen gugu cepat-cepat melarikan dirinya.

Sara: Cinta Selamanya (Vol 3)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang